23;

2.7K 214 3
                                    

Di lapangan terbang Incheon

Hari ini, Taehyung dan Jungkook serta beberapa stafnya akan pergi ke Jepun untuk melakukan penggambaran. Kami sempat pergi ke lapangan terbang untuk menemani Taehyung.

Omma dan appa menemani aku hari ini untuk menemankan Taehyung ke lapangan terbang.

"Omma, appa~ tolong jaga Seolmin ya? Saya akan balik cepat kalau semuanya dah selesai". Kata Taehyung kepada kedua orang tuanya.

"Jaga makan, jaga tidur dan berehat secukupnya arasseo?". Kata omma.

Taehyung senyum, "Arasseo". Jawabnya.

Appa hanya senyum, "Jaga diri ya?". Kata appa.

"Ne, appa". Kata Taehyung lagi.

Taehyung menyorong bagasinya dan aku berjalan menemaninya sehingga ke pintu masuk skan beg sahaja. Kami berhenti berjalan dan kami memandang antara satu sama lain.

Ramai peminat berada di lapangan terbang serta wartawan dan mereka sempat mengambil gambar kami. Maklumlah, Taehyung seorang yang terkenal di Korea.

Aku memandang Taehyung dengan senyuman manis dan sebelum dia berangkat untuk pergi, aku memberi sebuah kotak yang agak besar dan mengandungi barang istimewa kepadanya.

"Apa ni?". Soal Taehyung dengan hairan.

"Awak cuma boleh buka bila tiba kat dalam kapal ok?". Kataku.

Taehyung senyum sinis, "Arasseo". Katanya dengan gelak.

Aku senyum.

"Gomawo". Katanya dengan suara yang perlahan. "Sama-sama". Kataku.


Taehyung memegang erat bagasinya namun, raut wajahnya jelas sedang kecewa dan berasa bersalah untuk meninggalkan aku di sini.

Jungkook menanti Taehyung di pintu masuk skan bag itu.

"Kenapa awak masih tercegat kat sini? Pergilah dengan Jungkook dan manager awak tu. Nanti awak tertinggal pesawat". Kataku dengan tenang. Padahal dalam hati sangat sakit untuk membiarkan dia pergi walaupun dalam beberapi hari sahaja. Aku berasa sangat berat hati melihatnya pergi.

"Bogosipeoyo~". Kata Taehyung dengan perlahan dengan kecewa.

"Nado bogosipeoyo. Saya akan tunggu awak". Kataku dengan perlahan dan memegang tangannya sambil mengusapnya dengan lembut.

"Saya dah ajar awak macam mana cara nak guna video call kan? Nanti call saya tau ataupun awak chat je. Kalau saya tak chat atau balas call awak maksudnya saya dah mula kerja dan sibuk. Mianhae". Kata Taehyung dengan agak kecewa.

"Saya dah tahu macam mana nak guna telefon tu sikit-sikit. Jangan risau saya faham. Awak fokus pada kerja ya?". Kataku.

Taehyung senyum dan mengusap rambutku.

"Bye". Kata Taehyung ringkas.

Dia mula menyorong bagasinya dan menoleh badannya.



"Jap!--"

Aku menarik tangannya dan Taehyung memandangku lagi.

"Kenapa?--"

Aku mencium pipinya.

Taehyung terkejut.

"Oh?.."

"Bye bye~ saya akan tunggu awak balik~. Fighting!". Kataku dengan senyuman dan menahal perasaan gementarku.

Taehyung senyum manis, "Arasseo". Katanya.

Jungkook hanya senyum melihat kemesraan kami.

unwanted love • k.th [C]Where stories live. Discover now