Farhan melilaukan mata mencari Miza. Mana pula isterinya ini? Tadi rasanya ada je dekat dapur. Haih. Faiq Mikael yang bermain di hadapan television itu dipandang sekilas sebelum didekati.
" Faiq sayang.. Mana ibu awak nii.. Penat ayah cari.. " Farhan memangku Faiq sambil mata masih mencari keberadaan Miza.
Faiq yang tak tahu apa-apa cuma sengih melihat ayahnya. Sesekali tangannya menyentuh wajah Farhan. Sesekali gelak tawanya kedengaran apabila Farhan bermain dengannya.
" Eh abang "
Miza meletakkan bakul berisi baju yang baru sahaja diangkat di tepi sofa. Langkahnya dibawa ke arah Farhan dan putera mereka.
" Hah sayang. Lahh dekat luar ke? Penat abang cari sampai ke dapur. " Farhan menyerahkan Faiq kepada Miza apabila melihat anaknya itu ingin bersama isterinya.
" Baru angkat baju tadi. Sayang tengok langit macam dah mendung jadi lebih baik angkat je bajunya. " Miza mencuit pipi anaknya itu.
Farhan mengangguk.
" Taknak balik rumah umi ke? " Miza memandang Farhan di sisi sambil menepuk punggung Faiq supaya anaknya terlena.
" Petang nantilah. Lagipun umi ada cakap budak berdua tu nak balik juga. Adwa tu mengidam masakan umi. " jawab Farhan. Siaran television ditukar. Apa kenalah tengok kartun haih.
" Ehh dah berisi dah Adwa tu?? " terkejut Miza dengar berita itu.
" Ha'ah. Sebulan lebih. Sayang busy sangat ke apa ni sampai tak ambil tahu? Hahah " Farhan tahu Miza sendiri sibuk dengan kedai bakeri dia. Nak nak lagi kena jaga Faiq.
" Tak hahah tak sangka haih. Ingatkan Kak Farha je, rupanya Adwa sekali " ujar Miza. Faiq yang sudah terlena dipandang.
Farhan tersenyum kecil. Tak sangka Farha pun mengandung sama waktu dengan Adwa. Dahsyat budak berdua ni.
Miza di sebelah dipandang. Melihat dua permata hati dia di sisi membuatkan hati dia hangat. Dia ingatkan dia takkan rasa semua ini tapi perancangan Allah itu lebih baik.
Miza tetap jodoh dia.
" Sayang letak Faiq ke atas kejap ye " Miza terus bangun menuju ke atas sebaik sahaja Farhan mengangguk.
Baru sahaja Miza melangkah ke atas, telefonnya berbunyi.
Farhan mengerutkan dahi.
014-*******
Haii Shazwan. Ni I, Qeela yang haritu datang minta you design rumah I. Can we meet? I nak bincang pasal design haritu.Farhan tak tahu mana minah ni dapat nombor dia sedangkan dari awal dia dah cakap yang mereka boleh berurusan dengan PA dia kalau nak inform apa-apa.
Apa motif minah ni ajak dia jumpa hujung minggu macam ni?
Farhan
Sorry Miss. You boleh inform anything dekat PA saya kalau nak ubah apa-apa. Hujung minggu macam ni I rather spend my time with my family. Sorry.Malas nak melayan lagi, Farhan terus silent mood telefonnya. Kang apa jadi lagi kang. Payah!
Melihat segunung baju yang di tepi sofa itu, Farhan terniat nak bantu Miza. Kasihan isterinya asyik buat kerja rumah sahaja. Miza itu bukan pembantu rumah.
¤¤¤¤
Qeela memandang Farhan yang berada di sudut sana. Lelaki itu dah menambat hati dia sejak pertama kali mereka berurusan. Tak sangka kawannya memang bercita rasa tinggi.
Melihat Farhan yang fokus memberi arahan pada anak buahnya membuatkan Qeela terpesona. Muka elok, perangai pun ya. Alahaii.
" Cik Qeela "
YOU ARE READING
Triple F
Genç Kurgu[ C O M P L E T E D ] Mengisahkan tiga beradik yang ada perangai masing-masing. Farhan Shazwan, si abang yang protective. Farha Shakira, si kakak yang manja serta degil. Farhad Shami, si adik yang perahsia. Apa bakal jadi jika ada kisah cinta tiga...