Farhad mendekati Miza yang sedang tekun menulis sambil mendengar lagu itu. Mereka janji nak jumpa petang itu di taman sebab nak siapkan kerja kursus yang diberikan cikgu.
" Miza Farhana! "
Terpelanting pen yang dipegang Miza bila dia disergah dari belakang. Dia menoleh dengan laju apabila dengar gelakan besar seseorang.
" Farhad Shami!!! "
Farhad yang melihat muka merah Miza itu terus mati segala tawanya. Sah minah ni dah mengamuk ni.
" Haha weh sorry. Tak sangka kau boleh terkejut macam tu weh. " Farhad mengesat tubir matanya yang berair. Aduh senak perut gelakkan Miza.
" Tak gunalah kau ni. Sakit jantung aku dibuatnya tahu tak " bengang Miza dibuatnya melihat muka tak bersalah Farhad itu.
Mengenali Farhad sejak sekolah rendah membuatkan Miza tahu sangat perangai Farhad ni macam mana. Sakit hati betul dengan mamat ni lah.
" Alaaaa jangan marah. Nanti aku belanja kau hati aku. Nak tak? Hahaha "
Miza terus membuat muka. Apa jenis pujuk ni Farhad Shami oiii.
" Eyyy nooo.. Mana nak lempar segala fans kau tu.. No no " Miza memang tak pernah letak perasaan lebih daripada seorang kawan pada Farhad.
Farhad Shami cuma sekadar kawan baik dia sahaja.
Mendengar jawapan gadis itu, Farhad tersenyum hambar.
If you know what I feel toward you, Miza Farhana.. Will you say "No" as the answer?
Payah bila lelaki perempuan jadi sahabat baik sebab 50/50 mesti akan ada yang jatuh hati.
Miza melihat Farhad yang termenung. Menungkan apa budak ni?
" Woi! "
Tersentak Farhad dibuatnya.
" Kau menungkan apa ni? "
Farhad cuma menggeleng sahaja. Takkanlah dia nak mengaku benda tu kan. Mati je satgi kena sebiji dengan Miza ni.
" Jomlah sambung buat kerja ni " ajak Miza sebelum menyusun segala maklumat yang dia dapat.
¤¤¤¤
" Abang "
Farhan meletakkan kerjanya sebelum memandang Farha yang berjalan mendekati dia.
" Ye sis? Nak apa? "
Farha mengeluh sebelum duduk di atas katil Farhan. Serba salah nak cakap benda ni tapi dia tak pernah berahsia dengan Farhan sejak mereka kecil.
" Sebenarnya haritu kawan Farha ada sampaikan pesanan untuk abang. Farha lupa nak cakap sebab tak sempat. Abang kan sibuk juga. " ujar Farha.
Mendengar bait kata adiknya itu, Farhan mula menumpukan perhatian. Pesanan? Pesanan apa?
" What message? "
Farha menggigit hujung bibirnya sebelum berkata.
" Dia cakap dia nak kenal dengan abang. Kenal yang macam rapat gitu. Tapi Farha cakaplah abang mesti tak minat. "
Farhan tersenyum kecil. Pesanan macam ni je ke? Aduhaii adikku.
" Cakap dekat dia yang abang tak minat. Farha tahu benda tu kan? Lagipun abang dah ada someone yang abang dah terpaut. " jawab Farhan.
Mendengar perkataan terpaut itu Farha terkejut. Sejak bila!?
" Hah? Siapa? Farha kenal tak? Abang! Eyy dia buat dunno je dengan kita " geram Farha.
Sejak bila abangnya ini pandai main soal hati ni? Sejak bila? Oh no!
Farhan tersenyum kecil. Dia tahu Farha tertanya-tanya tapi dia takkan pernah beritahu rahsia yang satu ini sebab masa belum sesuai lagi.
Melihat Farhan yang khusyuk itu Farha hanya mendengus geram. Memang taknak cerita ke ni?
Sampai hati abang Farhan taw.
Takpe-takpe kita tunggu sampai dia siap.
Satu jam berlalu, Farhan mula meregangkan segala ototnya. Banyak betul kerja sampai dia tak perasan masa dah berlalu.
Hampir terjatuh dia bila tengok Farha yang tertidur di atas katil itu.
Eh budak ni dari tadi tak keluar ke?
Farhan tergelak kecil bila tengok perangai Farha ni. Degil betul sampai sanggup tunggu.
Melihat Farha yang lena sangat tu, Farhan tak sampai hati nak kejut. Dengan rasa tanggungjawab sebagai seorang abang, Farhan hanya biarkan sahaja Farha tidur.
Dia menarik selimut menutup seluruh tubuh Farha hingga ke bahu. Nampaknya dia kena tidur dekat sofa lah ni?
Nasib badanlah Farhan Shazwan.
Demi adik tersayang.
Suhu air cond diturunkan lalu Farhan terus merehatkan badannya di sofa.
Tak sampai sejam, Farhan sudah terlena diulit mimpi indah.
Betapa sayangnya Farhan pada Farha sampai sanggup sakit badan tidur di sofa. Itulah pengorbanan seorang abang pada adik.
Tbc
Okay done. Cukup dua je. Haha!

YOU ARE READING
Triple F
Teen Fiction[ C O M P L E T E D ] Mengisahkan tiga beradik yang ada perangai masing-masing. Farhan Shazwan, si abang yang protective. Farha Shakira, si kakak yang manja serta degil. Farhad Shami, si adik yang perahsia. Apa bakal jadi jika ada kisah cinta tiga...