4 tahun kemudian,
Adwa menghirup udara segar sekitar KLIA itu. Mata melilau mencari sekujur tubuh ahli keluarganya. Dia rasa dia dah beritahu mamanya yang harini dia balik ke Malaysia. Itupun sebab abang Farhan desak supaya hadir waktu majlis resepsi. Sebab? Nikah dia langsung takde hahaha!
Bzz! Bzz!
Mama's calling
Adwa mengeluh lega. Finally!
" Assalamualaikum mama. Mana? Adwa dah keluar ni "
" Oh yeke? Hm takpelah. Adwa naik teksi je "
" Eh siapa pula? "
" Mama??? "
Adwa merenung skrin telefonnya. Mama kata tak dapat datang sebab sibuk dengan majlis Farhan tapi katanya ada yang dah datang nak ambil dia. Tapi siapa?
Punya bersungguh dia memikirkan hal itu, tiba-tiba satu suara menegur. Sebaik sahaja dia berpaling ke sisi, dia tergamam.
4 tahun tidak mengubah apa-apa melainkan gerak geri lelaki itu. Tapi kenapa mesti dia!?
" Cik Adwa, jomlah. Nak tunggu saya dukung awak baru nak jalan? " Farhad mencapai beg gadis itu sebelum berjalan.
Senyuman kecil terbit di bibir apabila terbayang gadis itu yang kaku melihat dia. Bukan dirancang tapi bila Aunty Farah minta tolong dia tadi, laju sahaja dia setuju sebab dia nak bagi kejutan.
Sekali memang terkejut.
Suasana dalam kereta itu sepi sebelum dipecahkan oleh Farhad.
" How was your life? 4 tahun langsung takde berita. "
Adwa menggigit bibirnya. Bukan sengaja okay!
" Fine. Very fine. Bukan sengaja tapi memang sibuk nak belajar. Banyak benda nak kena catch up. " jawab Adwa selamba.
Farhad mengerling ke sisi. Adwa dah berubah. Tengok jelah style budak ni. Lebih berfesyen daripada yang dulu. Tapi fesyen yang mengikut syariat lah ye.
Adwa mengerling ke arah Farhad. Kenapa dia rasa Farhad macam makin handsome? Lengan baju yang berlipat, rayban yang menutupi mata, bahkan Farhad sekarang dah macam abang dia. Tinggi kau!
" Puas dah tilik atas bawah? "
Adwa terus tersedar.
" Man.. Mana ada! Bukan handsome pun nak kena tilik bagai " elak Adwa. Hah kan kantoi usha anak teruna orang.
Farhad tersenyum sinis. Ingat dia tak nampaklah tu. Ini baru sedikit je ye cik Adwa. Lepasni ada lagi.
¤¤¤¤
" Kau!! "
Adwa mengusap lengannya yang sakit dipukul oleh Farha. Ganasnya Farha ni. Ya Allah, makan apa budak seorang ni.
" Sampai hati tak call kata nak balik. Eyyy bencinyaaaa " benci pun dipeluk juga lengan si Adwa tu.
Tergelak kecil yang lain tengok perangai Farha ni. Macam kanak-kanak baru dapat gula lolipop.
" Last minute punya plan. Kau nak aku cakap apa? " jawab Adwa.
Farha merengus geram. Tahulah tapi at least inform lah kan. Ini tak! Tiba-tiba muncul dekat rumah ni dengan muka toya dia tu. Pehhh!
" Fine fine. So dapat pakwe handsome tak dekat sana? " usik Farha.
" Uhukks! Uhukss! "
" Ya Allah dik! Kau agak-agak ah nak tersedak punnnn " geram Farhan. Yang ditanya itu Adwa tapi apasal budak ni yang tersedak?
Farha tersenyum sinis. Faham dah situasi sekarang ni. Plan berjalan!
" Mesti ada kan? Aku tahu dah! Sebab tu taknak balik kan masa raya hahhhhhh " Farha makin mengusik bila melihat Farhad yang memandang dia geram.
Adwa mengerutkan dahi. Tak faham dengan Farha ni. Dia menolak dahi Farha perlahan sebelum menjawab ,
" Pakwe apanya! Aku belajar tahu tak dekat sana! Takde kerja nak pandang ke tilik ke mana-mana lelaki. Haish bertuah budak ni " bebel Adwa sebelum tangan gerak capai bunga telur.
Dalam diam, Farhad mengeluh lega.
" Eh dik, aku dengar macam ada orang tu lega jeeeee " usik Farhan.
" Man..mana ada! Memandai kau bang! Hish dah ah, nak makan " laju sahaja budak tu lari ke depan sana.
Farhan dan Farha ber high five sebelum tergelak. Adwa yang tak faham apa-apa cuma menggeleng kepala. Entah apa-apa je mereka ni.
¤¤¤¤
" Sweet kan? "
Adwa terperanjat sebelum menghela nafas lega. Dia menjeling Farhad yang berdiri di belakang dia. Sejak bila entah muncul.
" Yup. Like a prince and princess. "
Akhirnya dia dapat melihat wajah Farhan yang tersenyum bahagia di sisi Miza. Kan dia dah cakap sesiapa yang dapat Farhan, perempuan tu beruntung sebab Farhan sangat gentle in his own way.
" We will be like that too. Just tunggu orang tu habis belajar je " ujar Farhad tiba-tiba.
Zzap!
Laju Adwa memandang Farhad. Apa maksud lelaki ni?
" I'm done. Dah khatam dah Al-Quran yang 4 tahun lepas tu. Bolehkan tu jadi hantaran untuk majlis akad kita? " tanya Farhad sambil membalas pandangan Adwa.
Adwa?
Dia terkedu sebab tak sangka Farhad penuhi permintaan dia. Dan soalan Farhad itu membuatkan jantung dia bergetar. Maksud Farhad itu apa?
" Apa maksud Farhad ni? "
Farhad tergelak kecil.
" If Miza is princess for Farhan then Adwa Farhani will be Farhad's princess because Mrs Shafika always be his Queen. Got it? " Farhad senyum sebelum meninggalkan Adwa yang tercengang.
Adwa memandang tubuh Farhad yang mendekati Shafika.
Is that a confession!?
After 4 years ?!
Apa yang merubah budak bernama Farhad Shami ni!????
Tbc
Get ready? Hahaha!

YOU ARE READING
Triple F
Teen Fiction[ C O M P L E T E D ] Mengisahkan tiga beradik yang ada perangai masing-masing. Farhan Shazwan, si abang yang protective. Farha Shakira, si kakak yang manja serta degil. Farhad Shami, si adik yang perahsia. Apa bakal jadi jika ada kisah cinta tiga...