Farha termenung memandang langit. Kejadian semalam masih bermain dalam fikirannya. Sebegitu besar kasih sayang Adwa pada adiknya membuatkan dia terfikir kenapa Farhad tak nampak permata di hadapan mata tapi nampak kaca yang menusuknya.
Flashback
" Adwa? "
Farha nampak Adwa laju mengesat air matanya. Dia nampak Adwa menangis sebab Farhad. Untuk pertama kali dia nampak sisi lemah Adwa.
" Kau okay? "
Adwa sengih. Dia mengangguk mengiakan dia okay.
Farha merengus geram. Dia terus menarik Adwa masuk ke dalam biliknya. Semuanya. Dia nak tahu semuanya yang disembunyikan oleh gadis ini.
" Tell me. Did you love my little brother? That silly kid? "
Dush!
Tersentak Adwa dengan soalan Farha. Dia mati akal nak jawab. Kalau sebelum ini cuma Farhan sahaja yang tahu tapi kini Farha. Sejauh mana lagi kau mampu sorokkan, Adwa?
" Cinta tak sampai. Aku cuma sayang dia sebagai adik je. Tak lebih dah Far. Aku okay. " Adwa menjawab.
Farha menghela nafas lelah. Adwa dari tadi menunduk. Kenapa nak sorok kesedihan diri ?
" Kau sakit tengok dia rapat dengan Miza. Kau sakit simpan perasaan sendiri selama ni. Kau sakit bila dia tak nampak permata depan dia selama ini malah dia memilih kaca yang menjadi permata abang dia sendiri. Kau sakit kan? Berapa lama kau simpan? " tanya Farha. Dia tahu segala kata-kata dia menghentam Adwa Farhani.
Adwa tersenyum miris. Semuanya betul. Dia sakit. Sakit dengan diri sendiri.
" Sejak kecil mungkin. Aku simpan dan aku sakit. Hahah gosh Far, apa aku ni tak layak ye nak dapat dia? "
Farha terkedu.
Mata itu,
Mengalirkan air mata yang selama ini susah dia nak nampak.
Tapi kenapa dia masih mampu tersenyum walaupun air mata mengalir?
Tuhan, ujian apa kau beri ini?
¤¤¤¤
Mengingatkan semua itu, Farha teringat akan Hafiy yang bersungguh-sungguh nakkan dia. Dia dah mula taruh harapan pada lelaki itu.
Siapa je tak jatuh hati kalau hari-hari kena usik. Mesti akan ada sebab dia nampak usaha Hafiy itu. Sampaikan saat ini dia masih berhubung dengan lelaki itu.
Cuma kenapa sejak kebelakangan ini dia rasa Hafiy lain sangat?
Dia ada buat salah ke?
Atau mungkin...
Farha menggeleng kepala. Tak Far, Hafiy cakap kau je yang dia nak. Kau jangan fikir negatif. Jangan.
Kalau pun dia dah ada yang lain, kau kena bersedia dari segi mental dan fizikal kau.
Sebab kau dah tengok pelbagai jenis kisah cinta orang lain.
Ganbatte Farha Shakira.
¤¤¤¤
Farhad melangkah turun untuk ke kelas pagi. Setibanya di meja makan , dia mula berasa rimas sebab nampak kelibat Farhan. Terus tak jadi nak sarapan.
" Adik, tak makan dulu ke? " tegur Shafika. Dia faham kenapa.
" Tak umi, nak cepat. Pergi dulu " Farhad menyalam kedua ibu bapanya sebelum terus keluar.
Farhan rasa pelik je dengan tingkah laku adiknya itu manakala Farha cuma diam. Malas nak ambil tahu.
" Kenapa dia tu , umi? " tanya Farhan.
Shafika tersenyum hambar.
" Penat sangat kot. Kan dia baru start belajar. "
Farrid tak tahu nak cakap apa lagi. Kalau anak-anak dia bergaduh sebab seorang perempuan sahaja, memang dia kena buat sesuatu.
Nak nak lagi Farhad itu jenis pendiam sekarang. Susah untuk selami hati anaknya yang seorang itu.
Farhan mengangguk. Mungkinlah adiknya itu penat.
" Okaylah. Abang pergi dulu, nak jemput Miza . Jom Farha " Farhan terus bangun diikuti Farha.
Sebaik sahaja anaknya itu melangkah pergi , Shafika mengeluh. Apa nak jadi lepas ini?
" Tak baik mengeluh. Anggap sahaja ini ujian dari Dia. Kita face sama-sama " tegur Farrid. Dia tahu golak hati Shafika macam mana.
Mendengar teguran Farrid, Shafika mengangguk. Dia kena perbaiki semuanya kalau tidak makin teruk keadaan ni.
Tbc
YOU ARE READING
Triple F
Teen Fiction[ C O M P L E T E D ] Mengisahkan tiga beradik yang ada perangai masing-masing. Farhan Shazwan, si abang yang protective. Farha Shakira, si kakak yang manja serta degil. Farhad Shami, si adik yang perahsia. Apa bakal jadi jika ada kisah cinta tiga...