Miza cuma memandang sahaja Farhan meletakkan pinggan berisi makanan di hadapan Adwa. Walaupun setakat layanan macam tu, kenapa dia rasa tak suka?
" Woi nah makanan. Makanlah " Farhad meletakkan pinggan itu di atas meja.
" Thanks bro " Miza cuma senyum kecil.
Adwa cuma menahan perit di hati. Baru dia nak menolak bila Farha ajak makan bersama tapi dia tak sampai hati melihat betapa berianya Farha.
Tapi kenapa dia kena hadap keakraban tu semua?
" Cik adik. Makanlah. Aunty Farah cakap Adwa tak makan dari pagi tadi. Makan sikit. Ada gastrik kan? " ujar Farhan. Lebih baik dia alihkan perhatian Adwa daripada memandang sana.
Adwa memandang ke sisi. Dia cuma senyum kecil sebelum membaca doa makan. Perlahan-lahan dia menyuap nasi ke dalam mulut. Dia kena makan. Tak payah hiraukan mereka berdua.
Adwa, dulu kau mampu tahan perasaan kau.. Kenapa sekarang tak??
Melihat Adwa makan, Farhan lega. Setidaknya gadis itu makan.
Melihat semua pergi, Miza beranikan diri menegur Adwa.
" Kau memang rapat dengan abang Farhan ke? "
Tersentak Adwa bila ditegur. Dia memandang Miza yang memandang dirinya.
Rapat? Hm.
" Boleh tahanlah. Sebab memang dari kecik selalu main dengan abang Farhan dan Farha je. Saya anak tunggal " Adwa jawab hati yang bergelora. Kenapa ni?
Miza mengangguk. Patutlah.
" Dia memang tak pernah senyum ke? "
Adwa tersenyum mendengar soalan Miza.
Untuk seketika, Miza terpana. Cantiknya gadis ini bila tersenyum.
" Pernah je. Tapi abang Farhan senyum atau gelak gurau senda dengan orang yang dia rasa penting dalam hidup dia. Mesti awak ingat dia hati beku kan? Haha takdelah. Dia baik. Be someone that important in his life then you will know him very well " ujar Adwa sebelum bangun meninggalkan Miza.
Dia syak gadis itu sebenarnya ada hati pada Farhan cuma mungkin tidak menyedari perasaan itu.
Miza memandang pemergian Adwa.
Be someone that important in his life?
Hah entah bila.
Mungkin takkan pernah jadi.
¤¤¤¤
Farhad meletakkan kepala ke atas bantal. Rasa macam janggal duduk dekat rumah orang.
" Abang, asal aku tak nampak Adwa tadi ek? " tanya Farhad. Sebaik sahaja sampai sini tadi, memang dia tak nampak pun kelibat gadis itu.
Farhan tersenyum kecil. Tiba-tiba tanya ni dah kenapa?
" Aunty kata Adwa ada kelas. " jawab Farhan. Dia menyusun segala baju mereka ke dalam almari kosong.
Alkisahnya mereka terpaksa menumpang di rumah Farah dan Adwan sebab Shafika risau tentang keadaan mereka. Jadi nak tak nak sebagai anak yang baik, mereka dengar sahaja arahan umi mereka itu.
Sedangkan Farhan tidak kisah pun jika duduk rumah mereka je.
Sebaik sahaja turun ke bawah, Farhan dan Farhad mengerutkan dahi memandang Aunty Farah yang macam kerisauan.
" Aunty kenapa ni? "
" Aunty risau Adwa tak balik lagi. Sedangkan kelas dah habis. Call tak dapat pula. " Farha menolong menjawab soalan Farhad tadi.
Farhan pelik. Mana Adwa pergi?
Farah sesekali memandang ke luar. Mana anaknya ini? Kenapa tidak balik lagi?
" Abang keluar kejap. Duduk rumah, jaga aunty " Farhan terus gapai kunci sebelum keluar. Rasanya dia tahu mana Adwa.
Setibanya dia di taman itu, dia tersenyum. Kelihatan Adwa yang termenung. Apa yang difikirkan gadis itu agaknya?
" Adwa Farhani "
Adwa tergamam. Dia fasih dengan suara itu.
" Nak apa abang? " Adwa menjarakkan diri apabila Farhan melabuhkan duduk di sisinya.
Farhan mengeluh melihat mata sembab Adwa.
" Kenapa? "
Adwa malas nak jawab. Dia cuma taknak balik sekarang ni. Sebab dia tak sanggup nak pandang seraut wajah itu. Dia bukan kuat mana.
" Sakit Adwa. Bila kita sayang orang yang tak nampak kita. Tapi kita kena terima hakikat yang manusia ni cuma sementara. " ujar Farhan tiba-tiba.
Adwa cuma diam.
" I love her but she not belong to me "
Adwa terkejut. Dia memandang Farhan. Mata lelaki itu berkaca.
Allah.
" Who? "
Farhan tersenyum kecil.
Rahsia ini bakal dia bongkar.
Pada yang selayaknya.
" Miza Farhana "
Nama itu membuatkan Adwa terkedu.
" Yeah that girl. Masa dekat kenduri tu. "
Adwa rasa nak pitam.
Kenapa boleh jadi macam ni?
Kenapa sulit sangat jalan mereka?
Tbc

YOU ARE READING
Triple F
Novela Juvenil[ C O M P L E T E D ] Mengisahkan tiga beradik yang ada perangai masing-masing. Farhan Shazwan, si abang yang protective. Farha Shakira, si kakak yang manja serta degil. Farhad Shami, si adik yang perahsia. Apa bakal jadi jika ada kisah cinta tiga...