27;

2.5K 188 14
                                    

Semalam aku menjaga Taehyung sehingga aku tertidur bersama dengannya di atas katil. Aku terlalu mengantuk dan akhirnya mataku terlelap. Sepanjang malam tadi, aku berasa sangat lena tidur di sini.

Pada pagi ini aku masih menutup mata sambil berdengkur halus. Manakala, Taehyung berdengkur dengan kuat.

Aku tidur mati jadi, agak susah untuk aku terbangun kecuali kalau aku tidur-tidur ayam.

Taehyung memeluk tubuhku dari belakang membuatku berasa selesa kerana aku berada dalam dakapannya. Aku rasa selamat dan tidak keseorangan.

Tetapi, tangan Taehyung perlahan-lahan meraba dari pinggang sehingga ke punggungku yang menyebabkan aku terjaga.

"Siapa sentuh bontot aku pagi-pagi buta ni--"

Aku membuka mataku sepenuhnya kerana berasa kurang selesa dan rimas dengan sentuhan kurang elok ini.

Taehyung masih tidur nyenyak dan berdengkur. Aku menjelingnya, "Aish.. ni mesti dia tengah mengigau ni"

Aku bangun dari katil ini dan melepaskan diri dari dakapannya. Mujur dia tidak terbangun. Aku memandang wajahnya.

"Tidur pun masih handsome ke?"

Aku hanya senyum.





Aku mengambil keputusan untuk pergi ke kamarku semula untuk mandi dan bersiap. Aku perlu masak sarapan dengan segera.

Selepas beberapa minit, aku sudah pun selesai mandi. Aku berasa sangat segar dan dingin selepas mandi. Aku telah siap memakai baju yang lebih selesa dan menyikat rambutku dengan kemas.

Kemudian, aku terus berjalan keluar dari kamarku. Aku pergi ke kamarnya dan menjeling untuk melihat keadaan Taehyung. Di masih berdengkur dan matanya terpejam.

"Ok.. Taehyung masih tidur"

Seperti biasa, aku akan pergi ke dapur untuk masak.

Aku hanya masak omelette beserta dengan roti bakar untuk Taehyung. Sebentar lagi aku akan pergi ke kamarnya untuk melihat keadaannya. Aku perlu periksa suhu badannya lagi kerana semalam dia demam panas.

Semalam, aku hanya memberi pil untuk melegakan sakit demamnya itu.

Selepas beberapa minit, aku telah siap masak sarapan untuk kami berdua. Aku bawa 2 pinggan itu ke kamarnya.

Aku masuk ke dalam biliknya lagi dan Taehyung masih tidur lena namun, dia kelihatan tidak selesa.

Aku segera meletakkan pinggan ini ke atas meja dan aku berjalan menghampiri Taehyung.



Aku terpaksa memasukkan tanganku ke dalam bajunya dan memegang tubuhnya untuk merasai suhu badannya.

Aku berasa agak kecewa kerana demamnya masih belum hilang.

"Aigoo.. kasihannya"

"Taehyung-ah.. ireona~". Kataku dan aku membuka selimutnya.

"Hm.. j-jagiya.. sejuklah.." Kata Taehyung. Dia menarik selimut itu semula.

"Ya.. saya tahu. Awak demam lagi ni". Kataku.

Taehyung perlahan-lahan membuka matanya dan dia bangun lalu melakukan posisi duduk. Dia menyandar tubuhnya pada dinding dan dia memandang aku dengan tidak bermaya.

"Saya ada sentuh badan awak tadi sebab saya nak check suhu badan awak. Awak demam lagi". Kataku dengan perlahan.

"Ah.. patutlah saya rasa sejuk semacam. Padahal, air-cond tak buka pun. Kipas pun tak buka juga". Kata Taehyung dengan lesu.

unwanted love • k.th [C]Where stories live. Discover now