25

3.5K 164 2
                                    

Dia dari tadi cuba menahan gelaknya daripada terhambur melihat muka cemberut Farhad. Faham sangat mesti Farha paksa budak ni bukan main lagi. Bahkan lelaki ini sanggup duduk belakang daripada duduk depan sebelah Farhan.

" Akak nak duduk belakang. So you have to sit there. Jangan melawan Farhad Shami " Farha menjegilkan matanya apabila melihat tanda-tanda Farhad ingin melawan.

Farhad merengus geram. Kakaknya sengaja! Bukan dia tak tahu. Berkali-kali dia cakap dia taknak ikut tapi bila kena ugut dengan Farha ni hish ikutkan sahaja. Seraut wajah putih bersih sebelah Farha itu dipandang.

Dalam kereta tadi, dia nampak betapa Adwa cuba jaga jarak antara mereka. Sampaikan Farhad ambil beg sandang dia supaya diletakkan di tengah-tengah. Dia faham Adwa tidak selesa.

Suasana di dalam kereta itu sunyi sepi. Farha sudah lama dibuai mimpi manakala Farhad lebih rela pandang luar. Farhan semestinya fokus memandu manakala Adwa cuma membaca buku.

Tiba-tiba Adwa rasa tak tahan dengan suasana di dalam kereta ini. Bukan ke niat dia nak rapatkan balik hubungan adik beradik ni?

" Hm dah lama kan kita tak bercuti. Last pun masa kita kecil-kecil dulu " ujar Adwa. Sengaja ingin menarik perhatian mereka di hadapan.

Farhan tersenyum kecil. Dia tahu Adwa sengaja dan dia berterima kasih sangat sebab dia sendiri tak tahan.

" Ha'ah. Abang ingat lagi macam mana istana pasir kita tu kena hentam dengan ombak lepastu Farha mengadu bukan main hahaha " jawab Farhan. Mengingatkan semua itu, Farhan tersenyum lebar.

Allah, rindunya.

Adwa tergelak kecil. Betullah tu. Farha siap berlari ke arah Farrid sambil mengadu istana pasir dia kena kacau dengan ombak. Siap disuruh abahnya itu marahkan ombak tu. Hahaha!

" Had ingat lagi masa kita nak cari cengkerang siput? " tanya Adwa ingin menarik perhatian Farhad.

Farhad tersedar. Oh Adwa bertanya ke?

" Hm ingat. Kenapa? "

" Masatu kan Had cakap tak sakit ke cengkerang ni tercabut daripada badan siput tu. Adwa rasa benda tu macam comel je dengan muka naif Had taw " Adwa menekup mulutnya mengingatkan semua itu.

Farhad menahan malu. Hish manalah dia tahu. Masa tu kan dia kecil lagi. Masih tak matang lagi nak fikir. Lagipun masa tu dia musykil jadi dia tanyalah.

Melihat Farhad malu, Farhan tergelak kecil. Tahu pula nak malu bila kisah silam kena ungkit kan. Haish Had.

" Kak Adwa pun sama je. Nangis masa tak dapat ais krim. Macam budak-budak taw " perli Farhad.

Adwa macam eh eh budak ni.

" Eyyyy biarlah. Masa tu Had juga yang jatuhkan ais krim Adwa tahu tak. Minta maaf pun tak. Eh eh " Adwa mengecilkan matanya sampaikan boleh tembus kerusi kereta tu kalau kena panahan mata dia.

Farhad tergelak. Bukan salah dia okay kalau ais krim tu jatuh. Dah jodoh tiba-tiba Adwa diri depan dia masa dia tengah berlari. So nak tak nak terlanggarlah juga. Nakkan dia minta maaf? Huish lagi dia suka sakat ada lah.

Adwa dan Farhad berborak sampaikan Farhan tersenyum mendengar perbualan mereka. Setidaknya mood Farhad baik untuk percutian mereka ini. Dia taknak Farhad langsung tidak ada mood nak bercuti.

Lagipun dia sengaja juga nak rapatkan Adwa dan Farhad. Mendengarkan berita Adwa ingin pergi, dia agak risau. Bagaimana hidup gadis itu di sana? Dengan orang asing. Dia sendiri nak juga Farhad sedar perasaan Adwa.

Sampai bila Adwa nak simpan kan?

Sebaik sahaja sampai di Langkawi, Adwa tersenyum lebar. Mungkin di sini mereka akan cipta pelbagai kenangan terakhir buat dia sebelum pergi. Dan dia harap hubungan Farhad dan Farhan akan pulih.

Itu niat dia.

Go go Adwa Farhani!

¤¤¤¤

" Cable car! Yes! " Farhan tergeleng kepala melihat Farha yang riang semacam tu.

Tanpa menghiraukan kakaknya, dia berpaling memandang Adwa di sebelah. Dari tadi diam sahaja. Okay ke tak ni?

" Okay? "

Adwa tersentak. Dia mengangguk meskipun sebenarnya dia gayat. Macam mana kalau jatuh? Macam mana kalau tiba-tiba tali putus? Macam-macam benda negatif ada dalam kepala dia tapi didiamkan sahaja apabila melihat muka teruja Farha.

Farhad mengeluh. Nampak sangat menipu. Dia nampaklah wajah gugup budak sebelah ni. Dah tahu gayat, nak juga naik benda tinggi macam ni.

" Kak, kau naik dengan abang dulu " arah Farhad.

" Eh kenapa? " Farha pelik dengan permintaan adiknya itu. Farhan juga sama.

" Just go. I will be there with her " Farhad menunjukkan Adwa di sebelah.

Farha dan Farhan saling berpandangan. Meskipun pelik, mereka mengangguk sahaja sebelum masuk ke dalam kereta kabel.

" Eh kenapa tak naik dengan abang Farhan je tadi? " Adwa memandang Farhad yang jauh lebih tinggi daripada dia.

" Kak nak dia tahu ke akak ni gayat? " perli Farhad.

Glup!

Mahu tercekik Adwa ni kalau dia tengah makan. Mana Farhad tahu?

" Jom " Farhad menghulurkan lengannya yang berlapik kepada Adwa.

Tapi langsung tidak diendahkan oleh gadis ini. Farhad mengeluh penat. Aduhai!

" Naik cepat. Pegang lengan Had. Kan berlapik. Kang kalau jatuh, payah " bebel Farhad.

Adwa dengan nak tak nak terpaksa juga sebab dia sendiri takut. Memanglah dulu berani tapi sekarang tak tahu kenapa dia takut dengan tempat tinggi.

Melihat Adwa yang memegang erat lengannya dengan mata terpejam itu, dia tahu tahap ketakutan gadis itu macam mana.

" You can count on me, Adwa "

Deg!

Adwa tergamam.

Tbc

Nak cakap ni, jangan expect cerita ni bab dia banyak taw. Hahahah tak banyak pun. So get ready 😂

Triple FWhere stories live. Discover now