" Assalamualaikum " Farhad menghempas tubuhnya ke sofa berdekatan. Ya Allah, hecticnya harini. Kelas memanjang, assignment tak payah cakap.
Letih yang amat sampaikan dia hampir terlena dekat sofa tu sebelum uminya menegur.
" Waalaikumussalam. Eh adik! Pergi masuk bilik kalau nak tidur. Tak malu ke dengan Miza ni? " Shafika menepuk paha anaknya sebaik sahaja meletakkan dulang berisi air itu.
Mendengar sebaris nama itu, Farhad tersentak. Miza datang ke? Dia memandang gadis di hadapan dia yang cuba menahan gelak. Hah sudah! Malu siak!
" Hm adik naik dululah. Hehe " terus laju kakinya berlari naik ke atas. Aduh kau ni Farhad Shami!
Shafika dan Miza tergelak kecil melihat perangai kanak-kanak Farhad itu. Tahu malu! Tadi bukan main nak terlena dekat sofa ni juga.
" Bertuah budak tu. Maaflah Miza, adik tu memang penat sangat agaknya. Geram je umi tengok dia tu. " Shafika menghulurkan secawan air kepada gadis itu.
" Eh takpe umi. Sekarang kan tengah study week, memang biasalah bila hectic day macam ni. " Miza tersenyum kecil.
Rasanya dah lama dia tak lawat wanita di hadapan dia ini. Sejak Farhan beritahu Shafika rindukan dia, dia cuba ambil masa namun terhalang dengan kelas. Nasib baik harini dia free.
Itupun dia dah khabarkan pada Farhan harini dia ingin melawat Shafika. Ingatkan kena marah, sekali dia dilayan dengan baik sekali. Siap disuruh cuba resepi kek baru ni! Hahaha!
" Abang ada cakap Miza nak datang , itu sebab umi masakkan lauk kegemaran Miza. Nanti tengah hari makan dekat sini ye. " Shafika mengusap tangan gadis molek itu.
Lama sungguh rasanya Miza tak datang. Jadi bila gadis ini muncul di hadapan rumah, dia agak teruja.
" Baik umi. Buat susah je sampai umi kena masak pula " segan dibuatnya.
" Takpe. Kejap lagi abah balik, kita makan. Abang pun tak tahu sempat ke tak balik. Kakak dekat atas je tu. Kalau nak jumpa,naiklah. Umi nak pergi sediakan meja makan dulu " Shafika terus bangun meninggalkan Miza untuk menyediakan meja makan.
Miza yang ditinggalkan seorang diri mula bosan. Jadi dia ambil langkah keluar menghala ke laman belakang. Laman belakang ni penuh dengan pokok bunga. Cantik!
Dalam khusyuk dia membelek bunga di situ, tiba-tiba dia disergah dari belakang.
" Hah!! "
" Arghh! "
Miza menekup mulutnya yang terjerit sebelum memalingkan wajah ke belakang apabila terdengar gelak tawa kuat seseorang.
Farhan tergelak kuat sambil memegang perutnya. Ya Allah! Tak sangka fokus sangat gadis dia ni sampaikan terjerit kuat macam tu. Niat nak sergah je, sekali effect dia.. Hahaha!
" Eyyyy Farhan Shazwan!!! " jerit Miza geram.
Dia memukul lengan Farhan berkali-kali sebab lelaki itu masih tak berhenti gelakkan dia. Geram betullah! Buatnya dia kena heart attack macam mana!
" Aduh! Sorrylah Hana.. Hahaha aduhai lawaklah. Kk sorry.. Sakitlahh hahaha " Farhan mengusap lengannya setelah Miza berhenti memukul dia.
Miza menjeling tajam si Farhan ni.
Fuh boleh tembus kalau kena panahan tajam tu.
" Auch! Your glare make my heart so hurt lah bae hahahah " Farhan tergelak apabila Miza acah nak menyepak dia.
" Terkejutlah tahu tak! Kalau pengsan tadi macam mana? Nak jadi bakal duda ke? " marah Miza.
Mendengar perkataan "duda" itu, Farhan tersenyum senget.
" Ohh kiraa nak kahwin dengan aku lah ni kan? Kan? " usik Farhan. Dia mendekati Miza yang semakin ke belakang itu.
Miza cuak. Eh dia salah cakap! Aduh Miza!
Manakala dari jauh Farhad memerhatikan kemesraan abangnya bersama Miza. Alhamdulillah dia buat keputusan yang betul. Dia tersenyum bila Farhan makin mengusik gadis itu sampai naik merah muka tu.
" Sweet kan? "
Farhad memandang ke sisi. Farha yang tersenyum kecil itu membuatkan dia mengangguk.
" Susah nak tengok abang bergurau macam tu dengan perempuan lain " ujar Farhad.
Farha setuju dengan Farhad. Jadi Miza sangat beruntung. Bahkan terlebih beruntung. Farhan bukan lelaki yang biasa dengan perempuan.
" Haih jealous nyaaa " Farha melabuhkan kepala ke bahu Farhad. Lengan adiknya itu dipeluk erat. Well kakak biasa memang lebih rendah daripada adik.
Farhad tergelak kecil. Jealous ek?
" You will get someone better for you, kak. Tunggu je masa tu datang. Tak payah sedih-sedih. "
Farha tersenyum. Dia dah move on dah. Kalau ada jodoh dengan Hafiy, adalah. Kalau tak, move on.
" Kau pun, dik. Bila nak buka mata? Permata tu masih tunggu kau. Jangan sampai nanti permata tu hilang sebab keegoan kau. " perli Farha.
Farhad terdiam. Permata?
Seketika wajah Adwa Farhani terpapar di segenap ruang.
Apa khabar gadis itu?
Rasanya dah lama Adwa mendiamkan diri daripada mereka. Atau mungkin dia sahaja?
Mengingatkan itu, hati Farhad bergetar.
Allah! Rasa apa ni?
" Farhan!!! "
Lenyap semuanya apabila terdengar jeritan Miza dari jauh. Farhad dan Farha tergelak apabila Farhan berjaya menjatuhkan Miza. Ya Allah, tak gentle lah abang mereka ni.
Namun mereka tersenyum bila Farhan menolong Miza bangun sebelum..
Zzap!
" Hahahahah "
Farha dan Farhad terus tergelak melihat abang mereka jatuh ke dalam kolam renang itu. Hahahah!
Nice Miza nice!
Tbc
YOU ARE READING
Triple F
Novela Juvenil[ C O M P L E T E D ] Mengisahkan tiga beradik yang ada perangai masing-masing. Farhan Shazwan, si abang yang protective. Farha Shakira, si kakak yang manja serta degil. Farhad Shami, si adik yang perahsia. Apa bakal jadi jika ada kisah cinta tiga...
