Special Chapter III

6.5K 239 24
                                    

" Dr.Adwa , pesakit dekat Wad 10 "

Dan sekali lagi Adwa menarik nafas panjang sebelum bangkit untuk bekerja. Jadi doktor bukan mudah tapi ini minat dia jadi dia kena teruskan walaupun penat.

Tapi kalau dah kena oncall banyak kali ni, Farhad terbiar dekat rumah. Nasib baik suami dia faham, kalau tak..berperang mereka!

" Penat Wa? " tanya Danny.

Adwa tersenyum janggal. Danny ni salah satu doktor lelaki yang memang suka tegur dia malah ada je nurse yang mulut bawang cakap doktor lelaki ini suka dia. Fuh! Tak berkenan haih. Farhad tu mana nak campak.

" Kerja kan. Mana ada tak penat " ujar Adwa. Tangannya laju mengemas barang untuk balik. Waktu kerja dia dah habis. So, kena balik dan harini cik abang yang ambil! Yeah!

" Awak nak balik ke? Mehlah saya hantar "

Dahi Adwa berkerut. Apa punya tawaran tu?
" Takpe doktor. Suami saya ada nak jemput saya. Lagipun saya rasa benda tu agak tak manis bila saya tumpang doktor sedangkan saya ni isteri orang " perkataan isteri orang itu ditekan bagi menyedarkan lelaki di hadapan dia ni.

Danny tersenyum hambar. Dia lupa Adwa dah berpunya. Haih kalau Adwa masih single mesti dia cepat-cepat sambar peluang.

Adwa terus berjalan meninggalkan Danny sebab tak suka tengok mata-mata bawang yang memerhati. Nanti mulalah timbul gosip entah apa-apa.

Baru sahaja keluar, dia tersenyum lebar memandang Farhad di tepi pintu kereta. Laju kakinya melangkah mendekati Farhad.
" Assalamualaikum cik suami tercinta "

Farhad tergelak kecil sebelum menyambut salam Adwa. Apa punya perangai isteri dia ni?

" Waalaikumussalam cik isteri tersayang. Penat sangat ke harini? " Farhad membukakan pintu untuk Adwa.

" Kind of "

Sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam kereta, Farhad tergeleng kepala melihat wajah lesu Adwa. Nampak sangat penat tu sampai tertidur dah. Dia mendekati Adwa sebelum memakaikan seatbelt lalu fokus untuk memandu.

¤¤¤¤

" Cutilah ni? "

Adwa mengangguk. Nasib baik ada doktor yang ingin menggantikan dia.

Farhad tersenyum lebar.

" Jom date! "

Adwa berkerut. Date ke mana?

" Nak pergi manaaaa " Adwa menopang dagu memandang Farhad yang memikirkan ke mana mereka ingin pergi.

" Cameron Highland "

Mahu tercengang Adwa dengar jawapan Farhad. Cameron?! Woi woi dia ingat Adwa ni cuti lama ke?!

" Abang sayangggggg "

Farhad senyum sahaja Adwa panggil dia macam tu.

" Kita cuti dua hari je tahu tak. Mana sempatt " geram Adwa.

" Sempat. Kita pergi sekarang, esok baliklah. Jomlahhhh Adwa sayanggg " pujuk Farhad. Dia menggenggam erat jari Adwa.

Adwa benci betul bila Farhad mula menggedik macam ni tahu tak. Rasa nak gigit je budak seorang ni.

" Fine. Adwa pergi siapkan baju dulu " laju Adwa bangun ke tingkat atas untuk bersiap.

Farhad? Tersenyum lebarlah apa lagi!

" Cepatlahh Farhad " jerit Adwa dari bawah sana.

Farhad cuma mampu tergeleng kepala melihat perangai si Adwa ni. Teruja sangat tengok ladang teh. Sampai suami sendiri dia tinggal dekat atas ni. Hish bertuah.

Triple FWhere stories live. Discover now