21

3.3K 159 0
                                    

Kita fokus on chapters of FarhaxHafiy dulu okay 😘❤

Dari jauh Farha dah nampak Hafiy yang mendekati dia. Tangan laju mengemas segala barang di atas meja cafe itu. Dia taknak lelaki itu mendekati dia. Walaupun jarak 5m sekalipun.

" Eehhh kau kenapa ni Sha? Kalut je ni " tanya Aifa, kawan kepada Farha.

" Aku masuk kelas dululah. Kita jumpa dekat sana. Nak pergi toilet dulu ni hahaha " Farha cuba berdalih sebelum terus meninggalkan Aifa yang terpinga-pinga.

Hafiy mengerutkan dahi. Bukan tadi dia nampak Farha ke dekat sini?

" Eh Ai,mana Shakira? "

Aifa yang sedang makan itu terhenti bila namanya diseru. Berderau jantung dia bila lihat Hafiy yang menegur. Oh man! Jejaka hot uni kot weh!

" Oh dia dah pergi. Katanya nak pergi toilet. Asal? " walaupun pelik tapi dia musykil apa hubungan Farha dengan Hafiy ini.

Mendengar jawapan yang diberikan oleh Aifa itu, Hafiy mengeluh. Apa ketara sangat ke Farha ni nak menjauhi dia? Salah apa dia?

" Hafiy "

Dia memandang Aifa.

" Kau ada masalah dengan Sha ke? " Aifa nampak betapa Farha cuba jauhi lelaki di hadapannya ini walaupun Farha cuba menutup semua itu.

Tapi persoalannya kenapa?

Hafiy tersenyum hambar. Dia sendiri pun tak tahu kenapa. Masalah? Ada ke? Sedangkan dia sendiri tertanya-tanya macam ni.

" Aku tak tahu. She.. Haih takpelah. Aku pergi dulu. " Hafiy terus melangkah pergi meninggalkan Aifa yang termangu.

Mungkin Farha perlukan masa sendirian atau mungkin gadis itu memang taknak dia dekati lagi dirinya. Tapi Hafiy tak menyerah selagi Farha tak menyuruh dia pergi.

Lagipun dia takkan sia-siakan segala usaha dia sejak bangku sekolah lagi. Sekeras mana hati perempuan sekalipun tetap ada titik kelemahannya yang bakal melembutkan hati sekeras batu itu.

Dan itu takkan menggoyahkan Hafiy untuk terus mencuba.

Sebab,

Usaha itu tangga kejayaan.

¤¤¤¤

Tercungap-cungap Farha sebaik sahaja tiba di dalam tandas. Laju betul dia berjalan ke sini semata nak mengelak daripada Hafiy. Malah semua yang memandang dia pelik pun dia tak hiraukan asalkan dia jauh daripada lelaki itu.

Tapi Farha, sampai bila kau nak lari daripada dia?

Farha tersandar pada dinding tandas memikirkan hal itu. Dia sendiri takde jawapan untuk soalan macam itu. Kalau boleh, dia sendiri taknak lari macam ni. Sedangkan bukan dia yang buat salah.

Lagipun Hafiy takde salah pun dengan dia. Bukan ke ini seperti menyeksa hati masing-masing?

Tiba-tiba Farha terdengar suara yang dia amat kenali. Laju dia masuk ke dalam salah satu bilik air di situ. Mulut ditekup supaya tidak disedari oleh sesiapa.

" Aku tengok budak tu dah jauhi Hafiy. Kau taknak ambil peluang ni ke, Tin? "

Farha terkesiap. Mereka sedang bercakap tentang dia ke? Tin? Fatin ke?

" Hish! Apa kau ni? Aku setakat minat je dekat Hafiy tu. Lagipun kalau kitaorang buat kerja tu, dia takkan pandang aku. Bahkan siap bawa kawan dia lagi teman kitaorang. "

Hafiy tak pandang Fatin ni? Biar betul?

" Buta agaknya lelaki tu. Nak juga minah selekeh tu. Kau punya lawa, baik macam ni pun tak pandang "

Farha yang dengar semua itu cuma menahan rasa. Salah dia ke? Bukan dia minta pun Hafiy suka dia.

" Dorang takde apa-apalah. Kau ni merepek. Jomlah masuk kelas "

Sebaik sahaja mereka keluar, Farha terus terduduk di dalam tandas itu. Dia agak terdiam mendengar bait kata Fatin tadi. Betullah, dia dan Hafiy memang takde apa-apa.

Jadi kenapa dia kena beria jauhi mamat tu kan?

Farha tersenyum pedih.

Kau yang terlalu berharap, Farha. Sedangkan korang takde apa-apa pun yang mengaitkan korang. Dia bukan sesiapa , jadi buat apa kau lari?

Satu hakikat yang perlu Farha Shakira hadam,

Kalau sayang seseorang, kita perlu lepaskan dia sebab dia belum tentu milik kita satu hari nanti.

Tbc

Triple FWhere stories live. Discover now