3

4.4K 194 0
                                    

Gadis itu berjalan laju meninggalkan si teruna yang mengejar di belakang.Dia rasa rimas bila orang cakap sekali sahaja tapi tetap lelaki itu tidak faham dengan perkataan yang dia keluarkan daripada mulut dia.

" Shakira! " direntap lengan gadis itu yang berbaju lengan panjang.

Farha membulatkan mata melihat di mana lelaki itu memegang dia. Api marahnya semakin meningkat.

Zzup!

" Seumur hidup aku! Belum ada yang berani pegang lengan aku selain yang mahram aku tahu tak ! Kau siapa nak sentuh-sentuh aku tanpa izin ni! " Farha menaikkan suaranya tanda dia amat marah sekarang ini .

Selama ini Farhan jaga dia rapi sehinggakan tiada siapa yang berani menyentuh dia.Namun lelaki depan dia ini memandai pegang lengan dia?!

" Shakira,okay look! Aku minta maaf weh sentuh kau. Aku panggil kau banyak kali kot weh. At least pandanglah aku " ujar Hafiy serba salah.Bukan niat dia nak menyentuh Farha tadi.

Farha menjulingkan matanya tanda bosan dengan perangai Hafiy.

" Kau bukan sesiapa pun dia nak kena pandang,bro " Satu suara menyampuk dari sebalik dinding koridor itu.

Farhad mendekati kakaknya dengan seorang lelaki asing yang entah dari mana muncul tiba-tiba.Ini kalau abang mereka tahu,hidup budak lelaki ini memang tidak aman.

Melihat Farhad yang mendekati mereka berdua,Farha menghela nafas lega.Penyelamat dia dah datang.

" I just need have a talk with her for a while . Salah ke ? " 

Melihat muka kerek mamat depan dia ini membuatkan Farhad meluat.Kalau ikutkan hati,mahu sahaja penumbuknya melayang tapi abangnya selalu pesan supaya datang sekolah jangan cari gaduh.

" Talk . At here. Right now " sedingin Farhad , takkan pernah dapat kalahkan dinginnya Farhan.

Hafiy rasa bengang dengan adik Farha yang bongsu ini.Mengenali Farha yang merupakan satu-satunya anak perempuan dalam keluarga,Hafiy tahu gadis itu mesti akan dikawal ketat.Bukan senang nak lepasi semua tembok kukuh Farha Shakira.

Tanpa menunggu lama,Hafiy pergi dengan rengusan kasar.Takpe,lain kali dia boleh bercakap dengan Farha tanpa ada gangguan sesat.

Melihat Hafiy pergi,Farhad terus memandang kakaknya.

" You're dead if abang know about this,kak " 

Sebaris ayat itu membuatkan Farha meremang.Farha tahu ayat itu dan dia tahu betapa protektifnya Farhan apabila bercerita tentang seorang Farha Shakira.

" Just don't let him know " Farha rasa tidak perlu nak hebohkan hal ini pada Farhan sebab dia taknak masalah lagi panjang.

Farhad mengeluh . Kakaknya ini memang suka mencari masalah. Suka buat Farhan tu geram kekadang dengan perangainya.

Kekadang ego pun boleh menyebabkan punca berlakunya pergaduhan besar . Sebab? Nak menangkan EGO!

" Suka hati kaulah , kak . Adik taknak masuk campur " Farhad terus berjalan ke hadapan.Tujuan dia cuma nak cari Farha sahaja tadi tapi tak sangka nampak kejadian tadi itu .

Farha terus mengikuti langkah Farhad sebelum dia terkedu.

Kereta itu.

Dia kenal sangat.

Matilah dia.

" Asal ? Dah cuak nak jawab apa dengan abang nanti ? " Farhad terus senyum sinis melihat muka terkedu kakaknya.Itulah motif utama dia cari Farha sebab Farhan suruh.Risau kenapa lambat sangat Farha keluar dari sekolah.

" Kenapa tak cakap abang ambil kita ? " bengang Farha.

" Tak tanya " jawab Farhad sebelum memasuki kereta.

Damn Farhad Shami!

Sebaik sahaja Farha masuk ke dalam kereta,dia terus diajukan soalan maut.

" Kenapa lambat? "

Meneguk air liur Farha dibuatnya.

" Hm jumpa cikgu tadi . Hantar homework " Nice Farha! Kau menipu abang kau!

Farhad cuma tersenyum sinis.Stupid kak kau tipu abang.

Walaupun sangsi dengan jawapan yang diterima,Farhan cuma menganggukkan kepala.Dia faham adik-adiknya sudah penat hanya dengan melihat riak wajah mereka.Biasalah student.Tak pernah lari daripada kejar masa untuk belajar.

"Abang takde class ke? " Farha pelik juga sebab biasanya umi yang akan mengambil mereka.

" Takde . Umi tak sihat so abang ambil korang " 

Farhad dan Farha terkejut . Umi tak sihat ?

Melihat riak wajah risau budak berdua itu, Farhan menyambung..

" Umi demam.Bukan nak dapat adik lagi seorang okay tapi sebab perubahan cuaca.. " 

" Hish taknaklah adik baru.I nak enjoy my life as anak bongsu okayyy " rungut Farhad. Whoa no no! Takhta dia tidak boleh diambil oleh sesiapa pun.

Farhan dan Farha tergelak mendengar jawapan Farhad.

Macam-macam pe'el mereka bertiga nilah.


Tbc

Triple FWhere stories live. Discover now