" Gilalah! Macam tuan putera bawa tuan puteri dia tahu tak. Si Fatin tu tercengang je tengok Fiy tu dukung kau. Hhahaahah! " bergema gelak tawa Aifa yang seronok bercerita itu.
Mengingatkan semua itu Farha rasa malu. Tindakan drastik Hafiy itu langsung tidak diterima akal. Ada ke patut lelaki itu dukung dia sampai ke bilik kesihatan ni hah?!
Dia nampak semua mata dekat situ macam nak tercabut keluar. Ni kalau abang dia tahu ni, Ya Allah matilah kau Farha Shakira.
" Diamlah weh. Pening kepala aku tahu tak dengar kau punya suara " Farha memicit pelipis dahinya. Dia masih rasa lagi sakit kepala yang mencengkam itu.
Aifa tersengih. Dia teruja lah tengok scene drama tak berbayar tadi tu. Dia rasa puas tengok muka kecewa Fatin tadi. Lagipun dia suka kalau Farha bersama Hafiy.
" Assalamualaikum. Kak, kau okay tak? " Farhad yang baru tiba terus meluru ke arah kakaknya.
Nak tercabut jantung dia bila dengar kemalangan kecil kakak dia ni. Paling pelik dia dengar khabar ada lelaki yang tolong kakak dia. Siap didukung. Wah kalau Farhan tahu ni..
" Okay jelah. Jom balik. Dah pening dah ni " Farha menghulurkan tangannya kepada Farhad.
Farhad tanpa banyak soal mengangguk lalu menolong kakaknya. Pada Aifa, dia senyum kecil sebelum pulang bersama Farha. Tapi dia masih tetap nak cari siapa yang tolong kakaknya itu.
Sepanjang perjalanan balik ke rumah itu, Farha langsung tidak bercakap sepatah kata pun. Farhad yang memandu pun tidak senang hati melihat kakaknya.
" Kak, kau okay ke? Senyap je aku tengok kau ni " Farhad mengerling kakaknya.
" Hah? Oh okay je . Adik, belikan akak McD boleh? Drive thru je. " Farha tersengih bila Farhad menggeleng kepala.
Mendengar permintaan kakaknya itu Farhad menggeleng kepalanya. Tengah sakit pun boleh demand juga kakak dia ni. Tapi kereta tetap menghala ke arah McD.
¤¤¤¤
Katil terus dihampiri sebaik sahaja masuk ke dalam bilik. Kejadian tadi dikenang kembali. Hafiy tersenyum kecil. Apa yang dia buat tadi cuma berlandaskan kerisauan dia terhadap Farha.
Larilah sejauh mana pun, dia masih tetap inginkan Farha Shakira. Bila Farha jatuh tadi, dia rasa macam nak tercabut jantung sebab risau. Bila gadis itu kata dia tak mampu nak berjalan, tanpa fikir panjang tubuh itu terus didukung.
Bukan dia tak tahu Farha malu tapi dah terpaksa. Tubuh gadis itu pun kaku. Haih Farha, apasal kau comel sangat?
Ting!
Bunyi telefon di dalam poket menyebabkan Hafiy tersedar. Melihat nama yang tertera pada skrin itu, dia agak mengeluh.
Fatin :
Awak okay?Hafiy :
Okay je. Kenapa?Fatin :
Saya risau. Tadi hm kenapa awak buat macam tu?Hafiy tersenyum sinis. Motif Whatsapp dia sebab nak tanya benda ni ke?
Hafiy :
Tak payah risau. Saya okay je. Kenapa? Saya cuma tolong dia. Korang pun setakat tengok je kan. I saw it, Fatin. Saya nampak awak sengaja lontar bola tu.Fatin :
Hah? Mana adaa! Awak jangan memandai fitnah saya.Melihat balasan Fatin, Hafiy tergelak kecil. Minah ni tak faham bahasa atau memang bodoh sejak azali ni? Dia tak buta lagi. Dari awal game tu dia tengok mereka, takkan tak nampak kan.
Hafiy :
Saya tak buta lagi. Okaylah Fatin, saya busy ni. Bye.Dia terus meletakkan telefonnya di meja kecil tepi katil sebelum melangkah masuk ke dalam tandas. Lebih baik dia bersihkan diri daripada melayan perangai tak matang Fatin tu.
Hujan yang membasahi bumi itu sungguh menyenangkan Farha yang merenung ke luar jendela. Titisan hujan yang melekap pada tingkap membuatkan Farha tersenyum.
Sejuknyaa. Tapi aku rasa tenang sangat.
" Kakak? "
Ketenangan Farha agak terganggu bila Farhan menegurnya. Tiba-tiba dia rasa bahunya memberat. Selimut yang diletakkan oleh Farhan dieratkan lagi.
" Ye abang? Kenapa? "
Farha merenung Farhan yang duduk di hadapan dia.
" Kau tu. Apasal termenung jauh sangat? Sejuk-sejuk ni duduk tepi tingkap macam ni. Something bother you? " Farhan menggapai tangan Farha yang sejuk menggeletar.
Budak ni dah tahu tak tahan sejuk, tak tahu nak masuk bilik agaknya. Haish Farha! Tangan Farha diusap supaya kesejukan itu dapat dihilangkan.
Melihat perbuatan Farhan, Farha tersenyum kecil.
" Miza is so lucky got you, abang. Abang someone yang tak tunjuk sayang tu depan-depan. Tapi abang jaga dalam diam " puji Farha.
Farhan tergelak kecil. Brother-sister talk ke ni?
" Abang kalau sayang someone , abang sayang betul-betul. Tapi kakak selamanya little princess abang hahaha umi tetap ratu dalam hati abang. Both of you perempuan yang abang paling sayang, yang abang paling utamakan. Ni kenapa tiba-tiba ni? " Farhan memandang seraut wajah Farha.
Sebenarnya dia perasan kebelakangan ni Farha agak pelik. Selalunya ada je suara budak kecil ni tapi sekarang ni sunyi je rumah. Sampaikan umi abah risau tengok anak dara mereka jadi macam ni.
" Hahah saje. I wish I can get someone like you. " Farha menunduk memandang tautan jari dia dan Farhan.
Tiba-tiba dia sebak.
Farhan terkedu apabila merasakan titisan air pada tapak tangannya. Farha menangis ke?
Tanpa bertanya, dia menarik Farha ke dalam pelukannya. Dia nak Farha melepaskan semuanya. Kalau menangis itu mampu membuatkan adik dia lega, dia sanggup pinjamkan bahu dia untuk Farha.
Seorang abang takkan mampu melihat adik dia disakiti sebab kasih sayang itu takkan terputus. Ikatan adik beradik itu takkan pernah putus.
Dan air mata Farha turun deras sepertimana hujan yang memahami golak hati dia. Tangan menggenggam erat baju Farhan.
Tbc

YOU ARE READING
Triple F
Fiksi Remaja[ C O M P L E T E D ] Mengisahkan tiga beradik yang ada perangai masing-masing. Farhan Shazwan, si abang yang protective. Farha Shakira, si kakak yang manja serta degil. Farhad Shami, si adik yang perahsia. Apa bakal jadi jika ada kisah cinta tiga...