35

3.9K 157 0
                                    

" Jadi betullah? "

Farah mengangguk. Dia tersenyum kecil melihat Shafika yang menggenggam erat tangan Adwa di sisi.

" Tapi kau tak kisah ke Farah? " Shafika memandang Farah di hadapannya.

Mendengar soalan Shafika itu, Farag tergelak kecil. Ibu mana tak risau bila satu-satunya anak dia bakal meninggalkan mereka. Nak nak lagi merentasi lautan serta negara lain.

Tapi melihat kesungguhan Adwa, dia faham bahwa kehendak anak tak semuanya dia boleh tolak sebab Adwa memang minat semua ni sejak kecil.

Lagipun Adwan cakap dia ada sahabat di sana yang bakal jagakan Adwa. Setidaknya perkara itu tidak merisaukan dia sangat.

" Aku percaya Allah akan jaga dia. Itu je Shaff. Kalau itu kehendak dia, aku ikutkan je. Adwan pun macam tu. "

Shafika mengeluh. Dia memandang Adwa yang menunduk. Anak gadis ini bakal meninggalkan mereka. Tak sangka lagi sehari sahaja dia akan memandang gadis lalu tidak ada peluang lagi.

" Jaga diri ye Adwa. Aunty tak tahu nak cakap apa tapi jaga diri, jaga maruah, jaga solat semua. Paling penting, cari kawan yang sebetulnya. Mesti budak bertiga tu sedih dengar khabar ni " ujar Shafika.

Adwa tersenyum kecil.

" Abang dah tahu dah Aunty cuma Adwa je yang minta dia rahsiakan. Mula tu habis Adwa kena bebel dengan dia tapi akhirnya dia faham. " jawab Adwa.

Kenyataan bahwa anak sulungnya sudah tahu membuatkan Shafika geram. Bertuah punya anak! Sampai hati rahsiakan perkara macam ni.

" Esok Aunty datang kan? "

" Eh mestilah! Adwa dah macam anak Aunty taw "

Adwa tergelak kecil. Dalam hati dia berdoa agar dia kuat untuk esok.

Fi Hifzillah Adwa.

¤¤¤¤

" Huarghhhh "

Adwa menggaru kepalanya. Dia tersenyum senget melihat Farha yang tidak melepaskan tautan tangan mereka. Ini yang dia payah ni. Nasib baik lambat lagi penerbangan dia.

" Sorrylah Far. Adwa cuma taknak jadi macam nilah nanti hahah "

Farha tersebek menahan tangisannya. Sampai hati Adwa tak beritahu dia bakal meninggalkan mereka. Sampai hati! Patutlah umi beria suruh dia luangkan masa harini.

Mula tu pelik kenapa mereka ke KLIA ni, sekali dengar berita bahwa Adwa akan ke Mesir terus dia berlari memeluk tubuh gadis itu seeratnya. Sedih tahu tak!

" Nanti siapa nak tolong Far? Siapa nak jadi kakak Far? Siapa nak dengar cerita Far? Dengan siapa Far nak keluar? Janganlah pergi Adwaaa " Farha memeluk erat tubuh Adwa seakan-akan tidak mahu lepas.

Serba salah dibuatnya Adwa. Tubir mata yang berkaca dibiarkan. Dia tahu Farha masih dalam proses berubah tapi dia yakin Farha mampu. Sedih juga nak tinggalkan mereka tapi apakan daya ini sahaja jalan yang terbaik.

" Skype ada. Kalau Adwa free, kita facetime okay. Janganlah nangis. " Adwa mengusap tubuh belakang Farha.

Dia mengesat air mata yang mengalir di wajah Farha. Moga Allah jaga gadis ini.

" Dahlah tu kakak, ada lagi yang nak bercakap ni " sindir Farhan. Penat tengok drama si Farha ni.

Kcing!!

Laju Farha menjeling abangnya sampai terdiam Farhan. Adwa menekup mulutnya daripada tergelak.

Sebaik sahaja Farha berundur, Farhan berdiri di hadapan gadis itu.

" Heyy! Goodluck dekat sana. Balik sini make sure dah jadi Doktor Adwa Farhani taw. Abang doakan kejayaan Adwa. Abang doakan juga Allah sentiasa jagakan Adwa untuk kami. Take care dekat sana. Jangan lupa contact abang. Apapun solat jangan tinggal. Make sure kalau abang kahwin dengan budak sebelah ni, Adwa kena datang hahah " Farhan tergelak bila dengar Miza berdecit.

" Jangan layan dia, kak. Merepek je tahu. By the way, goodluck taw. I wish the best for you. Thankyou juga untuk semua bantuan kak Adwa. Moga Allah jaga akak untuk kami. Have safe journey. And yeah kak, betullah yang beruntung siapa dapat Farhan ni sebab I'm the lucky one. Please datang kalau kitaorang nak official dah taw heheh " Miza memeluk erat tubuh Adwa.

Kalau dulu dia cemburu dengan kerapatan Farhan juga Adwa tapi kini tidak lagi sebab Adwa gadis yang sangat baik. Gadis ini banyak bantu dia. Gadis ini anugerah yang terindah buat mereka.

Adwa senyum kecil. Dia menepuk bahu Miza. Sebaik sahaja pelukan terlerai, dia tersenyum memandang mereka berdua. Ya Allah, Kau berkatilah hubungan mereka hingga ke Jannah.

" Baik-baik hahaha akan didengar segala nasihat itu. Terima kasih buat doanya juga. Adwa bersyukur sekarang semua dah selesai. Korang kena make sure yang Adwa dapat kad jemputan taw hahaha I wish the best for you guys. " ikhlas dari lubuk hati yang dalam Adwa berkata.

Kalau takde abang Farhan sejak dulu, mungkin dia takkan pernah rasa kasih sayang yang banyak macam ni. Farhan jaga dia seperti mana dia jaga Farha. Farhan anggap dia seperti adik kandung maka Adwa bersyukur dengan semua tu.

Moga Allah jaga mereka berdua.

Setelah penat bermain dengan air mata bersama yang lain terutama mama serta abah, kini dia berdepan dengan orang yang paling dia nak jauhkan diri.

Siapa lagi?

Farhad Shami.

Wajah itu langsung tak pandang dia.

Dengan kekuatan yang ada,

Adwa mendekati Farhad.

" Farhad Shami "

Dan akhirnya mata bertentang.

Hati Adwa sebak tiba-tiba.

Kenapa sulit dia nak pergi saat ini?

Tbc

News : Get ready to reach the end of this story ❤😂 Nak ending yang macam mana?

Triple FWhere stories live. Discover now