" Lah dah tunang ke? Alhamdulillah. Finally bersatu juga kau dengan dia lepas meroyan macam apa dulu tu kan hahahah " Adwa tergelak bila Farha mengetuk lengannya.
Begitu banyak cerita yang dia dah tertinggal sepanjang dia duduk dekat Mesir sana. Sampaikan cerita tentang Farha dan Hafiy bertunang pun dia tak tahu. Jahatnya kau Adwa.
" Farhad pun dah berubah "
Sebaris nama itu membuatkan Adwa mengangkat kepala. Berubah?
" Budak tu dah lebih matang sekarang. Umi pun tak tahu apa yang dah ubah anak dia drastik macam tu. Sehari lepas kau pergi, dia berubah 100% sampaikan kitaorang pelik. Tapi abah kata baguslah dia berubah ke arah lebih baik. So, kitaorang okay jelah. " Farha merenung ke luar kafe itu.
KL memang sesak bila waktu hujung minggu macam ni ke? Nampak sangat life kau ni utama dekat benda lain Farha oii.
" Baguslah. Setidaknya dia berubah " jawab Adwa.
Farha mengangguk. Dia faham Adwa dan Farhad macam mana bahkan Farhad cerita juga dia dah luahkan perasaan dia pada Adwa. Tapi gadis ini, terima ke?
" Dah dapat jawapan untuk luahan hati Farhad? "
Adwa tersentak. Dia memandang Farha seperti gadis itu baru sahaja menembak dia. Yes menembak dengan soalan padu.
Mana Farha tahu?
" He's my brother. Aku tahu perubahan dia mula daripada kau. So, how? Ni saat kau nak kecapi bahagia kau. Farhad tu dah nampak diri kau dah Adwa " Farha menggenggam tangan Adwa yang sejuk.
Dia tahu gadis ini masih dalam dilema. Bahkan dia tahu Adwa pergi sebab Farhad. Luka yang Farhad tinggalkan tu terlampau besar sampai Adwa melarikan diri. Tapi sekarang lelaki itu dah nampak bidadari depan dia ni.
Adwa mengeluh. Farha tak faham keadaan dia. Ada benda yang membuatkan dia terhalang nak jawab.
" I have someone. That fallen to me. There "
Farha terbuntang. Apa Adwa kata?
" Kau dah ada pakwe ke? "
Adwa menjulingkan matanya.
" Kawan je cik kak. Aku takde hati dekat dia tapi dia ada. And hm esok dia datang rumah katanya nak jumpa mama papa. If Farhad lambat, kau rasa? Mama papa tak tahu aku sayangkan adik kau tahu tak " bengang Adwa.
Itulah masalahnya!
Fariq, kawan sewaktu dia berada di Mesir. Mereka balik ni pun saing tanpa disengajakan. Lepastu tiba-tiba lelaki itu cakap nak jumpa mak ayah dia. Mahu tak runsing Adwa!?
Farha terdiam. Dia sendiri nampak serabut yang dialami Adwa. Mesti gadis ini dalam dilema yang besar.
" Kau solat istikharah. Minta petunjuk pada Dia. Dulu kau ajar aku benda yang sama so why not kau buat juga? Setidaknya kau ada masalah, kau cari Dia. Kita hidup berpasangan. Tak kisahlah adik aku tu ke atau lelaki tu ke jadi partner kau, aku doakan yang terbaik. Yang penting, cari bahagia kau. " sebagai perempuan yang rapat dengan Adwa, Farha kena bagi semangat buat gadis itu.
Lagipun Adwa banyak tolong dia.
¤¤¤¤
" What!? Kau biar betul kak?! " Farhad terus bangun memandang kakaknya yang tenang sahaja itu.
Farha mengangguk. Apa benda dia nak menipunya kalau soal jodoh ni. Bengap tahu tak adik dia ni.
Farhad mengurut dahinya. Macam mana kalau Adwa terima? Macam mana kalau Aunty dengan Uncle okay je? So dia macam mana? Ni tak boleh jadi ni!
" Apahal korang ni? " tanya Farhan yang baru menuruni tangga. Pelik dia melihat Farhad yang ke hulu ke hilir, Farha yang tenang duduk memandang adik mereka itu.
" Kakak ni hah! Kau bayangkan bang! Dia baru beritahu aku yang harini ada orang datang nak try usha Adwa dekat rumah. HARINI TAHU TAK! MANA SEMPAT AKU NAK CATCH UP! " jerit frustasi Farhad.
Farhan tergeleng kepala. Macam-macam hal lah budak bertuah sorang ni. Tulah dulu taknak ditahan orang tu daripada pergi , sekarang baru nak terhegeh.
" Biar jelah. Kalau dia jodoh dengan orang tu, kau bukan boleh buat apa pun. Kan? " selamba je Farhan cakap macam tu.
" Yess! Exactly! " Farha terus menepuk tangannya tanda setuju.
Farhad merengus geram. Kakak dan abangnya langsung tak membantu. Hish!
" Borak apa ni? " tanya Miza yang baru tiba di ruang tamu kedua itu.
" Tengok Farhad frust Adwa nak kena pinang harini " jawab Farhan.
Miza mengerutkan dahi. Pinang? Adwa? Habistu dekat depan tadi tu siapa?
" Pinang apanya? Adwa ada dekat ruang tamu depan tu hah. Baru sampai tadi. Katanya nak bagi hadiah dari Mesir. "
Dengar jawapan daripada Miza itu, terus laju Farhad berlari ke depan.
Yes! Memang Adwa ada dekat sini!
So cancel ke?!
" Ya Allah bertuah punya anak! Apasal lari ni? " marah Shafika.
Tanpa menghiraukan uminya, dia terus berdiri di hadapan Adwa yang terkaku.
Gadis itu pelik dengan tindakan Farhad. Apasal mamat ni macam nak telan dia?
" Kau terima dia ke? "
Adwa macam eh???
" Terima apa? "
Farhad geram.
" Lelaki tulah! "
Adwa cuba mencerna maksud Farhad. Lama kelamaan dia mula faham, ni mesti Farha cerita ni. Tak padan betul!
" Tak. Mama dengan papa kata dah ada calon untuk aku. So taklah " jawab Adwa selamba sambil memandang Farhad.
Dia nampak riak wajah lega pada muka lelaki itu. Dah kenapa?
Farhad menghela nafas lega. Tapi calon? Seriuslah?
Shafika yang tak faham pada mulanya tiba-tiba mencelah.
" Calon tu Farhad. Aunty dengan mama Adwa bercadang nak jodohkan korang sebenarnya "
Kata-kata yang keluar daripada mulut Shafika itu membuatkan mereka ternganga.
" Hah!?! "
" Jodohkan!? "
" Serius umi?! "
Di sebalik dinding, Farhan dan Miza tergelak kecil. Akhirnya rancangan mereka berjaya juga. Tak sia-sia mereka cuci otak mak mak tu sampaikan mereka setuju.
Hahahaha!
Tbc

YOU ARE READING
Triple F
Roman pour Adolescents[ C O M P L E T E D ] Mengisahkan tiga beradik yang ada perangai masing-masing. Farhan Shazwan, si abang yang protective. Farha Shakira, si kakak yang manja serta degil. Farhad Shami, si adik yang perahsia. Apa bakal jadi jika ada kisah cinta tiga...