1

6.6K 231 0
                                    

" Abang,kau nak pergi mana? " Farhad bertanya sebaik sahaja melihat Farhan menuruni tangga.Bukan itu yang menarik perhatiannya tapi pemakaian Farhan itu.

Farhan yang sedang menuruni tangga sambil melipat lengan bajunya hingga ke siku terkejut.

" Hish kau ni! Terkejut abang.. Nak keluar kejap dengan geng..Cakap dengan umi yang abang balik sebelum maghrib.. " Farhan menjawab pertanyaan Farhad lalu berjalan ke arah pintu.

Mendengar jawapan abangnya itu Farhad cuma mengangguk faham. Nampak gaya dia seorang jelah ni dalam rumah. Nasib badanlah Farhad Shami.

" Eh kejap! "

Farhad mengangkat kepalanya daripada memandang telefon bimbit. Dah kenapa? Tak jadi pula?

" Farha mana? Kakak kau? "

Farhan melilau mencari adik perempuannya itu. Selalunya ada sahaja riuh suara budak tu. Ni senyap je?

" Kakak keluar pergi study group. Nanti dia balik. " jawab Farhad.

Farhan mengerutkan dahi. Study group? Tapi kenapa Farha tidak minta izin dia nak keluar?

" Jaga rumah, dik "

Farhad hanya menunjukkan simbol okay sebelum fokus ke arah telefonnya. Kedengaran kereta abangnya sudah keluar menandakan sekarang dia seorang diri di rumah.

¤¤¤¤

Adwa yang sedang berjalan dari satu rak ke satu rak tersentak bila dia terlanggar seseorang. Dia mengusap bahunya yang sengal akibat perlanggaran tadi. Momentum kuat betul hahaha!

" Eh Adwa? "

Mendengar namanya disebut, dia mengangkat kepala.

" Ehhh abang Farhan "

Farhan tersenyum kecil melihat gadis bertudung labuh ini. Rasanya sudah lama dia tak berjumpa Adwa sejak dia sibuk belajar ni.

Adwa tersenyum lebar. Kebetulan pula jumpa anak Aunty Shafika dekat sini.

" Buat apa ni? Beli barang untuk assignment ke? " Farhan memandang buku yang berada dalam dakapan Adwa.

" Oh ha'ah. Lepas tu Adwa nak beli novel sikit hehe.. Abang buat apa dekat sini? " Adwa hanya tersengih kecil bila Farhan menggelengkan kepalanya.

Farhan dah agak dah motif budak kecil ni ke sini. Bukan setakat beli bahan rujukan je ni tapi mesti akan rembat satu dua novel ni.

" Abang beli buku juga. Nak juga untuk assignment. Tapi tadi lepak kejap dengan kawan. Ni balik naik apa? " Dia tengok si Adwa ni macam seorang diri je. Takkanlah?

Adwa menganggukkan kepala mendengar penjelasan Farhan.

" Naik bas lah. Mana berani nak drive lagi " jawab Adwa. Dia tak berani nak drive semata nak ke mall ni. Jadi lebih baik naik bas.

Mendengar jawapan Adwa itu membuatkan Farhan rasa kasihan pula.

" Dah cukup barang tu? "

Walaupun pelik dengan soalan Farhan, Adwa mengangguk mengiakan.

Melihat anggukan itu, Farhan terus capai barang Adwa sebelum berjalan ke arah kaunter.

Adwa yang tertinggal itu terpinga-pinga melihat Farhan yang membayar segala barang mereka.

Eh!?!

" Jom. Abang hantar balik. Dah petang ni,bahaya kalau anak dara balik lambat dengan pengangkutan awam. Lagipun abang risau nanti kalau jadi apa-apa. " Farhan menghulurkan beg plastik berisi barang Adwa kepada gadis itu.

" Boleh je tapi tak payahlah bayarkan barang Adwa ni. Hish abang ni kan. " geram Adwa. Serba salah pula dia rasa.

Farhan tergelak kecil. Aduhai Adwa Farhani.

" Adwa adik abang. Chill jelah. Jom " Farhan terus berjalan keluar sambil diikuti oleh Adwa.

Sebaik sahaja sampai di perkarangan rumah gadis itu, Farhan mengangkat brek tangan.

" Kirim salam dekat mama dengan papa taw. Tak sempat abang nak singgah sebab dah janji dengan umi nak balik before maghrib. " Farhan memandang Adwa di sebelah sambil tersenyum.

Beruntung siapa dapat gadis ini sebab betapa tertutupnya gadis ini dari atas sampai ke bawah. Aunty Farah dengan Uncle Adwan dah didik dia secukupnya.

Mahalnya seorang wanita bila dia tahu untuk menjaga maruah dirinya serta auratnya daripada dipandang.

" Baik. Hahah terima kasih taw abang. Assalamualaikum " sebaik sahaja Farhan membalas salam, Adwa terus keluar.

Lega akhirnya sampai rumah dengan selamat. Abang Farhan memang boleh dipercayai. Walaupun dia tahu bukan semua perempuan dapat layanan baik macam ni daripada seorang Farhan Shazwan.

Farhan cuma akan beri layanan baik pada perempuan yang ada kaitan dengan dirinya sahaja. Dengan orang lain, sebeku ais lelaki itu.

Moga abang Farhan jumpa dengan jodoh yang baik. Aamin.

Tbc

So how? Bad?

Triple FWhere stories live. Discover now