" Shakira "
Farha memandang Hafiy. Apa lelaki ini buat dekat sini? Dia memandang sekitar. Mana tahu ada Fatin juga ke?
Hafiy pelik. Farha cari siapa?
" Cari siapa? "
" Fatin. Dia tak ikut? "
Hafiy tergelak kecil. Ya Allah, ingatkan apalah tadi.
" Buat apa dia ikut? Yang aku nak jumpa tu kau. Bukan dia. Yang istimewa tu kau. Bukan dia "
Bush!
Jawapan Hafiy itu membuatkan Farha malu.
" Eh pahal muka merah? Malu ke? " usik Hafiy.
" What? Eh no! "
Farha! Behave okay!
Hafiy tersenyum kecil. Dia perasan dua tiga hari ni Farha dah nampak lain. Baju semua dah labuh. Tudung semua dah labuh. Pergaulan pun dijaga rapi.
Hati dia? Makin tertawan dengan Farha Shakira.
" Kau buat aku makin segan nak tegur kau "
Farha menjungkitkan keningnya. Tak faham dengan ayat Hafiy.
" Kau. .dah lain "
Oh okay faham. Farha cuma senyum kecil. Dia malas nak bercakap banyak. Segala pesanan Adwa, dia ingat.
" Jaga hati Far kalau taknak kecewa banyak kali sebab hati ini lembut je "
Tapi dia tak boleh tipu kalau perasaan itu masih ada buat Hafiy, lelaki yang di hadapan dia. Namun dia sedar bahwa Hafiy ini ramai gadis yang inginkannya. Jadi, Farha taknak melampaui batas mereka.
Kekadang apa kita nak kita takkan dapat sebab Allah beri apa yang kita perlu. Bukan apa yang kita nak.
Lah Tahzan Innallaha Ma'ana.
Dalam diam Hafiy memerhatikan seraut wajah putih itu. Kebelakangan ni dia sibuk sampai lupa akan Farha tapi bukan dia lupa sepenuhnya sebab Farha tetap selalu dalam ingatan dia.
Lagipun dia serabut bila Fatin meluahkan perasaan padanya. Tapi bila mengingatkan Farha, dia menolak gadis itu. Hatinya taknak orang lain selain gadis di hadapannya ini.
Farha bukan jenis gadis yang suka tunjuk perasaan dia tapi Hafiy tahu gadis ini mula simpan satu tempat untuk dia dalam diam. Jadi, Hafiy nak tengok sejauh mana Farha mampu bertahan.
" Dah makan? "
Farha menggangguk.
" Makan apa? "
" Hish makan roti je. Banyak tanya ni kenapa ni? " Farha menjeling Hafiy geram.
Hafiy tersengih kecil. Sengaja nak buat gadis kecil dia tu bengang hahah!
" Jom lunch. Lagipun kerja kau tak banyak je aku tengok ni " Hafiy menunduk sedikit melihat Farha yang langsung tak pandang dia.
Mendengar ajakan Hafiy itu, Farha terdiam. Hati dia meronta nak jawab ya tapi akal dia berkata tidak. Lagipun dia kan nak menjauhi lelaki ni jadi kenapa dia kena ikut, kan?
" No. Aku busy. So, you may go now " tolak Farha. Dia tak betah lagi di situ jadi dia mengemas segala barang dia.
Hafiy yang melihat Farha ingin meninggalkan dia terus menahan gadis itu. Kenapa Farha macam nak menjauhi dia?
" Weh kejap. Kau kenapa ni? "
Farha merengus geram. Dia merentap buku yang dipegang Hafiy sebelum berkata...
" Tak faham ke aku cakap aku busy? Tak tahu apa benda nama busy tu? Pleaselah jangan kacau aku " sejurus berkata begitu , Farha terus meninggalkan Hafiy.
Hafiy terdiam.
Farha cakap jangan ganggu dia?
Tapi Hafiy tak boleh.
Kenapa ni?
Farha, apa salah saya?
¤¤¤¤
Kebelakangan ni Farrid nampak Farha suka termenung di halaman belakang rumah. Apa yang mengganggu fikiran anak gadis dia ini?
" Kakak "
Farha tersedar. Cepat-cepat dia mengesat tubir mata yang berkaca.
" Are you crying ? " Farrid melabuhkan duduk sebelum berkerut.
Meskipun Farha tahu senyumannya nampak hambar tapi dia tetap menggeleng. Takkan nak beritahu abahnya pula dia sedang bersedih.
Farrid tersenyum kecil. Farha tak pandai menipu sebab dia tahu anak-anak dia macam mana.
" Siapa buat puteri abah ni menangis? " soal Farrid sambil mata memandang ke depan.
Farha tersentak. Dia takkan pernah berjaya tipu orang kan? Perlahan-lahan Farha memeluk tubuh Farrid. Dia perlukan abah dia. Sangat.
Farrid mengelus kepala Farha yang bertutup tudung sarung itu. Dia biarkan sahaja anaknya menangis. Kalau menangis itu mampu melegakan hati Farha, dia sanggup diam dan memujuk.
" I'm sorry. Sorry sebab Farha tak mampu nak lupakan dia. I just keep fall and fall in love with him. " esak Farha.
Sejauh mana dia tipu dia tak berharap lagi tapi hakikatnya dia masih tetap berharap. Berharap pada yang tak pasti. Hakikatnya cinta tak halal ini menyakitkan diri dia.
Diam.
Itu yang Farrid lakukan.
" Kenapa dia datang dalam hidup kakak, abah? Why? "
Farrid mengeluh.
" Listen dear. Setiap manusia yang hadir itu ada sebab mereka tersendiri. Allah hadirkan dia dalam hidup akak mungkin nak uji sejauh mana kasih sayang kakak buat Dia. Kalau pun nak berharap, jangan terlalu tinggi sebab kita boleh jatuh sebab manusia " nasihat Farrid.
Siapa je tahan tengok anak mereka menangis sebab cinta? Takde. Kalau boleh , biarlah anak kecil ini tak tahu erti cinta asalkan dia tak sakit. Itu lebih baik.
Tapi benda ni fitrah seorang manusia. Jatuh cinta, putus cinta, patah hati. Semua tu fitrah. Bahagia itu ada cuma belum tiba masa lagi untuk Farha rasai.
" Kita ambil kesan dia, kakak. Kakak dah berubah sekarang. Abah bangga dengan perubahan kakak. Kalau kakak tak kecewa, abah rasa abah masih susah nak masuk syurga sebab anak abah sendiri tak tolong. Setidaknya dengan kecewa, kakak dah mula bantu kurangkan beban abah. Faham? " Farrid menjenguk anaknya.
Farha terdiam. Ada betulnya apa yang dikatakan Farrid itu. Kalau dia tak kecewa, mungkin dia takkan ambil tindakan drastik macam ni. Mungkin dia masih lalai lagi.
Lagipun tugas dia adalah bantu abahnya bukan makin menyusahkan lagi.
Allahu, Farha Shakira!
Lupakan dia.
Abah itu adalah lelaki yang perlu kau sayang lebih daripada dia.
Bukan dia yang kau lebihkan.
Takkan kau nak jadi penyebab abah masuk neraka sebab tingkah laku kau..
Allahu :")
Tbc
Mungkin update akan lambat. Sebab tangan saya melecur teruk akibat air panas tumpah atas TANGAN 💔 So, mohon faham. Ni pun gigih nak taip.
YOU ARE READING
Triple F
Teen Fiction[ C O M P L E T E D ] Mengisahkan tiga beradik yang ada perangai masing-masing. Farhan Shazwan, si abang yang protective. Farha Shakira, si kakak yang manja serta degil. Farhad Shami, si adik yang perahsia. Apa bakal jadi jika ada kisah cinta tiga...