20;

3K 238 8
                                    

Aku berada di dalam kamarku berseorangan.

Aku sedang duduk di atas katilku sambil menghirup secawan kopi suam. Aku memandang ke luar jendela sambil melihat langit yang sudah mula gelap.

Aku masih sedih kerana Aunty Jung masih tidak berubah dengan sikapnya yang dulu.





"Kenapa mereka bencikan aku? Apa salah aku?"






Aku meletakkan cawan minumanku di atas meja.

"Seolmin-ah~ saya nak masuk boleh?". Katanya dia sebalik pintu bilikku.

"Masuklah~". Kataku.

Pintu itu perlahan-lahan dibuka menunjukkan susuk tubuhnya. Taehyung menunjukkan senyumannya pada aku.

Aku juga senyum.



"Awak tak apa-apa?". Soal Taehyung. Dia duduk di sebelahku dan memandangku.

"Saya tak apa-apa Taehyung". Kataku dengan senyuman lemah.

"Saya faham perasaan awak bila dibenci seperti tu. Saya rasa marah dan tak puas hati sebab ada orang yang sanggup halau awak dan bertindak kejam terhadap awak padahal awak seorang baik". Kata Taehyung.

"Ibu saudara saya dengki pada ibu saya. Sebab itu, dia juga benci kepada saya". Katanya.

"Kenapa?". Soalnya kerana masih kurang faham.

"Ibu saudara saya dan ibu saya adalah adik beradik kandung. Pada mulanya, ibu saudara saya sepatutnya berkahwin dengan bapa saya pada ketika itu. Ibu saudara saya sukakan bapa saya. Tetapi, bapa saya cintakan ibu saya sebab tu mereka berkahwin. Sebab tu ibu saudara saya mula bencikan ibu saya dan dengki dengan segala ibu saya lakukan". Kataku.

"Ketika saya dilahirkan, ibu saudara saya juga bencikan saya sama seperti dia benci pada ibu saya. Ibu dan bapa saya meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya semasa saya kecil. Aunty Jung yang menjaga saya. Dia pilih kasih dan selalu memarahi saya tanpa sebab. Dia mendera saya semasa saya kecil. Katanya saya sama seperti ibu saya". Kataku dengan sedih.





"Saya tak sangka masih wujud lagi manusia kejam macam tu. Awak jangan risau Seolmin, saya ada dengan awak. Saya akan berada di sisi awak. Saya harap dia takkan muncul dalam hidup awak lagi". Kata Taehyung dan dia memeluk aku.

Aku berasa terharu dan setitis air mata mengalir pada pipiku.

"A-Awak nangis ke?". Soal Taehyung dengan risau.

"Aniya.. saya ok". Aku ketawa kecil dan lap air mataku.



"Tak apa, awak nangis lah sepuas hati awak yang penting hati awak rasa lega. Saya cuma risaukan keadaan awak. Saya tak nak awak ada tekanan emosi. Saya sayangkan awak". Katanya.

Hatiku rasa berbunga-bunga dan jantungku berdegup kencang apabila mendengar luahan hatinya. Aku senyum sendirian.

"Saya sayang awak juga Taehyung. Terima kasih". Bisikku.

Taehyung senyum dan mengusap lembut rambutku, "Awak tak perlu berterima kasih pada saya~". Katanya.

Aku memeluknya dengan erat dan merasai dakapannya.

Taehyung mengusap lembut pada belakang tubuhku agar aku berasa tenang.






"Awak tau tak apa persamaaan awak dan omma saya". Soalnya dan melepaskan pelukan. Taehyung memandangku sambil senyuman manis.

Aku berasa keliru, "Persamaan? Kami berdua adalah.. perempuan? Em.. ataupun kami berdua ni ada personaliti yang sama?". Kataku sambil ketawa kerana sejujurnya aku tidak pandai menjawab teka-teki.

unwanted love • k.th [C]Where stories live. Discover now