" Lah budak Adwa tu keluar pergi kedai kejap tadi. Hm apa kata kamu berdua masuk dulu? Aunty ada masak kuih sedikit tadi. Jom " Farah terus menarik lengan Farha masuk.
Farhad menggaru kepalanya. Tak masal dia terlibat sekali ni kenapa? Nak tak nak dia melangkah masuk mengikut kakaknya.
" Kejap ye. Aunty buat air "
Sebaik sahaja Farah ke dapur, Farhad memandang kakaknya.
" Kau nak buat apa kak datang sini? " pelik juga Farhad bila Farha tiba-tiba mood nak datang sini.
Farha tersenyum kecil.
" Akak saja nak melawat Adwa. Lama pula dia menyepi, jadi akak risaulah. " tenang sahaja Farha menjawab.
Farhad memandang kakaknya pelik. Jadi Adwa pun tak bertegur dengan Farha ke? Hm aneh.
" Assalamua..laikum "
Adwa terkaku di muka pintu. Wajah-wajah yang dia taknak lihat kini berada di hadapan mata dia. Apa semua ni?
" Hah Adwa, masuklah. Tercegat apa lagi dekat situ? Barang tu semua letak dekat dapur. " ujar Farah yang baru sahaja keluar dari dapur dengan sedulang makanan dan minuman.
Tanpa menunggu lama, laju sahaja Adwa berjalan ke dapur. Dia menarik nafas dalam sebelum meletakkan barang-barang yang dibelinya ke dalam peti sejuk.
Dia tak habis fikir kenapa mereka ada di sini?
" Hah kamu boraklah dulu. Aunty ada kerja dekat belakang "
Adwa melabuhkan duduk sebelum memandang Farha. Dia membalas senyuman yang diberikan oleh gadis itu. Lelaki di sebelah Farha pula langsung tidak dipandang.
" Sihat? Kenapa Far call kak Adwa tapi tak dapat? Siap cakap tiada dalam perkhidmatan lagi. " Farha mengerutkan dahi. Memang sejak Adwa menyepi itu dia cuba untuk menelefon gadis itu tapi tidak diangkat. Mungkin Adwa sudah tukar nombor tanpa pengetahuannya.
Gadis itu tersenyum hambar. Memanglah tidak dapat sebab dia dah tukar nombor. Lagipun tak lama lagi dia akan pergi ke Mesir.
" Phone Adwa rosak . Tengah dekat kedai lagi tu. Sorry hehe " dia taknak panjangkan cerita jadi lebih baik dia diamkan sahaja niatnya.
Meskipun sangsi dengan jawapan gadis itu, Farha mengangguk. Dia taknak paksa Adwa untuk bercerita masalahnya sebab Adwa jenis memang perahsia. Kalau nak open pun, biasanya gadis itu lebih terbuka dengan Farhan.
Farhad memandang gadis yang sakan berborak dengan kakaknya. Memang gadis itu tidak nampak kewujudan dia ke apa? Takkan masih dalam trauma kisah haritu?
Setelah dia mengetahui Adwa ada perasaan pada dirinya, dia agak tergamam. Bila Farhan cerita semuanya, dia rasa macam dia lelaki yang teruk sebab biarkan gadis sebaik Adwa terluka.
Kenapa kau tak nampak permata yang selama ni bersinar di sisi kau?
Itu soalan pada diri dia.
Dan dia takde jawapan.
Tapi bila Adwa menjauhi dia, dia agak terkilan sebab ibarat dia yang salah dalam hal ini. Bahkan dia masih terbayang lagi bagaimana Adwa menangis sebab dia.
Dia terbayang lagi bagaimana dia menengking gadis itu. Dia teruk bahkan sangat teruk sebab perlakukan Adwa sebegitu.
" Kalau kau hilang permata ni, Farhad.. Kau takkan jumpa lagi permata sebaik dan setabah dia. "
Masih terngiang lagi kata-kata Farhan. Tapi dia tak boleh nak paksa diri dia untuk sukakan Adwa dalam masa yang singkat. Dia perlukan masa.
Tapi sampai bila Farhad?
Dia tak tahu.
" So memang dah tak datang kelas ke? "
Farhad mengangkat kepala. Tak datang kelas? Kenapa?
" Ha'ah. Nanti Farha tahu juga kenapa. " Adwa tersenyum menjawab soalan Farha. Belum masa lagi. Sedikit je lagi.
Farha mengeluh. Tapi kenapa? Dia sendiri tak faham. Adwa nak pergi jauh ke? Apa yang dia tak tahu ni?
Melihat senyuman diwajah Adwa, dia agak kagum sebab gadis ini mampu lagi kuat berdiri setelah disakiti. Sedangkan dia?
Masih dalam bayangan lelaki itu.
Apa khabar, Hafiy ye?
Tbc
Okay.
Nak korang vote lepasni chapters pasal siapa.
#FarhanMiza
#FarhaHafiy
#FarhadAdwa
So?
Vote bebanyak. Pastu sis check then update hahaha tapi kena tunggu a few days sebab dah kerja harini 😂😂
YOU ARE READING
Triple F
Teen Fiction[ C O M P L E T E D ] Mengisahkan tiga beradik yang ada perangai masing-masing. Farhan Shazwan, si abang yang protective. Farha Shakira, si kakak yang manja serta degil. Farhad Shami, si adik yang perahsia. Apa bakal jadi jika ada kisah cinta tiga...