Prolog

7.2K 207 8
                                    

Lahirnya Farha Shakira membuatkan Farhan menjadi seorang abang yang begitu melindungi adik perempuannya. Dia melihat Farha membesar bahkan dia lihat bagaimana mata bundar itu memandang dirinya.

Lahir pula Farhad Shami membuatkan Farha rasa kedudukannya goyah di mata abangnya. Dia takut dia bukan lagi adik kesayangan lelaki itu.

Namun, Farhan tidak pernah membezakan mereka berdua. Dia layan selayaknya dan seadilnya.

Namun apa akan jadi bila masing-masing dah besar dan mula berjauhan?

Ketiadaan Farhan sepanjang 3 tahun kerna dia menetap di asrama membuatkan Farha mula berkenal rapat dengan seorang lelaki.

Sering kali Farhad menasihati kakaknya namun Farha langsung tidak makan saman.
Dibiar sahaja berlalu.

Dan apabila dua hati yang menyayangi seorang gadis mula bergaduh?

Mula meretakkan hubungan adik beradik yang terjalin rapat itu?

What will happen to them?

Mampu ke si adik terima?

Mampu ke Shafika dan Farrid melayan kerenah Triple F mereka?

Sebab harta sahaja pun boleh menyebabkan hubungan adik beradik putus apatah lagi ini soal hati dan ego.

_______________________________________

Saksikan kisah mereka dalam Triple F.

Nak cakap awal-awal ni, Farhan sekarang dah 19tahun manakala Farha 17tahun and Farhad 16tahun.

Adwa Farhani pula 18tahun. Miza Farhana as well sebaya dengan Farhad.

Maybe aku dah ubah sikit umur dorang sebab rasa macam tak logik sangat nanti. So jangan pening2 ye anak-anak hahaha 😂

Dan disebabkan ramai yang tak sabar nak Triple F ni diupdate. Sis update malam ni. Hahaha ❤ Not March. But at the end of February. Lols

Triple FWhere stories live. Discover now