7

3.5K 161 3
                                    

Farhad menuang air mineral itu ke dalam cawan. Tiba-tiba rasa haus pula malam buta macam ni.

" Allah! "

Dia berpaling bila dengar suara itu.

" Eh Adwa "

Terkaku gadis itu melihat Farhad yang berdiri di tepi singki. Menyesal pula rasanya ambil tindakan nak turun ke bawah ni.

Kenapa mesti suratan takdir menemukan mereka?

" Nak minum ke? " tanya Farhad.

Adwa cuma mengangguk. Tanpa menunggu lama, dia terus capai cawan dan sebotol air mineral. Baru ingin melangkah pergi, dia tersentak dengan pertanyaan Farhad.

" Kenapa macam nak larikan diri? "

Dari haritu Farhad nak tanya, sejak dari kenduri masa itu dia perasan Adwa seperti tidak ingin mendekati dia tapi bila dengan Farhan boleh sahaja gadis itu bergelak ketawa.

Adwa rasa nyawa dia macam di hujung tanduk dah sekarang ini.

" Mana ada. Adwa busy je. Assignment banyak kan.. "

Melihat Adwa yang tidak memandang diri dia, Farhad rasa sedikit bengang.

" At least bila bercakap,pandanglah Farhad. Dulu Adwa tak macam ni pun " ujar Farhad. Kadang-kadang dia rasa macam kecik hati je.

Adwa menarik nafas dalam. Ya Allah,kuatkanlah hambaMu ini.

Perlahan-lahan dia berpusing memandang Farhad.

Deg!

Farhad rasa tergamam sebab mata itu berkaca.

" Dulu lain, Farhad. Kita semua dah besar. Masing-masing ada life sendiri. Just.. Please stay away " ujar Adwa sebelum meninggalkan Farhad yang terkedu.

Apa tadi tu?

Adwa menangis?

¤¤¤¤

Miza pelik tengok Farhad yang senyap sahaja dari tadi. Sepanjang mereka berada dalam library ni tidak ada satu topik pun keluar dari mulut lelaki itu.

" Weh kau okay? " bisik Miza.

Farhad tersedar bila Miza menegur dirinya.

" Hah? Oh okayy. Sorry weh " Farhad meraup mukanya. Kenapa kejadian malam tadi mengganggu dirinya? Kenapa Adwa suruh dia menjauh?

" Kau ni merisaukan aku . " Selalunya Farhad akan lebih ceria je tapi harini bila tengok muka lelaki tu asyik berkerut je, risau pula.

Farhad senyum kecil. Tiba-tiba hilang segala gusar di hati dia.

" Suka aku ke? Tiba-tiba je nak risau hahaha " usik Farhad.

Miza menjulingkan mata. Farhad memang takkan pernah nak serius kalau orang lain tengah serius. Geram betul.

" Jangan nak merepek ea beruk! Aku lempang kau kang haha "

Farhad dah agak dah reaksi Miza akan jadi macam ni. Sebab itu dia tak boleh nak jujur tentang perasaan dia.

Suasana dalam kereta itu cuma sepi. Farhan sesekali menjeling gadis di sebelahnya. Kenapa senyap je ni?

Pagi tadi pun dia perasan Farhad seakan-akan mengelak daripada gadis ini. Mereka ada masalah ke?

" Dah sampai. Balik nanti call abang. "  Farhan memandang sekitar UM itu.

" Okay. Thanks abang. Susahkan je sampai nak kena hantar jemput ni semua " Adwa senyum kecil.

Baru ingin membuka pintu, Farhan menegur.

" Kalau ada masalah, jangan pendam Adwa. Sebab makin kita pendam, makin kita sakit. Abang kan dah cakap benda ni dulu " Farhan takkan faham Adwa sepenuhnya.

Sebanyak mana gadis ini simpan pun dia takkan tahu.

Adwa terkedu.

" Adwa okay. Abang jangan risau " berdesup gadis itu keluar bagi mengelakkan sebarang pertanyaan.

Farhan mengeluh.

¤¤¤¤

Kerja Farha agak terganggu bila Hafiy muncul. Kenapa mesti mamat ni kerjanya asyik nak mengacau dia? Tak serik ke bila kena dengan Farhad haritu?

" Hai Shakira "

Farha merengus geram.

" Adab takde ke? Tak tahu nak bagi salam? " sindir Farha.

Mendengar ayat Farha itu, Hafiy tersengih serba salah. Salah dia juga sebab excited sangat nak jumpa Farha.

" Hehe sorry. Saya excited sangat nak jumpa awak "

Farha membuat muka bengang.

Kau ingat aku nak sangat jumpa kau? Macam takde kerja lain je.

Hafiy tahu Farha tak selesa. Tapi itu bukan sebab yang akan membuatkan dia menyerah. Mengenali Farha yang keras kepala, dia takkan menyerah.

Selagi dia mampu, selagi itu dia akan cuba gapai hati itu.

Kekadang usaha kalau lebih, hasilnya akan berlipat kali ganda juga. Kan?

Walaupun dia tahu adik beradik gadis ini akan menentang, dia takkan menyerah. Takkan.

Tbc

Triple FWhere stories live. Discover now