28

3.3K 159 0
                                    

" Sure dengan apa adik buat ni? "

Farhad tersenyum lebar. Nampak sangat uminya ini terlalu merisaukan diri dia. Dia dah cukup kuat dah sekarang ni. Lagipun dia tengok Farhan okay je. Bahkan hubungan dia dengan Farhan pun baik-baik sahaja sekarang ni.

" Totally sure. Abang kan dah banyak berkorban untuk kitaorang semua. Masa dia untuk bahagia pula, umi. Lagipun adik okay je. Tak payah risaulah. Umi sendiri pernah cakap bahagia kita tu datang bila kita dapat bahagiakan orang lain. So, relax " Farhad memeluk bahu wanita yang susah payah melahirkan dia.

Kalau umi tak jadi pendengar setia dia, penasihat tegar dia, mungkin dia takkan faham kehidupan semakin dewasa ni macam mana. Setidaknya dia tidak melihat lagi riak wajah uminya risaukan dia dan abang Farhannya itu.

Dia ni jenis anak yang manja kan. Semua benda nak buat uminya risau. Nasib baik wanita ini tidak sakit.

" Baguslah. Umi tak tenang tengok adik dengan abang bermasam muka macam ni. Jangan risau. Akan datang seorang bidadari buat adik nanti. " Shafika menepuk tangan anaknya perlahan.

Farhad anak yang payah sedikit untuk dengar kata jadi dia agak lega kalini Farhad dengar semua nasihatnya. Biarlah Farhad belajar sakitnya satu perasaan cinta tu agar anaknya tahu yang semua kisah cinta tak semestinya berakhir dengan gembira.

Lagipun dia sendiri tak betah melihat dua beradik itu bertegang muka apabila berjumpa. Kalau seorang ada dekat rumah, yang seorang lagi pasti akan keluar. Bila bercakap pun tak pernah dah.

Namun melihat perubahan yang sekarang, dia mengucap syukur beribu kali atas limpah kurniaanNya kerna membuka mata hati Farhad.

" Bidadari ek? Whoaaa jauh betul angan-angan nak dapatkan bidadari tu umi oii " Farhad tergelak kecil. Uminya ini pelik-pelik sahaja.

Ada ke orang nakkan dia?

Untuk seketika, Farhad teringat akan Adwa. Apa khabar gadis itu? Sejak mereka balik bercuti itu, mereka langsung tak nampak Adwa. Ke mana gadis itu menghilang ye?

" Hah berangan! Umi minta dia pergi beli barang pun dia boleh berangan " Shafika geram sahaja dengan budak seorang ni. Penat cakap sorang.

Farhad tersentak sebelum tersengih mendengar kata-kata uminya. Salah dia sebab mengelamun mengingatkan Adwa. Sampaikan pesanan uminya langsung tak masuk kepala.

" Sorrylah. Adik berangankan bidadari adik nanti macam mana je hahahahah " Farhad terus tergelak sebelum berlari keluar.

Shafika yang melihat itu terus tak jadi nak marah sebab Farhad sungguh berbeza. Wajah itu sungguh ceria. Dan bahkan dia nampak senyuman manis Farhad itu jauh lebih baik.

Nampaknya anak dia memang bahagia.

¤¤¤¤

" Yow abang! "

Tersedak Farhan yang sedang meneguk air itu. Dia menjeling Farha yang tersengih tak bersalah. Budak ni kalau bukan adik dia dah lama kena sekel dengan dia tahu tak. Perit tekak dia sebab tersedak tadi.

" Kau nak apa ni, kak? Sakit tekak abang tahu tak " geram Farhan. Dia meletakkan gelas ke atas meja sambil memandang Farha.

Farha tersengih. Manalah dia tahu Farhan tengah minum air.

" Hantarkan kakak pergi rumah Aunty Farah kejap boleh? Nak jumpa Adwa. Bolehlahhh " Farha mengedipkan matanya berkali-kali.

Melihat itu Farhan rasa nak tergelak tapi ditahan sahaja supaya gadis itu tidak merajuk. Belum sempat dia nak jawab, kelibat Farhad masuk ke dapur.

Ting!

Satu idea muncul.

" Suruh adik hantar kau. Abang malas nak keluar ni. " Farhan mengenyitkan matanya kepada Farha memberi tanda.

Faham dengan petanda yang diberi oleh abangnya, dia mengangguk kecil sambil senyum meleret.

" Adik "

Farhad memandang kakaknya. Dah kenapa macam menggeletis ni?

" Hm apa? "

" Hantar akak pergi rumah Aunty Farah boleh? "

Uhuk! Uhuk!

Kalut Farha dan Farhan apabila Farhad tersedak. Huish takde angin takde ribut dah kenapa nak tersedak juga ni?

Farhad memandang kakaknya. Serius? Rumah Aunty Farah?

" Hah jom! " laju sahaja kakinya melangkah meninggalkan dua beradik itu.

Mereka yang ditinggalkan mampu tercengang sahaja. Apa pasal adik mereka ni? Tadi bukan main tersedak, ni laju je macam train.

" Pergilah. Tunggu apa lagi? " ujar Farhan.

Farha yang terkebil-kebil itu terus menyalami tangan Farhan sebelum melangkah keluar. Farhan tersenyum senget.

Dia nampak perubahan ketara Farhad. Tapi kenapa beria sangat nak pergi rumah Aunty Farah? Sedangkan sebelum kalau disuruh apa-apa, ada sahaja alasan dia.

Hm something weird here.

Farhad, Farhad..

Tbc

Triple FWhere stories live. Discover now