40

6.1K 233 31
                                    

" Aku terima nikahnya..... "

Dan kini Farha sah menjadi isteri kepada Hafiy. Dengan sekali lafaz, maka terlerailah ikatan pertunangan mereka diganti dengan ikatan perkahwinan yang sah.

Air mata yang mengalir itu dikesat oleh Hafiy. Dia tahu betapa banyak dugaan mereka dan kini akhirnya dia lega Farha menjadi milik dia. Dan dia janji akan menjaga gadis ini sepertimana yang dia katakan.

Farha tak dapat nak tahan sebak bila Hafiy menyarungkan cincin. Kalau dulu, Hafiy suka mengusik dia sampaikan dia rasa lelaki itu cuma main-main tapi kini tidak. Sejujurnya dia bersyukur Hafiy pemilik hati dia yang sah.

" Congratsss " Miza memeluk erat tubuh Farha.

Farha tergelak kecil. Mak buyung ni tak padan dengan kandungan dah 7 bulan pun masih aktif macam takde apa-apa.

" Kak long ni macam aktif sangat. Mengalahkan mak buyung lain " ujar Farha.

" Memang pun. Abang pun risau tengok dia ni. Tapi kekadang nanti mulalah merungut sakit itu sakit ini. Haih nasib baik sayang " bebel Farhan.

Miza cuma buat muka tak bersalah. Dah memang dia teruja sangat harini, nak buat macam mana kan.

" Congrats kak. All the best for you bro nak hadap perangai drama queen Farha ni " Farhan menepuk bahu Hafiy sambil tergelak.

" Hahahah I will bang. Farha ni senang je nak handle. Don't worry hahah "

Farha mengecilkan matanya. Tahu yang Farhan dan Hafiy mengusik dia. Sengajalah dorang ni tahu tak. Cuba jangan nak usik dia tiap hari. Hish.

Miza cuma menggeleng kepala. Farhan ni nak jadi ayah orang pun masih budak-budak lagi perangai tu. Tiba-tiba dia rasa lengan dia dipaut.

" Awhhh so cutelah Miza dengan baby bump ni. Comelll " Adwa menyentuh sambil menunjukkan riak wajah teruja dia.

Semua tergelak. Aduhaii.

" Mohon kahwin cepat. Hahaha " balas Miza.

Adwa menjulingkan matanya.

" Next month kak long. .Next month kita kahwin ye hahaha " Farhad menjawab bagi pihak Adwa.

" Korang ni macam member-member je abang tengoklah " Farhan pelik je tengok si Adwa dengan Farhad ni. Takde gaya macam tengah tunang.

Farha mengangguk setuju. Kekadang nak tengok budak dua ni mesra, memang takkan dapat sebab layanan peh macam member-member jumpa dekat kedai mamak tu hah.

" Well bro, segala jenis gula tu kita tuang bila dah kahwin nanti. Kan halal hahah " Farhad mengelak apabila Adwa ingin memukul dia.

Bengang je Adwa dengan Farhad ni. Suka nak merepek tahap petala ketujuh tu hah. Eyy benci tahu tak.

Mereka yang melihat keadaan itu cuma mampu tergelak sahaja. Baru je cakap tadi kan. Hah ginilah. Aduhaii pening.

¤¤¤¤

Sebulan berlalu dan Farhad sendiri dah sah dengan Adwa. Dia rasa macam sekejap sahaja sebulan tu dan akhirnya kini Adwa milik dia.

Faham tak perasaan tu?

Macam kau tunggu something then tiba-tiba dah dapat? Hah like thatlah.

Farhad memandang Adwa yang tidur di sisinya. Dia tak tahu kenapa hari ni dia langsung tak mengantuk. Jadi dia memilih untuk memandang seraut wajah yang tenang itu.

Bila fikir balik, Adwa ni cantik. Tapi kenapa dia tak nampak? Mungkin masatu dia masih buta lagi.

Patutlah selama ni Adwa sangat kisahkan dia. Apa dia buat, apa dia belajar dan salah pasti Adwa akan bantu dan bila dia sakit, Adwalah paling risau sampaikan bawakan dia ubat serta makanan.

Triple FWhere stories live. Discover now