27

3.4K 161 9
                                    

Farhan menunggu orang di sebelah mengangkat panggilannya.

Tutt!

" Assalamualaikum. Okay ke? I heard about the hm you know what "

Farhan mengeluh. Mesti Farha yang beritahu ni.

" Waalaikumussalam. Okay kot. Aku tak tahu. Aku dah rungsing nak buat apa "

Miza terdiam mendengar kata-kata Farhan. Dia sendiri serba salah. Kalau dia tahu dari awal Farhad suka dia, dia akan cuba jauhi lelaki itu. Tapi dah takdir mereka macam ni. Dia tidak boleh nak menidakkan takdir Tuhan.

" I'm sorry. Sebab aku semua jadi macam ni. Rasa macam aku penyebab je. Kekadang terfikir lebih baik kita akhirkan semua ni "

Farhan tergamam. Apa Miza merepek ni? Kenapa nak akhirkan semua ni?

" Apa kau merepak ni? Jangan merepeklah. Kata nak hadapi semua ni sama-sama. Sekarang nak putus ke? " marah Farhan.

Miza menggigit bibirnya. Kalau itu jalan terbaik, apa boleh buat kan. Daripada banyak hati yang tersakiti. Lebih baik mereka berpisah je.

" I just said it. Lagipun banyak sangat hati yang terluka lepas kita reveal relationship kita. Tapi takpe, kau masih boleh fikirkan lagi. "

Farhan mengeluh. Dia memicit dahinya. Pening dengan semua ini. Kenapa makin serabut?

" Don't leave me. Please..just stay.. Adik aku nak tinggalkan aku.. Takkan kau pun?  "

Mendengar tangisan Farhan, Miza terdiam. Farhan menangis? Ya Allah, apa kau buat ni Miza?

Farhad di belakang pintu melorot jatuh. Melihat Farhan menangis, dia sendiri sakit. Mendengar kata-kata Farhan, dia serba salah. Kenapa dia tak boleh terima sahaja hubungan Farhan dan Miza?

Kali pertama seumur hidup dia melihat Farhan yang lemah sebab memikirkan dia dan mereka. Kalau selama ni Farhan berlagak kuat tapi kini Farhan lemah.

Sebab dia ego.

¤¤¤¤

Masing-masing diam. Baik Farhad mahupun Miza. Miza tak tahu kenapa Farhad ajak jumpa tapi dia berharap semuanya baik sahaja.

" I'm sorry. Aku rasa aku dah kurang ajar sangat dekat kau. Betullah cakap kak Adwa. Aku ni bodoh sebab fikirkan kau yang taknak aku. " Farhad tersenyum hambar. Tasik yang tenang itu langsung tak tenangkan hati dia.

Miza diam. Dia biarkan sahaja Farhad meluahkan perasaannya. Mungkin Farhad perlukan ruang, jadi dia akan beri sebanyak mana lelaki itu mahu.

" Dulu, aku tak tahu kenapa aku boleh suka kau. Aku ingatkan suka biasa je tapi lama-lama jadi sayang. Tanpa sedar, aku mula letakkan diri aku sebagai seseorang yang akan lindungi kau "

Farhad tergelak kecil mengingatkan bagaimana dia protect Miza daripada orang yang cuba berbuat jahat.

" Tapi malangnya kau dah jumpa someone yang akan protect kau. Yang akan sayangkan kau. Aku tak nafikan abang lebih bagus daripada aku. So, aku lepaskan kau pada dia. Please Miza, jaga hati dia baik-baik. " Farhad bangun lalu tersenyum memandang seseorang di belakang gadis itu.

Pelik dengan Farhad, Miza turut memandang ke belakang.

Farhan?

Buat apa lelaki itu di sini?

Farhan yang pelik kenapa adiknya mengajak dia datang ke sini terdiam apabila terpandang Miza. Apa semua ini?

" Jaga abang aku satu-satunya. Sebab kau bertuah dapat dia. Dan abang, aku minta maaf sebab aku terlalu ego. Aku tahu aku salah. Tapi aku sedar yang tak semua kita nak, Allah akan beri pada kita. Sebab Dia beri apa yang kita perlu. So, I let her go. For you. Be happy. Aku pergi dulu " Farhad menepuk bahu Farhan sebelum pergi meninggalkan mereka.

Sebaik sahaja sampai dan masuk ke dalam kereta, Farhad teresak. Bukan senang dia nak berlagak tabah di hadapan mereka. Melepaskan orang yang kita sayang itu berat tapi kalau untuk kebahagiaan orang lain, dia rela.

Dia nak abang dia bahagia. Dia nak Miza bahagia. Jadi dia lepaskan semuanya. Biarlah Miza bersama abang dia daripada dia harus tengok Farhan yang lemah.

Farhad menarik nafas dalam. Dia kena redha. Menangislah sekarang sebab nanti dia nak bangun dengan semangat baru. Lagipun dia cuma balas semua kebaikan Farhan sebelum ni pada dia.

Itu sahaja.

Kebahagiaan dia buat abangnya.

Itu je pengorbanan yang dia mampu buat.

Walaupun pada mulanya sakit.

Tbc

Triple FWhere stories live. Discover now