18

3.2K 162 11
                                    

Farhan melihat Farhad yang termenung jauh. Sejak adiknya itu balik, dia langsung tak bertegur sapa dengan adiknya sebab dia takut satu pergaduhan terjadi.

Tapi sampai bila mereka nak cipta jurang macam ni?

" Kau nak apa? "

Farhan tersentak. Macam mana Farhad tahu dia dekat sini? Ada sixth sense ke budak ni?

" I'm sorry. For everything "

Farhad tersenyum sinis. Bosan dia dengar perkataan maaf yang langsung takde kesan itu. Kalau dengan maaf, dia mampu nak jadi Farhad yang dulu.. Takpe.. Tapi ini tidak.

Kalau luka tu pada fizikal, dia mampu lagi nak rawat luka tu tapi ini pada dalaman dia.. Hati dia terluka sebab abang sendiri.

" Aku nak maafkan kau tapi aku tak boleh. Setiap kali aku nak cakap aku maafkan kau tu, hati aku tak ikhlas. Kau tak faham. Macam mana hilang orang yang kau sayang pada ahli keluarga kau sendiri. " luah Farhad.

Mengingat semua itu, Farhad mula meluahkan semuanya.

" Aku suka dia dulu. Aku kenal dia lebih rapat daripada kau kenal dia. Aku yang jaga dia. Aku yang teman dia. Aku yang selalu ada dengan dia. Tapi kenapa dia nampak kau? Kenapa bang!? Kau jawab aku!! " marah Farhad.

Bum!

Terjatuh kerusi yang didudukinya bila Farhad bangun secara drastik. Matanya tajam menikam wajah Farhan. Farhan yang sentiasa tenang. Farhan yang sentiasa idamkan ramai gadis. Farhan yang sangat disayangi mereka semua.

Apa beza dia dengan Farhan? Apa kurangnya dia? Kenapa Miza tak nampak segala efforts dia selama ni?

Kenapa!?

Farha tercungap-cungap sebaik sahaja turun ke bawah. Kenapa lagi ni? Dia memandang Farhan dan Farhad bersilih ganti. Dahlah umi abah takde dekat rumah. Menyesal tak ikut tadi.

Laju dia berlari ke bawah apabila terdengar jeritan Farhad.

" Aku tak faham! Apa beza aku dengan kau sampai dia pilih kau!? Apa bang!? Teruk sangat ke aku ni sampai dia nampak kau je!? " jerkah Farhad.

Saat ini dia tak fikir pun Farhan tu abang dia. Saat ini dia tak fikir pun dia dah tinggikan suara dia pada abang sendiri. Apa yang dia fikir cuma dia benci Farhan.

" Lebih baik aku takde abanglah kalau aku jadi macam ni! Aku benci kau tahu tak! "

" Farhad Shami! "

Laju degupan jantung Farha bila dengar kata-kata Farhad. Apa ni?! Takkan sebab cinta, mereka nak bertekak?

" Aku tak minta, Had. Aku tak minta dia jatuh hati pada aku. Tapi please terima takdir ni semua. Dekat luar tu ramai lagi gadis yang nak kau. Kau ada keistimewaan kau sendiri. Aku sayang dia tapi aku sayang kau, Had. Jangan sampai pertalian darah kita musnah sebab ni. Aku minta maaf " Farhan terasa tapi dia faham keadaan Farhad.

Dia minta maaf sebab dia ego taknak lepaskan Miza pada Farhad. Dia minta maaf sebab dia takkan pernah menyerah. Dia tahu sebagai abang, dia kena berkorban tapi dia sayang gadis itu.

Walaupun Farhad itu adiknya, dia yakin ada yang lebih baik untuk Farhad cuma adiknya tak nampak lagi.

Farhad menggeleng kepala. Tak sangka Farhan tamak macam ni.

" Kau tamak! Kau tahu aku sayang dia tapi still kau nak dia. Shit! " carut Farhad.

" Had, tak baiklah. Takkan sebab Miza , kau kurang ajar dengan abang. Bukalah mata kau tu besar-besar! Tengok sekeliling kau! Tengok siapa yang merana sebab kau! Kau buta ke!? " Farha tak mampu nak tahan lagi. Dia menyampah!

Farhan menggeleng kepalanya. Jangan Farha beritahu soal Adwa pada Farhad. Jangan. Tolonglah!

Farhad pelik. Dia buta?

" Apa maksud kau ni kak? "

" Farha Shakira, don't . " tegah Farhan.

" Sorry abang. Dia ni kena brainwash betul-betul biar serap segala benda. Jangan jadi bodoh sebab cintalah " marah Farha.

Farhan mengeluh. Farha tak faham. Adwa Farhani bukan jenis yang suka jujur. Ada sebab kenapa gadis itu sembunyikan perasaannya. Ya Allah tolonglah Farha.

" Just don't. Kalau taknak hilang dia, jangan buat. Dengar cakap abang " tegas Farhan.

Melihat ketegasan Farhan, Farha bengang. Kenapa taknak beritahu hal sebenar je!? Sampai bila nak biar Adwa tu terseksa!

Dengan bengangnya Farha terus naik ke atas. Berdentum pintu bilik itu ditutup oleh Farha.

Farhan cuma mampu menggeleng kepala. Farha ni kalau manja, boleh tahan tapi kalau dah mengamuk, taufan pun ada.

" Apa ni? "

Farhan memandang Farhad. Dia tahu adiknya masih marahkan dia. Tapi dia tahu semuanya terjadi ada hikmah.

" Takde apa. One day, you will know it. " Farhan terus meninggalkan Farhad yang kebingungan.

Biarlah adiknya terus berteka teki sebab masa belum tepat lagi nak bongkar semua.

Tbc

Triple FWhere stories live. Discover now