" Heyy "
Ternaik bahu anak gadis itu bila disentuh dari belakang. Dia memandang ke belakang lalu menghela nafas lega. Uminya ini selalu buat dia terkejut lah.
" Hahaha kenapa terkejut pula ni? Jauh termenung ye " usik Shafika sambil meletakkan segelas air ke atas meja.
Dia perasan sejak Farha balik dari kelas semalam, anak gadis itu banyak termenung. Macam ada yang mengganggu akal fikirannya.
" Umi ni. Terkejut lah kakak " Farha mengusap dadanya. Mahu tak terkejut kalau tengah berangan tiba-tiba kena sergah.
Shafika menggeleng kepala apabila mendengar rungutan Farha.
" Kenapa ni? Ada masalah? Umi ada nak dengar. " Shafika mengusap lengan Farha yang baru mengeluh itu.
Mungkin selama ini Farha kurang bercerita dengan dia sampaikan dia tak tahu apa yang dialami anak gadis ini. Tapi setidaknya harini biarlah dia open table dengan gadis ini.
Sebagai ibu, dia sendiri susah hati melihat anaknya semua dalam keadaan tak menyenangkan macam ni.
" Susah kan umi kalau kita suka seseorang tapi kita terpaksa diam untuk kebaikan kita dan dia. "
Shafika menoleh. Melihat seraut wajah yang mendung itu dia faham ke mana arah perbualan mereka.
Soal hati.
" Susah tu susah, kakak. Tapi kita tengok kesan perbuatan kita tu. Kalau kita jujur pun kita suka dia tapi andai kata Allah kata dia bukan milik kita macam mana? "
Farha terdiam mendengar soalan uminya.
" Sayang bukan bermakna harus memiliki. Ada sebab kenapa Allah hadirkan rasa tu dalam diri kita. Sebagai manusia , kita takkan lari daripada rasa manis pahitnya cinta itu apa. "
Melihat Farha diam, Shafika menyambung.
" Kakak tak perlu risau. Awak muda lagi untuk jalani semua ni. Kalau betul dia milik kakak,dia takkan pernah jadi milik orang lain. Sebab apa? Sebab apa yang Allah dah takdirkan untuk kita takkan pernah jadi milik orang lain "
Tersentap seketika Farha dengan kata-kata Shafika. Ada betulnya kata-kata seorang ibu itu. Kenapa nak rungsing fikirkan semua ini kalau sebenarnya sejak azali lagi Allah dah susun perjalanan hidup kita ni?
" Kita perempuan kena mahal. Biar orang kata kita sombong asalkan kita mahalkan hati kita untuk yang selayaknya. Lagipun daripada fikirkan cinta kita pada manusia , apa kata kakak tengok balik hubungan kakak dengan Allah? Cinta kakak pada Dia? Pada yang selayaknya? " Shafika tersenyum kecil bila Farha memandang dia dengan mata berkaca.
Bukan niat dia nak menyentuh titik kelemahan dalam diri anak gadisnya itu tapi setidaknya biarlah dia buka pintu hati anaknya itu untuk melihat dunia ni macam mana.
Kerna kekadang Allah tak beri apa yang kita nak tapi Allah beri apa yang kita perlu. Sebab itu yang terbaik buat kita.
Sakitnya dalam soal hati ini tak perlu dirungsingkan kerna Allah itu ada. Sayang pada Dia. Bercinta dengan Dia. Dan kita takkan berasa sakit.
Dan Farha sedar semua itu. Ibu bapanya dah beri yang terbaik untuk dia tapi dia yang sibuk dengan dunia. Hubungan dia dengan Allah pun tak seberapa sebab tu dia diuji macam ni.
Ya Allah, maafkan hambaMu yang lalai ini. Akibat terlalu memikirkan dunia, aku lupa padaMu. Ya Allah.
Farha terus laju memeluk tubuh Shafika. Dia menangis teresak-esak melepaskan segala kesakitannya. Ya Allah, beruntungnya dia mempunyai ibu bapa seperti Farrid dan Shafika. Kenapa dia tidak hargai mereka ini?
" Ingat lagi satu kak. Kalau sibukkan dia, mana akak letak abah dalam hati akak? Sedangkan itu lelaki yang selama ni berusaha sayang dan jaga kakak. Yang setia dengan kakak. You're his princess. The precious one. Umi tahu kakak faham maksud umi. Jadi, bertabah okay " Shafika mengusap kepala anaknya itu dengan penuh kasih sayang.
Farha ini satu-satunya anak perempuan dia. Hanya dia sahaja yang mungkin faham perasaan Farha sebagai seorang perempuan. Jadi, dia berharap Farha mampu faham setiap kata-kata dia.
Mendengar ayat Shafika itu, Farha tersentap. Dia teringat akan abahnya yang berkerja itu. Dia sebagai anak terlalu sibuk kisah tentang seorang lelaki yang belum halal untuk dia sampai lupa ada lelaki yang patut dia sayangkan lebih daripada Hafiy.
Ya Allah.
Teruknya dia.
Dia faham kenapa sekarang Farhan menjaga dia dengan sangat ketat. Dia faham sekarang kenapa Farhad kekadang bersikap seperti seorang abang pada dia. Dia faham sekarang kenapa setiap permintaan dia dituruti oleh Farrid.
Dia faham.
Tbc
Jangan menangis baca part ni. 😶

YOU ARE READING
Triple F
Teen Fiction[ C O M P L E T E D ] Mengisahkan tiga beradik yang ada perangai masing-masing. Farhan Shazwan, si abang yang protective. Farha Shakira, si kakak yang manja serta degil. Farhad Shami, si adik yang perahsia. Apa bakal jadi jika ada kisah cinta tiga...