16;

3K 256 41
                                    

"Omma plan nak buat majlis biasa-biasa je.. omma tak suka buat terlalu grand sebab omma tak biasa dengan orang ramai. Cameraman dan wartawan pun tak nak. Kita jemput saudara mara dan kenalan yang terdekat je". Kata ibu Taehyung.

Taehyung senyum, "Baiklah.. saya pun tak suka terlalu ramai orang. Saya nak kan privasi dan luangkan masa kita bersama pada majlis perkahwinan kami nanti". Katanya.

"Appa pun setuju". Kata bapanya pula.

Aku hanya diam dan senyum.

"Macam mana Seolmin? Awak setuju tak?". Soal omma Taehyung pada aku pula.

"Saya setuju apa saja cadangan yang kalian beri. Saya hanya ikut sahaja. Lagipun, ini merupakan pengalaman baru bagi saya hehe". Kataku.

Omma Taehyung senyum dan mengusap lembut bahuku sambil senyum lebar.

"Saya nak tengok menantu baru saya ni berpakaian elegan dan cantik pada hari perkahwinannya nanti! Tak sabarnya!". Katanya ibunya dentan teruja.

Aku ketawa kecil dan kami semua sembang dengan gembira pada masa itu.






"Seolmin?". Soal Taehyung.

Aku masih berangan sambil melihat pemandang dari luar jendela kereta ini dengan fikiran kosong.

"Seolmin!". Taehyung meninggikan sedikit suaranya agar aku tersedar.

Aku terkejut dan berhenti mengelamun. Aku segera memandang wajah Taehyung.

"Kenapa? Ada apa?". Soalku dengan hairan.

"Kau fikirkan apa tu?". Soal Taehyung.

"Tak ada apa-apa lah.." Kataku dengan memberi senyuman kecil.

"Kau tak perlu takut pasal perkahwinan tu. Kau rileks je". Katanya selamba.

"Lepas ni, kita berdua akan memikul tanggungjawab yang sangat besar". Kataku.

Taehyung diam seketika dan memandu keretanya dengan cermat.

"Aku tau". Jawabnya ringkas seperti tidak merasai atau risau tentang hal ini.

"Awak tak risau ke untuk menjadi seorang suami atau bapa suatu hari nanti?". Soalku.

"Tak". Jawabnya.

"Hm.. kalau dia cakap 'tak' maksudnya dia ok je kot. Dia kan lelaki mestilah berani"


Aku hanya senyum pelat dan menganggukkan kepala.

"Tapi, saya takut". Kataku.

Taehyung memandangku selama beberapa saat kemudian dia memandang ke hadapan semula.

"Kenapa?". Soalnya pula.

"S-Saya tak tahu macam mana jadi seorang isteri yang baik untuk awak". Kataku.

"Kau jaga makan minum aku dan kemas rumah tu pun dah cukup baik untuk aku". Katanya.

Aku hanya senyum dan memandangnya.

"Taehyung-ah, saya nak minta maaf kalau selama ni saya pernah susahkan awak atau sakitkan hati awak sepanjang saya bekerja dengan awak". Kataku.

"Kenapa kau cakap macam tu?". Katanya.

"Kita kan dah nak berkahwin? Saya tak naklah kita kahwin dalam keadaan benci antara satu sama lain. Walaupun awak kahwin saya sebab bukan mencintai saya, tapi saya harap kita boleh berbaik?". Kataku dengan air mata mula berkumpul di kelopak mataku dan akhirnya perlahan-lahan mengalir di pipiku.

unwanted love • k.th [C]Where stories live. Discover now