Adwa memandang cincin dekat jari. Rasanya baru semalam dia dengar berita terkejut tu tiba-tiba harini dah tersarung cincin tunang dekat jari.
" Tak puas pandang ke? " Farhad menyindir gadis di sebelahnya aka Cik Tunang.
Adwa berdecit geram. Farhad tak faham perasaan dia macam mana so memanglah boleh sindir bagai. Lama tahu tak tunggu mamat selekeh dekat sebelah ni.
" I'm waiting for you to look at me. But this..unexpected ending for me.. " ujar Adwa.
Farhad senyum.
" Aturan Allah itu cantik. Dia bagi kita berdua kesakitan dulu sebab Dia nak datangkan pelangi selepas hujan. Kalau kau jodoh aku, kau lari sampai Mesir pun kau masih tetap milik aku "
Adwa lega dengar kata-kata itu. Yes, aturan Allah itu cantik. Kalau dulu dia dan Farhad alami kekecewaan yang sama tapi kini pelangi itu datang pada mereka membawa sinar bahagia.
Takdir itu mereka tak dapat nak jangka apa bakal jadi pada masa akan datang. Jika dulu dia risau umur penghalang mereka tapi jawapan Farhad membuatkan dia terdiam,
" Nabi pun bernikah dengan wanita yang lebih tua daripada beliau. Umur bukan penghalang. Kau cukup semua. So jangan bagi alasan soal umur lagi "
Terkedu kan? Farhad memang dah berubah. Bahkan dia sendiri kagum dengan lelaki itu.
" Balik sana lusa kan ? " soal orang sebelah tiba-tiba.
Adwa mengeluh. Ini yang dia payah sebab dia ada lagi setahun dekat sana sebelum balik sini. Bila nak habis niiii?
" Ha'ah. Setahun je lagi lepastu habis. Wahhhh I really miss Malaysiaa "
" And me " Farhad sengih kecil apabila Adwa menjeling dia.
" Not you absolutely " sindir Adwa.
Farhad mendecit. Taknak mengakulah tu rindu dia. Malu sangat ke apa ni. Takpe kita tengok siapa rindu siapa nanti.
" Jaga diri "
Adwa senyum. Dia faham maksud jaga diri daripada Farhad itu. Semua tu dah merangkumi semuanya. Sejenis Farhad dia takkan luah kasih sayang dia dengan kata-kata tapi dengan perbuatan.
" You too "
Farhad mengangguk.
Dan mereka setia memandang manusia-manusia yang sibuk menguruskan itu ini pada majlis haritu.
¤¤¤¤
" Dorang nampak sesuai " puji Miza sambil memeluk lengan Farhan.
Farhan mengangguk setuju. Untuk pertama kalinya dia melihat senyuman lebar manis seorang Adwa Farhani. Senyuman yang memberi seribu makna.
Gadis itu dah besar, semakin matang untuk kendalikan hidup dia. Dan kini Adwa dah ada tuan putera yang bakal jaga dia. Farhan tak risau sebab dia amat tahu Farhad macam mana.
Miza di sisi dipandang. Kalau dulu mereka berdua gaduh sebab Miza, kini tidak sebab Adwa yang dulu menjadi tukang damai mereka akhirnya memiliki hati Farhad.
" Ni pandang-pandang kenapa ni? " Miza mencucuk pipi Farhan yang setia merenung dia.
Farhan senyum kecil. Jari Miza dicapai sebelum ditautkan bersama jari dia.
" Looking your hand in my hand, I feel like so blessed. Finally you become mine. After have a big fight with Had " ujar Farhan.
Miza dah terkedu. Bukan biasa-biasa Farhan nak luah perasaan dia weh.

YOU ARE READING
Triple F
Fiksi Remaja[ C O M P L E T E D ] Mengisahkan tiga beradik yang ada perangai masing-masing. Farhan Shazwan, si abang yang protective. Farha Shakira, si kakak yang manja serta degil. Farhad Shami, si adik yang perahsia. Apa bakal jadi jika ada kisah cinta tiga...