" Farhad "
Langkahnya terhenti namun dia langsung tak berpaling. Baginya, melihat wajah itu makin menyakitkan hati dia. Jadi, dia cuma diam dan menunggu.
Farhan mengeluh. Sampai bila ni? Apa salah dia sampai Farhad ibarat menjauhi dia? Kenapa?
" Can we have a talk? "
" Nak cakap apa? Aku penatlah, bang "
Farhan tersentak. Farhad takkan biasakan dirinya dengan panggilan aku. Tapi ini? Dengan nada dingin yang digunakan itu juga membuatkan Farhan terdiam.
" Apa salah abang sampai kau macam larikan diri daripada abang? " desak Farhan. Dia tak suka adiknya melarikan diri. Dia tak suka ada jurang di antara mereka.
Farhad tersenyum sinis. Dia berpaling memandang Farhan di belakang. Nafas ditarik dalam-dalam. Sebulan lebih ini dia tahan sampai tahap dia dah tak mampu.
Tapi bila dia dah okay, kenapa mempersoalkan lagi benda ni?
" You didn't make anything. Aku cuma sibuk belajar dengan assignment berlambak tu. Kau student, takkan tak faham " sindir Farhad.
" Ke sebab Miza? "
Deg!
Farhad terdiam. Wajah tenang abangnya itu menjawab segalanya. Farhan dah tahu!
" Hahahah "
Melihat adiknya gelak macam orang gila itu membuatkan Farhan pelik. Apa yang lawak?
" Dia? Tak penting, bang. Dia milik kau sekarang. Sebanyak mana aku sayang dia, dia tetap pilih kau. Fair? Sangat fair,bang "
Dan Farhan terkaku di situ. Dia hanya memandang Farhad yang meninggalkan dia. Tapi dia nampak mata itu berkaca.
Seperti dah terluka.
Ya Allah Farhan, apa kau dah buat?
Kau lukakan adik kau?
Dengan rampas orang yang dia sayang?
¤¤¤¤
Prangg!
Farhad memandang cermin bilik air itu dengan nafas tak teratur. Tangannya yang berdarah dia langsung tak hiraukan. Sebab sakit di hatinya lebih perit daripada luka itu.
" Arghhh!!! "
Bergema jeritan Farhad.
Shafika berlari ke arah bilik air anaknya apabila mendengar jeritan itu tadi.
" Ya Allah abang! Farhad abang! " Shafika menggoncangkan lengan Farrid supaya menolong dia.
Nama Farhad diulang berkali-kali namun satu sahutan pun tidak diterima. Apa yang terjadi? Kenapa anaknya menjerit?
Farha yang melihat itu turut gelisah. Dia terus berlari keluar cuba untuk mencari kunci pendua bilik air itu.
" Pecahkan "
Shafika memandang Farrid. Seriously!?
" Cepat abang! Kau nak tengok adik kau dalam tu mati ke? " gesa Farrid. Menunggu Farha makin membuatkan hati dia risau.
Farhan yang terpinga-pinga terus berdiri di sebelah Farrid. Semuanya salah dia ke?
Dalam kira satu dua tiga, mereka terus merempuh pintu itu...
Dan mata mereka terbuntang melihat keadaan di dalam itu...
Serpihan cermin yang bertaburan..
Darah yang menitis..
Dan paling tragis..
Farhad yang kaku terbaring...
" Ya Allah! Farhad! "
Terjatuh baju yang dipegang Adwa sambil mata kaku memandang Farah di muka pintu.
" Ap.. Apa mama? "
Farah mengeluh.
" Farhad masuk hospital. Jom "
Sebaik sahaja Farah keluar, Adwa terjelupuk jatuh. Dadanya dipegang kerna tiba-tiba rasa sakit.
Ini ke sebab kenapa dia berdebar dari tadi?
Tapi kenapa Farhad masuk hospital?
Mendengar jeritan mamanya, Adwa terus capai tudung sarung serta barang penting. Tak perlu nak bersolek lama sebab dia risau. Dia kena tahu kenapa tiba-tiba benda ni jadi.
Farhad buat benda tak waras ke?
Ya Allah, mohon dijauhkan.
Farah terus meluru ke arah Shafika yang mengusap tangan Farhad itu.
Melihat Farah , Farrid memberi ruang kepada sahabat baik itu. Dia tersenyum hambar ke arah Adwan. Adwan hanya mampu menepuk bahu Farrid supaya tabah.
" Shhh Shaff. He will be okay. Dia stress sangat je kan. Bagi dia tidur. Rehat cukup-cukup " pujuk Farah apabila Shafika menangis dalam pelukannya.
Farhan diam di sofa. Hatinya dirundum rasa serba salah. Kalau dia tak ajukan soalan tadi, Farhad takkan sakit. Kalau dia tak ambil Miza, Farhad takkan terluka.
Maafkan abang, adik. Aku sayang kau. Tapi aku sayang dia. Aku tak tahu Farhad. Tak tahu nak buat apa.
Dia mengerling memandang Adwa yang diam di sebelah Farha. Mata gadis itu menunjukkan segalanya. Betapa gadis itu risaukan Farhad.
Kenapa Farhad tak nampak permata ini?
Tbc
YOU ARE READING
Triple F
Teen Fiction[ C O M P L E T E D ] Mengisahkan tiga beradik yang ada perangai masing-masing. Farhan Shazwan, si abang yang protective. Farha Shakira, si kakak yang manja serta degil. Farhad Shami, si adik yang perahsia. Apa bakal jadi jika ada kisah cinta tiga...