Hari ini merupakan hari kepulangan Taehyung dari Jepun. Aku telah menantinya dengan lama dan sabar. Perasaan rindu melanda dalam diriku ketika dia tiada di sini untuk menemani aku.
Aku dan keluarga Taehyung sedang menunggu ketibaannya di lapangan terbang ini. Hatiku rasa berdebar-debar setiap kali teringat akan wajah Taehyung.
"Sabar Seolmin-ah, kejap lagi Taehyung datang--"
"Taehyung dah sampai rasanya~". Kata omma. Aku terkejut dan segera mencari susuk tubuh Taehyung. Dari jauh, aku ternampak Jungkook, Puan Ming, serta beberapa staf yang lain. Sudah tentu wartawan dan peminat akan mengerumuni mereka. Aku masih tercari-cari di manakah keberadaan Taehyung.
Aku berasa agak risau. Aku ingin mendekati Jungkook untuk menanya tentang Taehyung namun gagal kerana wartawan sibuk menanya mereka. Begitu juga dengan Puan Ming.
"Mana Taehyung ni?"
"Seolmin-ah~".
Aku terdengar suara bisikkan yang amat aku kenal. Suaranya garau, halus dan kedengaran merdu. Aku segera menoleh kepalaku.
"Annyeong~". Taehyung senyum nakal pada aku.
"Yah!". Aku memukul lengan Taehyung.
"Ow! Sakitlah~". Taehyung berpura-pura membuat wajah sedih.
"Awak ni takutkan saya je tau.. huhu.. saya ingat awak tak balik. Saya rindukan awak~" Aku mula berasa sedih kerana aku sangat merisaukan keadaannya dan merindukannya.
"Saya saja nak kejutkan awak sebab tu saya muncul dari belakang awak. Nah, bunga untuk awak~ em.. saya ni tak lah romantik sangat tapi cukup sekadar ni untuk saya buktikan yang saya cintakan awak. S-Saya pun rindukan awak~". Katanya. Aku berasa terharu dan senyum padanya.
Dia memberi sejambak bunga itu kepada aku dengan tangan yang menggigil akibat perasaan yang gementar. Aku ketawa kecil, "Gomawo Taehyung oppa~". Kataku. Taehyung senyum gembira dan memegang tanganku.
"Oh? Tangan awak sejuklah Taehyung.. awak demam ke?". Aku meletakkan tapak tanganku pada dahinya untuk merasai suhu badannya. Dahinya agak panas dan aku memandang wajahnya dengan ekspresi yang sedang risau.
"Wajah awak pucat dan nampak lesu.. awak mesti tak cukup rehat kan?". Kataku.
"Aniyo.. kwaenchana--"
"Jom balik sekarang ya? Saya nak awak rehat secukupnya. Saya jaga awak arasseo?". Kataku. Taehyung rasa bersalah dan memeluk pinggangku, "Saya tak nak susahkan awak~". Bisiknya.
"Tak lah~ awak ingat tak masa saya sakit dulu? Awak yang jaga saya jadi, biar saya pula yang jaga awak". Kataku. "Itu.. Maddie yang jaga awak bukan saya". Katanya.
"Alah.. tak kisah". Kataku. Taehyung hanya mengeluh dan terpaksa akur dengan arahanku.
Omma dan appa memandang kami dari jauh, "Tengok tu.. saya tengok diorang ni bahagia je kan?". Kata omma pada appa. "Biasalah tu, orang yang bercinta dan baru nak kahwin ni masih kuat ikatan cintanya. Saya cuma berharap hubungan mereka akan berkekalan". Kata appa.
"Saya berharap yang Taehyung dah fikir masak-masak untuk berkahwin dengan Seolmin". Sambung appa lagi pada omma.
Omma senyum, "Seolmin tu baik orangnya. Saya tak faham kenapa ahli keluarganya sendiri buang dia. Saya rasa lega sekarang sebab tak lama lagi dia akan jadi sebahagian dari keluarga kita berbanding dia perlu tinggal dengan ibu saudaranya yang kejam tu. Kita kena jaga Seolmin macam anak kita juga". Kata omma.
Appa ketawa kecil, "Saya dah lama anggap dia macam anak saya sendiri". Kata appa dan dia senyum pada omma.
---
YOU ARE READING
unwanted love • k.th [C]
Fanfiction• pertemuan yang tak disangka dan timbul perasaan yang tidak sepatutnya dirasai antara dua pihak • • taehyung × readers •