CJ&M Entertainment
"Taehyung oppa! Taehyung oppa!". Peminat menjerit nama Taehyung.
Ketika itu, kami sedang keluar daripada kereta ini. Tempat parkir ini agak sesak akibat peminat yang sedang berkumpul. Aku berasa kurang selesa.
Aku sedang memakai topeng hitam pada mulutku agar mereka tidak tahu bagaimana rupa wajahku. Manakala, Taehyung hanya memakai topi hitam.
Ketika kami keluar dari kereta, terdapat beberapa lelaki bertubuh sasa melindungi kami agar peminat tidak cuba menganggu kami.
Peminat-peminat itu asyik menjerit nama Taehyung.
Peminat-peminat Taehyung sempat mengambil gambar kami dan aku menundukkan kepala. Taehyung tiba-tiba memegang tanganku dengan erat.
"Jangan cuba mengambil gambar mereka. Sila beredar dari tempat ini". Kata salah satu lelaki bertubuh sasa itu pada peminat-peminat Taehyung.
Aku berasa ingin keluar dari tempat ini dengan segera. Lecehnya jadi artis yang terkenal ini.
Kami meninggalkan tempat ini dan segera berjalan menuju ke agensi. Setelah tiba, tempat ini agak aman berbanding tadi kerana di sini pengawasannya agak ketat.
Jungkook sedang menunggu kami di hadapan pintu masuk bangunan agensi tempat Taehyung bekerja ini. Dia siap bercermin mata agar tiada yang cam wajahnya juga. Lelaki-lelaki tadi masuk ke dalam agensi kerana mereka tidak mahu mengganggu perbualan kami.
Jungkook ternampak kami dan senyum.
"Hyung, Seolmin-ah~ akhirnya korang berdua dah sampai!". Kata Jungkook.
Kami berdua berjalan mendekatinya.
"Apahal kau ni happy sangat?". Soal Taehyung dengan hairan pada Jungkook.
"Aku bukan happy. Aku dah agak kau mesti kesian punya kat aku! Sebab tu kau ikut arahan aku kan?". Kata Jungkook sambil ketawa.
"Aku buat semua ni atas arahan Seolmin juga. Dia yang nak join aku". Kata Taehyung.
"Eh, kau tak boleh 'join' tapi kau memang wajib kena datang pun!". Kata Jungkook dengan nada gurau pada aku.
"Ah~ yakah? Taehyung tak cakap dengan saya yang saya kena wajib datang?". Kataku.
"Dia saja tak bagitau kau sebab dia sayangkan kau katanya~". Jawab Jungkook sambil memerli Taehyung.
"Yah! Jangan buang masa. Lagi cepat kita selesai buat persidangan, lagi cepat aku dapat balik. Jom masuk!". Taehyung mengomel.
"Eleh.." Jungkook menjelingnya.
"Aigoo~ korang berdua ni kalau tak gaduh sehari memang tak sah ke?". Kataku sambil ketawa.
"Kitaorang kan bestfriend forever, LAH SANGAT~". Jawab Jungkook dengan nada perli lagi.
Taehyung menjeling Jungkook.
"Ok, kita kena masuk sekarang. Mesti wartawan tu dah tunggu kita lama kat dalam bilik persidangan kan?". Kataku.
Jungkook menganggukkan kepalanya.
Akhirnya, kami bertiga segera masuk ke dalam agensi ini. Tiba-tiba, kami diiringi dengan lelaki-lelaki yang sama lagi.
"Taehyung-ah~ mereka ni siapa?". Soalku dengan hairan.
"Diorang bodyguard saya. Mereka selalu ada dengan saya kalau saya pergi mana-mana supaya peminat dan wartawan tak ganggu saya". Kata Taehyung.
"Oh~". Jawabku.
YOU ARE READING
unwanted love • k.th [C]
Fanfic• pertemuan yang tak disangka dan timbul perasaan yang tidak sepatutnya dirasai antara dua pihak • • taehyung × readers •