Aifa memandang Farha yang banyak termenung. Sejak Hafiy mula tidak ganggu gadis itu, dia perasan betapa Farha mula lenyap dalam angan-angannya. Dia perasan Farha semakin jadi seorang yang suka menyepi. Begini ke kesan Hafiy terhadap Farha?
" Orang cakap kalau rindu, doakan dia. Orang cakap kalau suka, simpan kalau tak mampu nak luah. Tapi kenapa rasanya sakit bila dia menjauh dan menghilang? "
Farha mengangkat kepalanya. Dia tahu Aifa menyindir dirinya. Dia tahu gadis itu perasan perubahan dia. Dia mengaku dia rindukan Hafiy. Dia mengaku dia cemburu bila lihat Hafiy dan Fatin yang semakin rapat.
Bahkan dia kecil hati bila mereka berselisih, Hafiy seakan-akan tidak kenal dengan diri dia. Sebegitu teruk ke diri dia?
" Shut up Aifa. Kau takde kerja lain ke nak buat ? " Farha menikam tajam wajah Aifa yang sengih tidak bersalah itu.
Hah tahu pula nak sentap minah depan ni. Tadi bukan main termenung jauh.
" Ada lah. Saja nak bermadah di tengah hari yang mencanak ni " Aifa senyum.
Farha mengeluh. Kawan dia ni kalau tak perli memang tak sah. Agak-agak kalau baling botol 1.5liter ni pengsan tak?
Baru sahaja ingin membalas kata-kata Aifa , dia tergamam melihat susuk tubuh itu. Gelak tawa yang seharusnya dia lihat tapi kini menjadi tatapan wanita lain.
Allah, sakitnya hati.
Aifa yang pelik turut memandang ke arah yang sama. Namun tiba-tiba dia merengus geram. Menyampah tengok babak-babak pokok sawit macam tu.
" Tak payah kau nak terhegeh dekat dia. Sekarang kau tengok dia bahagia dengan siapa " marah Aifa. Buku diselak macam nak terkoyak.
Farha diam. Dia taknak nanti mood Aifa terus tak okay.
¤¤¤¤
Dari jauh Hafiy perasan wujudnya Farha di hujung sana. Sekian lama dia buat Farha seakan-akan tak wujud, kini dia lihat gadis itu tanpa berkedip.
Fatin yang berada di hadapan langsung tidak dipedulikan sebab mata dan hatinya kini hanya pada Farha.
Apa khabar agaknya gadis itu? Hm.
" Fiy "
Hafiy tersedar bila namanya diseru.
" Eh sorry Fatin. Saya mengelamun tadi "
Fatin tersenyum hambar. Dia faham. Takpe.
" Takpe. Eh nanti awak datang court ea? Saya ada game netball. Farha pun ada juga. Saya lawan dengan team dia " Fatin nak sangat Hafiy datang melihat dia.Mendengar berita itu, Hafiy terdiam. Farha ada? Sejak bila budak tu libatkan diri dengan sukan? Tapi setidaknya dia datang je, takpe kan?
Nak tak nak Hafiy mengangguk. Fatin terus tersenyum lebar. Dia kena buat Hafiy nampak kewujudan dia sekarang ni.
Petang itu, cuaca agak menyebelahi mereka. Tak panas serta tak sejuk. Sederhana sahaja.
Farha mula mengikat tali kasutnya erat-erat supaya nanti takde kes tiba-tiba ada yang terpelecok dekat court tu. Dia rasa badan dia macam tak sedap tapi demi rakan-rakan dia, terpaksa tabahkan diri.
" Jom " ajak Dewi.
Dengan semangat membara, Farha bangun. Kena menang!
Baru suku pertama je kumpulan Farha dan mendahului kumpulan Fatin. Sebenarnya dia tak sangka dia akan berlawan dengan kumpulan gadis itu. Agak terkejut bila dia nampak si Fatin tu.
" Sha! "
Farha mengangkat kepala. Bola yang menuju ke arah dia itu cuba ditangkap meskipun kepala dia tiba-tiba berpinar.
Baru ingin ditangkap, terus tubuhnya melimbung.
Buk!
" Sha!! "
Semua berkerumun ke arah Farha yang memegang kepalanya yang terhantuk bola . Lepastu boleh pula dia terjatuh akibat tidak stabil.
" Weh okay tak? "
" Sakit dekat mana? "
Macam-macam soalan ditanya tapi Farha langsung tak respon sebab sakit pada kepala serta kaki. Dia syak dia dah terseliuh ni.
" Kaki aku sakit. Rasanya terseliuh ni "
Semua terus sweatdrop. Pula dah!
Dewi yang baru ingin memanggil cikgu untuk bantu mereka terus tak jadi bila melihat keadaan depan mata dia.
" Eh? "
Farha melihat siapa yang memegang lengannya.
Deg!
Wajah lelaki itu.
Apa dia buat dekat sini?
" Boleh jalan? "
Dalam bingung, Farha cuba melangkah namun hampir terjatuh jika tidak ditahan oleh lelaki itu.
" Sah kau terseliuh. Sorry , darurat "
Baru ingin Farha bertanya kenapa, dia terus terjerit.
Zzap!
Tbc
Guess what happen ? 😂
YOU ARE READING
Triple F
Teen Fiction[ C O M P L E T E D ] Mengisahkan tiga beradik yang ada perangai masing-masing. Farhan Shazwan, si abang yang protective. Farha Shakira, si kakak yang manja serta degil. Farhad Shami, si adik yang perahsia. Apa bakal jadi jika ada kisah cinta tiga...