24

3.4K 155 0
                                    

Adwa memandang Farhan dan Miza di hadapan dia. Motif jumpa dia setakat nak minta tolong mengenai Farhad?

" Sepatutnya awak sebagai kawan baik dia kenal dia luar dalam melebihi saya. Dan abang pun, Farhad tu adik abang. Abang sepatutnya lebih kenal dia daripada orang lain. " Adwa tersenyum. Dia tahu kata-kata dia agak pedas tapi biarlah dia buka mata mereka.

Walaupun masa kecil dia rapat dengan Farhad tapi dia tak kenal Farhad tu sepenuhnya. Sejak makin meningkat dewasa ni dia kurang berborak dengan Farhad jadi dia tak faham Farhad sepenuhnya.

Farhan tersentap. Ye, dia sebagai abang kepada Farhad langsung tak faham adik sendiri ke?

" Adwa bukan menyindir tapi korang lebih kenal dia daripada Adwa. Lagipun ini masalah korang jadi lebih baik duduk bersama dan berbincang. Jangan sebab hubungan abang dan Miza, hubungan adik beradik abang dengan Farhad musnah. " nasihat Adwa.

Mungkin dia tak banyak bantu tapi kalau ada yang dia mampu, dia pasti akan bantu sebab dia taknak tengok Farhan dan Farhad bertegang muka macam ni.

" Susah Adwa. Abang tak tahu nak buat apa. Semua abang dah cuba tapi Farhad taknak dengar. Dia tetap salahkan abang. " memikirkan semua itu Farhan mengeluh.

Adwa tersenyum kecil.

" Farhad tu keras kepala sekejap je tapi hati dia lembut. Kalau kita cakap baik-baik, dia akan dengar. Abang jangan risau. Adwa akan bantu abang sebelum Adwa pergi. Adwa sendiri taknak tengok keadaan jadi macam ni. Abang tenang ye "

Farhan mengucap syukur dalam hati. Dia memandang Adwa yang tenang menghadapi semua ini. Bagaimana Adwa mampu bertahan sampai sekarang?

Sedangkan Farhad langsung tidak memandang gadis ini. Bahkan Farhad begitu beruntung kalau dia bersama Adwa. Mungkin Farhad masih dalam dilemanya.

" Terima kasih Adwa. Abang beruntung sangat ada adik macam Adwa. Terima kasih "

Mendengar nada lega itu, Adwa tergelak kecil. Abang Farhan ni kalau dalam serius, serius tapi kalau dah kalut macam ni,perangai budak-budak pun keluar.

" Adwa "

Farhan dan Adwa memandang Miza.

" Awak simpan perasaan pada Farhad ke? "

Deg!

Masing-masing terkedu. Adwa tak sangka itu soalan yang akan keluar daripada mulut Miza. Nampak sangat ke?

" Hahaha dulu je. Sekarang saya tak tahu. Saya serah pada Allah. " itu sahaja yang mampu Adwa jawab.

Kalau dulu, dia rasa berat nak jawab tapi kini Alhamdulillah dia dah cukup kuat untuk berdepan dengan soalan macam tu.

Miza mengangguk faham. Dia taknak tanya lebih lanjut sebab dia nampak kesakitan dalam mata itu.

Kekadang orang yang tenang dan banyak senyum nilah banyak rasa kesakitan serta luka dalam hatinya.

Dan kekadang itulah orang paling kuat di hadapan semua orang.

Fi Hifzillah buat Adwa.

Miza tak mampu nak cakap apa sebab dia sendiri tak tahu nak buat apa. Farhad sendiri pun taknak jumpa dia. Takkan dia nak paksa kan?

Lebih baik dia biarkan Farhad tenang dulu.

Mungkin ada jalan yang lebih baik untuk pulihkan keadaan mereka. Lagipun Miza taknak persahabatan dia dengan Farhad jadi retak macam ni.

¤¤¤¤

" Vacation? Berempat je? Kau biar betul? " Farha memandang Adwa curiga.

Agak terkejut dengar rancangan si Adwa ni mengajak mereka pergi bercuti. Cuma dia, Adwa, Farhan serta Farhad sahaja. Tapi bila dengar niat Adwa itu dia agak setuju sebenarnya.

Dia sendiri tak sanggup tengok Farhad bermasam muka bila bertemu Farhan. Ataupun adiknya itu akan larikan diri bila berjumpa Farhan. Rumah tu macam takde seri dah.

" Pergi Langkawi je pun! Jomlah. Lagipun dah cuti sem ni. Alang-alang tu kita baikkan hubungan dorang. " Adwa menggoyangkan tangan Farha berkali-kali agar gadis itu setuju.

Takkan dia nak pujuk Farhad pula. Memang tidaklah! Jadinya kena gunakan Farha sekali.

Farha mengeluh lalu lambat-lambat dia mengangguk. Kalau itu jalan yang terbaik, dia akan ikut sahaja.

" Okay okay. I will help you. "

Adwa tersenyum lebar. Alhamdulillah. Selesai satu masalah. Sekarang tinggal Farhad sahaja.

Nak ke budak tu?

Sebab Adwa tak rasa Farhad akan setuju.

Nak nak lagi bila ada Farhan.

Haih.

Tbc

Malam nanti sambung lagi 💕

Triple FWhere stories live. Discover now