Laju Farhan menuruni tangga sebab dia dah lambat nak jumpa orang tu. Mesti dah lama tunggu dia ni. Baru sahaja ingin menggapai kunci kereta, uminya menegur.
" Abang nak pergi mana? "
Farhan berpaling.
" Eh umi ! Abang nak jumpa Miza . Sorry tak perasan umi sebab dah lambat ni " Farhan mencapai tangan Shafika sebelum disalam.
Shafika tergeleng kepala. Patutlah kalut semacam budak ni. Nak jumpa buah hati rupanya. Dia mengusap lengan Farhan sebelum menemani anaknya ke pintu." Oh. Nanti kirim salam dia ye. Ajaklah datang rumah, umi nak juga kenal-kenal dengan bakal menantu umi tu " usik Shafika. Dia tergelak kecil bila Farhan menunduk.
Dengar ayat uminya itu membuatkan Farhan malu. Bakal menantu ye? In Sha Allah umi. Kalau takde aral melintang.
" Okaylah. Abang pergi dulu. Apa-apa call okay. Sayang umi! "
Tergeleng kepala Shafika melihat perangai si Farhan ni. Tak ubah macam budak kecil. Kekadang dia rasa sebak melihat anak-anaknya yang semakin meningkat dewasa.
Melihat Farhan yang sudah hampir nak habis belajar. Farha yang sudah pandai jaga diri serta Farhad yang sekarang fokus untuk habiskan belajarnya.
Selepas ini apa?
Dia bakal melihat anak-anaknya kahwin jika dia sempat. Allah! Mengingatkan itu Shafika tak tahu bagaimana nasib anak itu semua.
¤¤¤¤
" 10 minutes late. Sila belanja aku makan harini. " perli Miza sambil memandang jam tangannya.
Farhan menarik nafas dalam sebelum duduk di bangku sebelah Miza. Mereka janji nak keluar tengok wayang harini tapi Miza nak pergi sendiri sebab dia lebih suka macam tu.
Tak cukup kaki Farhan berjalan ke sini sebab dia tahu dia dah lambat. Jalan sesak apatah lagi. Itupun dia dah laju dah tadi.
" Allah ! Sorry lah weh. Boleh je boleh. Kau nak makan apa, cakap je. Aku belikan " Farhan memandang Miza setelah nafasnya teratur.
Mendengarkan itu, Miza tersenyum lebar. Ini namanya rezeki ! Dia dah plan nak makan apa nanti so nak tak nak Farhan kena redha. Hahaha!
" Jomlah masuk. Dah nak mula pun cerita tu " Miza bangun sebelum beriringan dengan Farhan masuk ke dalam.
Hari minggu macam ni sahaja yang mereka ada masa nak keluar macam ni sebab biasanya masing-masing sibuk dengan kelas . Jadi mereka manfaatkan cuti dengan luangkan masa.
Tapi tak selalu sebab Miza kata Farhan kena juga luangkan masa dengan family berbanding dia. Family itu lebih utama berbanding diri dia.
Sebaik sahaja keluar , Miza tergelak.
" Weh aku tak boleh tahan tengok cerita tu. Sakit perut aku gelak tho " Miza mengesat tubir matanya yang berair. Yelah, dah gelak sakan, mahu tak menangis.
Farhan tergeleng kepala melihat budak kecil depan dia ni. Dia senyum melihat betapa humblenya si Miza ni gelak dekat public. Nasib baik sayang weh.
" Jomlah. Makan. Tadi nak sangat suruh aku belanja kau kan " sindir Farhan sebelum berjalan.
Saat ini yang ditunggu oleh Miza !
" Jom. Aku nak makan masakan kampung. Taknak western ke korea ke apa ke. Lapar ni. Lapar tunggu kau pun satu hal " sepanjang mereka berjalan itu, Farhan tadah telinga je dengar Miza membebel.
¤¤¤¤
" Alhamdulillah "
Melihat muka kenyang gadis di hadapan dia, Farhan tergelak kecil. Tak padan dengan badan kecil tapi kuat makan.
" Hana, umi ajak datang rumah. Katanya nak kenal-kenal dengan bakal menantu. Dia.. " tak sempat Farhan habiskan kata-kata, Miza tersedak.
Uhuks!
Miza menepuk dadanya bagi menghilangkan sakit tersedak. Dia tengah minum air masa Farhan beritahu hal tu kot weh. Mana tak tersedak.
Farhan pula kalut melihat keadaan Miza. Eh eh? Dia salah cakap ke sampai budak ni tersedak sangat ni. Tisu dihulur ke arah Miza setelah gadis itu minta.
Miza memandang Farhan lama.
" Bakal.. Menantu? "
Farhan mengangguk.
" Yelah. Sebab nanti kan kau kena kahwin dengan aku "
Dengan wajah selamba Farhan itu, dia menjawab.
Dan Miza?
Tergamam.
Farhan memang betul-betul serius dengan dia.
Tbc
![](https://img.wattpad.com/cover/138594314-288-k903856.jpg)
YOU ARE READING
Triple F
Novela Juvenil[ C O M P L E T E D ] Mengisahkan tiga beradik yang ada perangai masing-masing. Farhan Shazwan, si abang yang protective. Farha Shakira, si kakak yang manja serta degil. Farhad Shami, si adik yang perahsia. Apa bakal jadi jika ada kisah cinta tiga...