" Yakin ke ni Adwa? " Farah bukan taknak tapi Adwa ni satu-satunya anak dia. Bila tahu Adwa nak pergi jauh, dia agak berat hati.
Adwa senyum. Dari awal dia dah agak apa reaksi mama dan papanya. Tapi ini sahaja cara dia nak lari daripada semua ni. Sebab dia dah penat.
Adwan memicit pelipisnya. Kalau Farah je dah berat hati apatah lagi dia. Adwa ni dari kecil dia jaga dan rawat dengan rapi. Apa sahaja gadis itu nak, pasti akan ditepati. Tapi ini?
Belajar dekat Mesir?
Ya Allah.
" Mama dengan papa , tolong Adwa je. Adwa cuma nak sangat belajar dekat sana. Kalau boleh, Adwa nak pergi dengan redha mama papa " pujuk Adwa.
" Tapi Adwa, sana tu takde siapa nak jaga Adwa tahu tak. " ujar Farah.
Adwa tahu memang tiada siapa akan jaga dia. Tapi sampai bila dia nak bergantung pada orang lain? Ada masa dia kena berdiri di atas kaki sendiri.
Takkan selamanya dia nak menyusahkan orang lain? Tak kan?
" Hujung tahun. Papa dengan mama akan settlekan benda ni tapi Adwa kena tunggu sampai hujung tahun. Bagi kami masa nak habiskan peluang dengan kamu " putus Adwan.
Anaknya ini walaupun tak diluahkan masalah yang dipendam itu, dia yakin Adwa ada sebab kenapa beria nak ke Mesir. Dia yakin Adwa ada jalan sendiri.
Farah tercengang. Biar betul Adwan ni!?
" Fal ! Biar betul? " geram Farah.
Adwan mengeluh.
" Kalau itu terbaik untuk dia, sebagai ibu bapa kita nak halang cita-cita dia ke Zahra? Nak tengok dia murung lagi? " tanya Adwan.
Farah terdiam. Yes. Adwa Farhani pernah kena kemurungan sebab stres melampau. Itu sebab kenapa Farah sangat risaukan anaknya.
" Naufal ada kawan dekat sana. So, dia boleh tengokkan Adwa. And dia dah kahwin serta ada anak perempuan. Tak payah risau. " nampaknya dia kena minta tolong Fikri lah ni.
Mendengar kata putus papanya, Adwa bersinar. Ya Allah, Alhamdulillah kerna Kau permudahkan segala urusanku.
Farah dengan nak tak naknya terpaksa jua setuju. Asalkan Adwa ini terjaga dan sihat, itu sudah cukup bagi dia.
Itu perbualan dia semasa dia ingin meminta izin untuk belajar ke luar negara. Sekarang ni, dia tinggal lagi 5 bulan sahaja dekat sini.
Mampu ke dia tinggalkan semua orang?
Masih dia ingat bila mana Farhan dapat tahu dia nak belajar ke Mesir. Itupun sebab dia tersasul masa nak beli barang.
Marah? Ye Farhan marah sebab rahsiakan benda besar macam tu tapi dia ada sebab tertentu.
Lagipun dia bukan larat nak duduk lama-lama dekat sini. Lebih baik dia kejar cita-cita dia.
" Adwa! "
Lenyap terus semua imbasan tadi sebaik sahaja Farha duduk di hadapannya. Alhamdulillah dia nampak perubahan Farha. Semua dah bertukar dan dia harap semua ini kekal.
" Fuhh penat tahu tak berlari ke sini " Farha mengibas mukanya menggunakan helaian kertas kosong di atas meja itu.
Terkekeh kecil Adwa bila dengar rungutan gadis kecil ini. Apa comel sangat ni Farha Shakira.
" Siapa suruh lari? Padan muka "
Farha membulatkan matanya.
" Aip! Pandainya sekarang dia perli kitaaaa " geram Farha. Siapa ajar kakak dia ni? Eh eh.
Adwa tergelak kecil. Mana ada perli, itu mengusik namanya. Petang itu, Farha ajak dia ke taman sebab nak belajar jadi dengan senang hati dia terima sebab dia free juga.
Lagipun kalau kita tolong orang, mana tahu satu hari nanti orang tolong kita.
¤¤¤¤
" Dia masih macam tu? "
Farhan mengangguk. Pemandangan tasik di hadapannya tidak boleh menghilangkan kegusaran di hati Farhan.
Miza mengeluh.
" Dah tu sekarang kita nak buat apa? "
Ini yang Farhan lemah sangat ni sebab dia sendiri buntu. Dia tak tahu nak buat apa sebab dia sendiri tak bercakap dengan Farhad. Umi abah pun perasan tapi dari kerlingan uminya itu dia tahu mereka suruh dia settlekan sendiri.
" Tak tahu. Aku sendiri buntu sebab dia sendiri elak daripada aku. Kalau aku dekat rumah, dia sure keluar. " keluh Farhan.
Miza dirundum rasa serba salah. Takkan sampai macam tu sekali? Jauh sangat perwatakan Farhad yang dia kenal dengan yang ni.
" Nak aku slow talk? "
Laju Farhan menggeleng. Dia taknak Miza melibatkan diri dalam masalah ini. Kalau boleh, biar dia settlekan sendiri. Lagipun Farhad emosi dia tak stabil lagi.
Melihat gelengan Farhan, Miza faham yang Farhan nak uruskan hal ini sendiri. Tapi takkan dia nak diam diri je? Ayuh Miza! Fikir-fikir.
" Find someone. Someone yang mampu tolong kau. Yang faham Farhad tu macam mana. Luar dalam. Itu je caranya " ujar Miza. Meskipun dia rapat dengan Farhad, dia tak kenal lelaki itu sepenuhnya.
Jadi, dia tak tahu Farhad itu macam mana.
Farhan terdiam. Yang begitu faham Farhad? Yang kenal Farhad betul-betul?
Ting!
Dia tahu nak minta tolong siapa.
" Jom. Aku hantar kau balik. Aku nak pergi jumpa someone " Farhan terus bangun.
Miza yang pelik itu terus bertanya siapa dan jawapan daripada Farhan itu membuatkan hatinya mula cemburu.
" Adwa Farhani "
Tbc
YOU ARE READING
Triple F
Teen Fiction[ C O M P L E T E D ] Mengisahkan tiga beradik yang ada perangai masing-masing. Farhan Shazwan, si abang yang protective. Farha Shakira, si kakak yang manja serta degil. Farhad Shami, si adik yang perahsia. Apa bakal jadi jika ada kisah cinta tiga...