17

3.1K 169 2
                                    

Wajah itu tenang dalam tidurnya. Tapi dia tak habis fikir kenapa Farhad sanggup seksa diri sendiri.

" Stupid Farhad "

Adwa marah. Ye dia sangat marah. Rasa macam nak putus asa dengan Farhad. Sejauh mana dia inginkan lelaki ini, dia takkan dapat gapai hati itu.

Jadi buat apa dia tunggu?

" Assalamualaikum "

Adwa berpaling. Senyuman hambar terlakar bila Miza masuk ke dalam wad itu.

" Waalaikumussalam "

Sebaik sahaja Adwa menjawab salam itu, Farhad tersedar. Dia memerhati keadaan sekeliling. Dia agak dia dekat hospital sekarang ni.

Tiba-tiba matanya terhenti pada dua gadis. Adwa dan Miza tapi dia lebih tertarik pada Miza.

" Farhad? Alhamdulillah dah sedar. Kejap, Adwa panggil doktor " baru ingin dia bangun, dia terhenti.

" Miza "

Remuk. Ye hati dia remuk. Kenapa sebaris nama gadis di hadapan dia juga yang disebut sebaik sahaja bangun? Kenapa bukan dia?

Takpe Adwa. Pergi dari sini.

Tanpa menunggu lama, Adwa keluar namun dia sempat beritahu jururawat di situ bahwa Farhad sudah sedar.

Buk!

" Eh Adwa "

Farha pelik kenapa Adwa berjalan laju. Bukannya semalam gadis itu jaga Farhad?

Tapi satu, Adwa menangis ke tadi?

¤¤¤¤

" Kau buat apa dekat sini? " Farhad langsung tak pandang wajah itu.

Miza menekur melihat bawah. Apa salah dia tak nampak kasih sayang yang diberikan oleh Farhad?  Tapi dia bukan boleh tolak perasaan yang hadir buat Farhan.

Apa salah dia mereka semua jadi macam ni? Kan dia dah pernah beritahu dia cuma anggap Farhad sebagai kawan baik.

" Aku lawat kawan baik aku. Tak salah rasanya " jawab Miza.

Farhad berdecit sinis. Kawan baik? Dia tak perlukan Miza untuk datang sini. Benda tu cuma akan menyakitkan dia lagi. Bukan makin merawat dia.

" Aku tak perlu simpati kau, Miza. Baliklah. Aku taknak tengok muka kau. " Farhad terus menghalau gadis itu.

Miza terus tersentak. Tak sangka Farhad sanggup halau dia balik sedangkan niat dia baik. Tubir matanya tiba-tiba berasa panas.

" Bukan salah aku, Farhad. Kalau memang kau sayang aku, kau patut terima aku dengan abang kau. Lagipun aku pernah cakap yang kau sekadar kawan baik aku. Salah aku ke? " lirih Miza.

Dia penatlah. Dia risau tengok Farhan. Dia risau tengok Farhad. Apa dia patut buat?

" Just go. Aku cakap pergi. So pergi! " tengking Farhad. Dia taknak dengar apa-apa pun yang keluar daripada mulut gadis itu.

Taknak!

Miza terus terdiam. Pertama kalinya Farhad menengking dia. Jika selama ni lelaki itu baik pada dia tapi kini dia tahu lelaki itu begitu bencikan dia.

Farha yang baru masuk terkejut. Apa ni? Kenapa Miza menangis? Farhad?

" Kids? "

Farhad memandang kakaknya.

" Kak, halau dia keluar. Aku taknak tengok muka dia " ujar Farhad dingin.

Tanpa tahu apa-apa, Farha menyuruh Miza pulang dahulu sebab dia tahu emosi Farhad tak stabil. Lebih baik mencegah dari awal.

" Okay dik? " Farha melabuhkan duduk setelah menghantar Miza turun.

Farhad mengeluh.

Tak kak. Aku sakit luar dalam. Aku penat.

Tapi itu hanya mampu didiamkan.

" Thanks jaga aku "

Berkerut dahi Farha. Bila masa pula dia jaga budak kecil ni?

" Siapa jaga kau? Aku baru balik dari kelas ni tahu tak " ujar Farha.

Eh?

Kalau bukan kakaknya, siapa?

Farha tersenyum sinis. Dia faham sekarang kenapa Adwa menangis tadi.

" Adwa Farhani. Ye kak Adwa kau tu. Dia yang jaga kau malam tadi. Bersengkang mata teman kau. Alasan dia sebab dia takde kelas and umi nampak penat sangat semalam. Sedangkan kau nak tahu apa? Dia ada kuiz pagi ni. Dia tipu semua orang. Sebab apa? Sebab kau. Itu pun tadi kau tak nampak dia. Stupid Farhad! " sindir Farha. Bertubi-tubi dia sindir adiknya.

Supaya mata budak tu nampak usaha Adwa yang dah lama bertahan dengan sikap bengap Farhad ni.

Farhad terdiam. Jadi Adwa yang jaga dia? Adwa skip kuiz dia sebab nak jaga manusia macam ni? Ya Allah, kenapa kau tak perasan tadi ada Adwa!

" Jadi mana dia? "

Farha menjulingkan mata. Soalan bodoh dia bagi?

" Balik lepas Miza datang tadi "

Farhad serba salah. Nampak sangat kehadiran Miza membuatkan dia tak peka dengan keadaan sekeliling.

" Kau ni buta, dik. Tak nampak mana permata, mana kaca. Haih " Farha menggelengkan kepalanya.

Farhad yang dengar itu pelik.

Maksud kakaknya?

Tbc

Tahu makin hambar. Dah diam2 je 😂

Triple FWhere stories live. Discover now