4

4.2K 196 8
                                    

" Adwa , tolong mama hantar makanan ni dekat depan . Boleh ? " tanya Farah sambil memandang anak gadisnya.

Malam itu mereka ada buat kenduri doa selamat untuk Shafika dan Farrid yang bakal menunaikan umrah lusa ini .

" Boleh je mama.. " jawab Adwa.

Shafika memandang pemergian Adwa dengan senyuman lebar.Manis je tengok gadis itu dengan jubah serta tudung labuh walaupun simple.

" Kau tenung anak aku tu dah kenapa ? " Farah menyenggol Shafika sehinggakan wanita itu tersentak.

" Hish kau ni . Adwa tu comel sangat . Jalan pun menunduk je aku tengok . Kau dengan Adwan dah didik dia dengan bagus weh " Shafika rasa kagum melihat betapa Farah dan Adwan berikan didikan yang cukup pada anak mereka.

Mendengar kata-kata Shafika,Farah tersenyum.Dia cuma taknak Adwa jadi seperti dia satu ketika dahulu.Di mana dia rosak sebab hati. Dia nak Adwa membesar jadi anak yang dia boleh harapkan.

" Farhan pun aku tengok sama . Dia anak yang baik , yang bertanggungjawab . Kau pun dah lakukan benda yang sama,Shaff " Farah tersenyum sahaja melihat keadaan di sana.

****

Melihat Adwa yang bersusah payah berjalan itu,Farhan terus mendekati gadis yang sudah dianggap sebagai adik. 

" Meh abang tolong " 

Adwa tersenyum menandakan dia mengucapkan terima kasih.Sebenarnya dia agak takut juga nak berjalan sebab jubah ini terlalu labuh.Boleh jadi jika dia silap langkah,habis tersungkur.

" Lain kali minta tolong ye,Adwa Farhani " usik Farhan.

Farhan tak tipu kalau dia rasa nak gelak bila tengok Adwa yang seakan-akan malu bila diusik.

" Adwa seganlah "

Farhan terus tergelak kecil.Kan dia dah cakap Adwa ni memang gadis solehah betul.

" Takpe , you have me as your knight " Farhan mengenyitkan mata ingin mengusik gadis kecil itu.

" Eyy abang ni poyo haha " Adwa terus rasa terhibur dengan usikan Farhan. Dari kecil Farhan sememangnya rapat dengan dia.Jika mereka keluar bertiga bersama Farha , pasti Farhan akan melindungi dia juga.

Melihat Adwa yang tergelak itu , Farhan rasa gembira. Farhan tahu Adwa tidak begitu ramai kawan sebab gadis ini pendiam bahkan sangat perahsia. Dia lebih suka memendam daripada meluahkan segalanya.

Beza dengan Farha yang banyak meluah dan banyak cakap .

Sebab itu Farhan kadang kala akan ambil peluang untuk mengenali adik dia yang sorang ini sebab taknak Adwa rasa sunyi.

" Poyo tu handsome so Adwa tengah puji abang handsome ke ? " Farhan mengerutkan dahi tanda pura-pura berfikir.

Adwa menepuk dahinya.Abang Farhan ni memang suka buat orang terhibur betullah.Cuba kalau dengan strangers , hm mananya nak keluar perangai yang satu ni, Tapi Adwa bersyukur sebab Farhan ini ibarat abang kandung dia juga sebenarnya.

Farhan sangat menjaga dia dan Farha.

" Abang jangan nak merepeklah . Adwa tak rasa pun abang handsome " 

Farhan berdecit geram. Sengaja budak kecil ni .

Baru ingin membalas,mereka diganggu.

" Amboii borak bukan main mesra eaaa abanggg " usik Farha.

Di belakangnya ada seorang gadis yang tidak Adwa kenal serta si dia.

Farhad Shami.

Jantungnya mula berdetak laju .

Ya Allah.

Farhan perasan perubahan Adwa.

Dia tahu gerak geri gadis ini.

Yang pasti dia yakin Adwa simpan perasaan pada adik bongsunya.

" Jealous ke ? " balas Farhan.

Farha membuat muka.

" Takde makna. Abang layan kitaorang berdua sama rata je kan. Adwa,ni kawan Farhad.Miza namanya..Kau tak kenal maybe sebab selama ni kau duduk asrama kan.. " ujar Farha sambil mengenalkan dua gadis itu.

" Adwa Farhani "

" Miza Farhana "

Adwa memandang betapa akrabnya Miza dan Farhad.Mereka ada apa-apa ke?

Miza dalam diam memandang Farhan yang hilang senyumannya tadi.Kenapa bila dengan gadis bertudung labuh ini dia boleh gelak tawa bila datang dirinya terus hilang semua itu?

Sejak mula kenal abang Farhad ini memang tidak pernah ada senyuman pun pada wajah itu.Tidak kisahlah terjumpa ke atau memang jumpa ke tapi susah nak tengok dia senyum.

Mamat hati beku!

Tapi Miza agak jealous bila lihat gadis hadapannya ini mampu melihat semua itu.

Kenapa ?


Tbc

Triple FWhere stories live. Discover now