33;

2.3K 172 19
                                        

"Saya dah tak nak naik roller coaster lagi!.. ah~ pening kepala saya". Kataku. Aku berjalan dengan perlahan-lahan seperti orang sedang sakit dan kepalaku pening. Taehyung membawa aku pergi ke kerusi dan kami duduk di situ.

"Kwaenchana?". Soalnya dan dia rasa bersalah kerana membawa aku menaiki roller coaster itu. Taehyung mengeluh dan dia mengusap rambutku dengan lembut.

"Saya ok.. cuma pening sikit.." Kataku dengan kepala sedang tunduk.

"Maafkan saya.." Kata Taehyung dan dia memandangku dengan penuh rasa bersalah.

"Kenapa awak minta maaf kat saya?". Soalku dengan hairan dan aku mendongakkan kepalaku untuk melihat wajahnya.

"Saya paksa awak naik roller coaster tu dengan saya.. sepatutnya saya dengar cakap awak. Sekarang awak dah sakit--"

"Aniya~ saya tak sakit. Saya cuma pening sebab roller coaster tu asyik pusing-pusing". Kataku dengan senyuman. Aku tidak mahu kecewakan Taehyung kerana sepatutnya kami harus berseronok hari ini.

Taehyung mengeluh, "Arasseo~ kita jangan naik roller coaster lagi ok?". Katanya.






"Aku tak nak kecewakan dia.."






Aku memandangnya, "Taehyung-ah~ jom cuba permainan lain?". Kataku dengan ceria dan aku bangun dari kerusi ini sambil memegang tangannya. Taehyung berasa hairan.

"Uh.. awak tak apa-apa ke?". Kata Taehyung.

"Saya ok~ awak tak perlu risau ok? Saya nak kita berseronok je hari ni". Kataku dengan senyuman.

Taehyung senyum, "Baiklah~". Katanya. Aku menarik tangannya supaya dia bangun dari kerusi itu.

"Lepas ni kita nak pergi mana?". Soalku. Aku memeluk tangannya.

"Saya nak kita berehat dulu lah~ kita pergi makan dulu ok?". Kata Taehyung.

"Bagus~ perut saya pun dah lapar ni haha". Aku ketawa.

"Aigoo~". Kata Taehyung.












Di Kafe

Aku dan Taehyung makan hidangan barat yang sama iaitu, burger, kentang goreng dan macaroni cheese beserta dengan air Coca Cola. Kami makan dengan penuh selera sambil borak-borak kecil.

"Hmm.. rasanya saya dah malas nak main permainan seterusnya.. kita bertolak terus ke Namsan Tower je eh? Tak elok kalau main ketika baru habis makan. Nanti perut rasa mual dan muntah pula". Kata Taehyung dengan senyuman pada bibirnya.

"Ya, betul~ saya pun dah tak larat sebab kaki saya rasa sakit dah sebab asyik berjalan tadi". Kataku dengan setuju pada pendapat Taehyung.

"Saya cuma nak bahagiakan awak hari ni dan luangkan masa yang lebih dengan awak. Kita lagi 2 bulan nak kahwin~". Katanya.

"Oh~ cakap pasal kahwin ni em.. bila kita nak berbincang lagi pasal majlis perkahwinan kita? Takkan kita berdua tak buat apa-apa?". Soalku.

"Omma dan appa kata, kita tak perlu buat apa-apa sebab diorang dah uruskan semuanya. Kita cuma perlu pilih warna tema je. Omma kata dia tak nak buat majlis terlalu besar-besaran dan hanya jemput saudara-mara kita dan kawan-kawan yang terdekat je. Omma tak suka pihak media yang datang nanti". Kata Taehyung.

"Omma yang kata macam tu pada awak ke?". Kataku.

"Mhm~ dia bagitau saya secara personal masa awak sedang sibuk cuba gaun pengantin awak hari tu dengan Taeyoon noona". Kata Taehyung.

unwanted love • k.th [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang