Jam menunjukkan pukul 10malam dan Hafiy masih tidak pulang ke rumah lagi. Farha mula rasa tidak sedap hati. Kenapa sejak kebelakangan ni Hafiy asyik balik lambat?
" Assalamualaikum "
Mendengar suara itu,terus Farha bergerak laju ke arah Hafiy. Segelas air putih diletakkan di atas meja.
" Eh sayang? Kenapa tak tidur lagi? " Hafiy mengerutkan dahi melihat Farha yang masih segar lagi.
" I'm waiting for you. Kenapa lambat sangat balik? "
Hafiy agak terkedu dengan soalan Farha. Takkan dia nak bagitahu hal sebenar? Hish nanti kantoi, susah pula. Cari idea Hafiy!
" Hm kerja banyaklah sayang. Lepastu saya lupa nak beritahu yang saya balik lambat. Sorry k " Hafiy mengusap kepala Farha perlahan. Janganlah Farha sangsi dengan dia.
Meskipun curiga dengan jawapan yang diberikan oleh Hafiy, Farha mengangguk sahaja. Dia taknak nanti Hafiy stres kalau dia asyik desak sahaja.
" Saya naik atas dulu. "
¤¤¤¤
" Farha tak tanya kawan-kawan dia? " soal Adwa.
Farha menggeleng kepalanya. Kalau dia tanya nanti nampak sangat dia tak percayakan Hafiy sampai begitu sekali tindakan dia. Dia taknaklah nanti Hafiy terasa hati dengan dia. Walau bagaimanapun Hafiy itu suami dia.
Adwa sendiri buntu nak buat apa. Masalahnya dia pun turut berkomplot sama dengan Hafiy tu. Lagipun dia dah janji akan jaga rahsia ini baik-baik.
" Tapi Farha nak juga tahu apa yang Hafiy sembunyikan daripada Farha. Dia tu suspicious sangatlah! " bentak Farha. Geram betul dengan Hafiy tu.
Puk!
Farha mengaduh sakit. Dia memandang Adwa yang memegang majalah yang baru mendarat pada bahu dia. Dah kenapaaaa!
" Dah tu tak geti-geti nak bertanya? Ada mulut taknak pakai. Allah dah bagi nikmat bersuara pun still tak nak guna. " bebel Adwa. Dia sendiri geram dengan pasangan ni. Spoilt je tahu tak!
Farha tersengih sahaja memandang Adwa yang membebel itu. Sejak ada anak seorang ni, macam-macam pula si adwa nilah.
Tapi betullah, kalau tak ditanya nanti muncul pula curiga lepastu nanti dia tuduh si suami tu macam-macam. Hm nak tak nak kenalah juga bertanya. Itupun kalau Hafiy nak jawab.
Dalam diam, Adwa memandang Farha yang termenung. Harapnya tiada apalah jadi antara mereka dan moga Hafiy dapat teruskan rancangan dia.
Jangan tiba-tiba gaduh lepastu datang sini lagi sudahlah. Tak sanggup aku nak jawab dengan Farhad nanti kalau tiba-tiba jadi macam tu.
¤¤¤¤
" Lambat balik? "
Terus kejung Hafiy yang ingin melangkah ke atas. Tiba-tiba ruang tamu itu terus terang benderang.
" Farha tanya Fiy ni. Kenapa balik lambat? " Farha berpeluk tubuh di tepi sofa sambil memandang Hafiy.
" Eh sayang tak tidur lagi ke? Dah pukul 11 ni " walau jantung dia dah berdegup laju tetapi dia kena kawal riak wajah dia . Kalau tidak, habis dia kena dengan Farha.
" I'm asking you. Tahu pula pukul 11 kan. Ingatkan tak tahu. So where have you been? " Farha memandang Hafiy tajam.
Gulp!
Hafiy terdiam. Dia tahu Farha memang dah rasa curiga dengan dia tapi sedikit je masa lagi baru semua terbongkar.
" Kerja banyaklah sayang. So Fiy kena siapkan awal "

YOU ARE READING
Triple F
Teen Fiction[ C O M P L E T E D ] Mengisahkan tiga beradik yang ada perangai masing-masing. Farhan Shazwan, si abang yang protective. Farha Shakira, si kakak yang manja serta degil. Farhad Shami, si adik yang perahsia. Apa bakal jadi jika ada kisah cinta tiga...