"Kamu berjumpa dengan sepupu kamu semula?". Soal omma dengan hairan.
"Ya.. omma~ saya rasa lega sangat bila dia dalam keadaan yang baik". Kataku.
Omma senyum dan memegang tanganku, "Baguslah kalau macam tu.. tapi omma dia macam mana? Dia bukannya bencikan kamu ke?". Kata omma.
"Hm.. saya tak taulah omma. Dia sekarang tengah sakit tenat dan dia kat hospital sekarang ni. Saya nak berjumpa dengan dia tapi saya bimbang dia akan marahkan saya dan kesihatan dia semakin merosot". Kataku
Omma hanya mampu menenangkan aku dan senyum simpati, "Omma faham perasaan kamu. Tapi, kamu perlu jenguk dia sebab dia sedang sakit. Dia masih keluarga kamu". Kata omma dengan memberi nasihat padaku.
"Saya memang teringin nak jenguk dia sebab saya nak pastikan dia sihat. Saya sentiasa risaukan dia sejak saya tau dia sedang sakit tenat sekarang". Kataku.
"Kamu berjumpa dengan sepupu kamu dan minta dia temankan awak ke hospital esok. Semoga ibu saudara kamu cepat sembuh ya?". Kata omma lagi.
"Saya pun harap macam tu. Terima kasih omma". Kataku dengan senyuman lemah.
"Sama-sama~ jangan bersedih ya? Kita perlu banyak bincang ni hehe.. awak dan Taehyung akan berkahwin tak lama lagi". Kata omma dengan memberi semangat padaku agar aku tidak berasa risau lagi.
Taehyung sedang membantu ayahnya di garaj iaitu terletak di belakang rumah. Sebentar lagi dia akan ke sini.
Taehyung
Aku sedang tolong appa membersihkan keretanya yang berhabuk. Appa ada 3 buah kereta jadi aku perlu membantunya. Maklumlah, dia sudah berusia dan tidak larat untuk berdiri lama dan bertunduk kerana badannya mudah berasa sakit dan lenguh.
Appa tidak mahu berdiam diri sahaja dan dia memeriksa keadaan enjin keretanya.
"Taehyung-ah, macam mana hubungan kamu dengan Seolmin?". Soal appa secara tiba-tiba kerana tadi kami berdua berdiam diri sahaja.
Aku memandangnya seketika kemudian meneruskan kerjaku. "Em.. kami baik-baik je. Kenapa appa tanya?". Kataku.
"Tak ada apa-apa.. saja tanya. Mana lah tau kamu tiba-tiba berubah hati nak dengan perempuan lain pula?". Kata appa dengan nada gurau.
"Ish.. kenapa appa cakap macam tu?". Kataku dengan gelak yang kekok.
Appa senyum, "Kamu dulu kan suka bercinta lepastu tak lama kemudian kau putus hubungan dengan pasangan kau. Lama-kelamaan, datang buah hati baru lagi". Kata appa.
"Tu dulu lah appa.. masa tu saya tak matang lagi dan tak pernah berfikir panjang. Sekarang, saya dah sedar dan mula berfikiran matang. Saya pilih Seolmin sebab dia ada ciri-ciri wanita yang sejati, dia baik dan sebab tu saya sukakan pada dia". Kataku dengan senyuman malu.
Appa senyum, "Baguslah kalau kamu kata macam tu. Appa dah boleh nampak sikap kamu yang semakin dewasa. Lagipun, appa suka Seolmin sebab dia sangat menghormati orang tua dan dia seorang baik. Kamu patut bersyukur sebab dia hadir dalam hidup kamu". Kata appa dengan nasihat yang berguna.
Aku senyum.
"Kamu jaga dia baik-baik dan jangan sakitkan hati dia. Kalau gaduh-gaduh kecil tu perkara biasa. Bergaduh yang buat kamu semakin sedar, hubungan menjadi erat dan dapat mengenali antara satu sama lain dengan lebih dalam. Tapi, perasaan marah tu kena kawal jangan terlalu ikut perasaan". Kata appa lagi.
"Oh.. saya dah faham sekarang. Terima kasih atas nasihat appa". Kataku dengan senyuman.
"Appa cuma nak kamu berdua bahagia selamanya, arasseo?". Kata appa.
YOU ARE READING
unwanted love • k.th [C]
Fanfic• pertemuan yang tak disangka dan timbul perasaan yang tidak sepatutnya dirasai antara dua pihak • • taehyung × readers •