Kang Seol Min sebagai Pembaca/ Watak Utama dalam fanfiction ini.
"Kau keluar daripada rumah ni! Dasar perempuan tak tau malu!". Ibu saudaraku yang bernama Aunty Jung menolakku hingga ke luar rumah ini sehingga terjatuh tersungkur di atas lantai. Asalnya rumah ini adalah kedua orang tuaku.
Aunty Jung dan anak perempuannya Lee Minyoung membaling beg berisi pakaianku dan Minyoung menjelingku sambil mentertawakan aku.
"Hey, perempuan! Kau jangan berani lagi datang ke rumah ni lagi!.. aku tak nak perempuan kotor macam kau ni ada kat dalam rumah ni!". Jerit Aunty Jung.
"A-Aunty.. sumpah saya tak menjalinkan apa-apa hubungan malah melakukan perkara jijik tu dengan teman lelaki Minyoung! S-Saya semalam tak ada kat dalam rumah.. saya pergi ke kedai--"
"Alah, kau jangan nak bagi alasan lah bodoh! Kau blah jelah! Kau fikir aku tak nampak ke apa kau buat dengan boyfriend aku semalam kat ruang tamu! Dasar perempuan gatal.. berani betul kau cuba nak goda Jimin!. Jerit Minyoung.
"Saya tak buat benda kotor tu. Tolong.. tolong jangan buat macam ni pada saya aunty.. ini je satu-satunya harta pusaka omma dan appa kepada saya. Saya dah tak ada sesiapa selain kamu berdua". Kataku sambil menangis teresak-esak dan memeluk kaki Aunty Jung dengan merayu.
Aunty Jung menolakku lagi sehingga aku terjatuh membuatkan lutut pada kaki kananku tercalar dan sedikit luka.
Aku menangis.
"KAU JANGAN DATANG SINI LAGI FAHAM!". Jerit Aunty Jung.
Mereka berdua segera masuk ke dalam rumah semula dan menghentak pintu dengan kuat. Mereka membiarkan aku di luar.
"K-Kenapa.. kenapa hidup aku macam ni?"
"Apa salah aku Ya Tuhan? Selama ini aku dah banyak melakukan kerja dan membantu mereka tetapi yang mereka balas pada aku ialah menghalau aku dari rumah orang tuaku. Kini, aku sudah tiada sesiapa untuk meminta tolong.."
"Di mana harus aku tinggal? Bagaimana aku perlu cari makan? Aku ditinggalkan begitu sahaja.."
"Dari dulu Aunty Jung dan Minyoung bencikan aku. Semasa omma dan appa hidup, Aunty Jung berpura-pura baik pada omma. Omma aku dan Aunty Jung adalah adik beradik"
"Sumpah, aku tidak pernah menjalinkan hubungan, melalukan perkara senonoh apatah lagi bercakap dengan lelaki! Aku sama sekali tidak dibenarkan pergi ke sekolah sejak 4 tahun lalu.."
"Aku dipaksa untuk berhenti sekolah kerana perlu melakukan kerja di rumah. Kali terakhir aku pergi ke sekolah semasa aku berumur 16 tahun.. kini aku sudah berumur 20 tahun.."
Aku berdiri dan mengangkat begku dengan tangan yang sakit akibat impak ditolak tadi.
"Maafkan saya omma.. appa.. Seolmin tak dapat pertahankan hak kita. Mereka seolah-olah merampas segala-galanya dari kita. Seolmin rasa sedih sangat dan sakit hati.. s-sampai hati mereka buat begitu pada kita". Kataku seorang diri.
Aku berjalan di sepanjang pinggir jalan raya ini dengan hujan yang turun dengan gerimis.
Aku asyik mengenang nasibku.
Aku buntu.
Aku tidak pernah ada teman dan aku sering dikurung di dalam rumah itu seperti di dalam penjara.
YOU ARE READING
unwanted love • k.th [C]
Fanfiction• pertemuan yang tak disangka dan timbul perasaan yang tidak sepatutnya dirasai antara dua pihak • • taehyung × readers •