12

3.1K 173 7
                                    

Farha meletakkan begnya di salah satu kerusi. Matanya melilau mencari tubuh Hafiy. Setahu dia tadi lelaki itu cakap akan pergi ke perpustakaan ini.

" Mana pula jantan ni? Aduhh " naik geram Farha dibuatnya.

Tiba-tiba dia dengar gelak tawa seseorang yang dia amat fasih di salah satu rak buku. Perlahan-lahan dia berjalan ke arah rak buku itu sebelum terhenti.

Hafiy?

Dengan Fatin?

Apa mereka buat?

" Eh Shakira "

Hafiy berpaling. Dia berkerut dahi melihat gadis itu. Apa Farha buat dekat sini?

Farha yang tersedar terus tersenyum kecil sebelum meninggalkan mereka. Rasanya dia dah tahu jawapan semua perilaku si Hafiy kebelakangan ini. Ya Allah Farha.. Redha je.

" Err Fatin, Fiy pergi dulu ea. Nanti kita sambung cari rujukan tu " ujar Hafiy sebelum laju berlari keluar mengejar Farha.

Dia nampak tubuh gadis itu.

Zzup!

" Far.. Hahh.. Hahh.. Kenap..kenapa laju sangat ni? " Hafiy menarik nafas dalam sebelum melepaskan lengan gadis itu.

Terkejut Farha dengan tindakan Hafiy. Dah pahal berlari ni? Kenapa tak duduk je dalam tu?

" Kau pahal ni? "

Hafiy menggaru kepalanya serba salah. Dia tersengih kecil sebelum berjalan di sebelah Farha. Lama dia tak jumpa gadis ini. Akibat sibuk dengan assignment, kuiz lagi, dia kurang tegur Farha ini.

" Takut kau salah faham je dengan tadi tu? " Hafiy memandang riak wajah Farha.

Farha menjulingkan mata.

" Tak heran pun. "

Hafiy tersenyum sinis. Menipu je kerja si Farha ni. Dia nampak betapa gadis itu terluka melihat dia dengan Fatin tadi.

" Baguslah tak heran. Takdelah aku rasa awkward nak jumpa dengan dia kalau ada kerja kan "

Deg!

Farha benci perasaan macam ni.

" Suka hati kau. Macam aku heran je. Dahlah, abah aku dah sampai " terus Farha meninggalkan Hafiy.

Melihat Farha yang bergerak pergi, Hafiy rasa serba salah. Dia rasa kata-kata dah menyakitkan hati Farha.

Ya Allah, apa kau buat ni Hafiy!

¤¤¤¤

Baru sahaja Adwa ingin pulang, seseorang memanggil namanya.

" Ya Allah Adwa. Penatlah abang panggil " tercungap-cungap Farhan dibuatnya. Penat panggil Adwa ni tapi langsung tak menoleh.

Adwa rasa tiada siapa pun memanggilnya tadi. Ke dia memang fokus nak balik je? Melihat Farhan yang sedang menstabilkan diri, Adwa cuma berdiri menunggu apa yang hendak disampaikan oleh lelaki itu.

" Okay. Fuh penat. Jom balik saing. Abang hantar "

Terus berkerut dahi Adwa mendengar ajakan lelaki itu. Tak cemburu ke Miza kalau nampak ni? Farhan ni biar betul?

" Abang ni biar betul? Kalau Miza nampak ni nanti macam mana? " tegur Adwa.

Farhan tergelak kecil. Nampak betul si Adwa ni takutkan Miza ni.

" Dia dah lama habis class lah. Lagipun Aunty tak boleh nak jemput Adwa so abang tawarkan diri untuk kurangkan beban Aunty. Jom " ajak Farhan.

Adwa tiba-tiba rasa macam tak selesa pula. Farhan ini milik orang. Apa nanti orang kata kalau nampak dia dengan Farhan?

" Dia balik dengan aku, abang. Kau balik je dulu "

Adwa dan Farhan berpaling memandang suara yang menegur mereka.

Ya Allah, apa lagi ni?

" Ehh takpe! Biar Adwa naik teksi je. Jangan susahkan diri korang. Okay? Assalamualaikum " baru ingin melangkah, Adwa tersentak bila dia ditarik oleh Farhad meninggalkan Farhan.

Dari jauh Farhan pelik melihat perangai Farhad yang berubah tiba-tiba ni. Apa masalah budak sorang tu?

Suasana dalam kereta itu sepi. Adwa mahupun Farhad masing-masing senyap. Masing-masing sibuk memandang jalan.

" Sorry. Main tarik je tadi "

Adwa memandang ke sebelah. Budak ni minta maaf?

" Takpe cuma lain kali jangan buat lagi. " jawab Adwa.

Farhad senyum kecil.

Dia mengerling memandang Adwa yang senyap. Kenapa dia baru sedar Adwa ni nampak cantik?

Ke selama ni kau yang buta, Farhad?

Tbc

Triple FWhere stories live. Discover now