44;

1.8K 156 5
                                    

Selepas 2 minggu

Beberapa orang yang hadir memakai pakaian serba hitam sebagai tanda berkabung. Keluarga Taehyung juga hadir sebagai tanda hormat atas pemergian ibu Minyoung serta merupakan ibu saudaraku juga.

Minyoung meratapi kubur ibunya sambil menangis. Aku dan Taehyung sentiasa menemaninya dikala dia duka. Jimin yang sedang berdiri di sebelah Minyoung merangkul pinggang Minyoung sambil memujuknya.

Aku juga menangis dan Taehyung memelukku bagi menenangkan aku.

"Minyoung-ah.. uljima.. omma awak mesti dah bahagia kat atas sana.. dia mesti tak suka tengok awak bersedih macam ni. Awak harus tabah Minyoung". Kata Jimin padanya.

"Saya rindu omma.." Kata Minyoung.

"Saya faham perasaan awak.. semua orang dah rindukan dan sayangkan ibu awak". Kata Jimin. Minyoung diam, hanya bunyi tangisannya kedengaran.

Jimin cuba untuk tidak menangis kerana dia tidak mahu menunjukkan perasaan sedihnya terhadap Minyoung. Jimin mengusap-usap belakang tubuh Minyoung.

"Jimin-ah.." Kata Minyoung.




"Ne?". Soalnya.

"Saya rasa senang hati bila omma sudah boleh 'rehat' dan 'tidur' selamanya.. sebab.. omma dah tak perlu rasa kesakitan yang dia alami selama ni". Kata Minyoung.

"Ya.. betul cakap awak.. dia sudah bahagia di atas sana bersama dengan orang-orang yang baik". Kata Jimin.






Selepas beberapa minit, majlis berkabung sudah selesai dan beberapa orang telah pergi dengan mengucapkan takziah kepada aku dan Minyoung.

"Seolmin.. omma nak ucap takziah pada pemergian ibu saudara kamu.." Kata omma dengan simpati dan dia memelukku. Appa, Taeyoon, suaminya serta anak lelakinya juga datang.

"Terima kasih omma.." Kataku dengan perlahan sambil menangis tersedu-sedu.





Omma mengusap-usap rambutku, "Kamu jangan terlalu bersedih ya? Omma dan appa ada dengan kamu". Katanya. Aku memberi senyuman dan memeluk omma dengan erat seperti tidak mahu melepaskannya.

Taehyung hanya memandang aku dan omma yang sedang berpelukan dengan senyuman. Dia tidak mahu mengganggu masa berduaanku dengan omma.







Omma melepaskan pelukan dan memandangku, "Kamu pergilah bertegur dengan Minyoung ya? Omma dan appa tunggu kamu kat sini". Kata omma. Aku lap air mataku dan menganggukkan kepalaku, "Arasseo.." Jawabku.






Aku hendak berjalan mendekati Minyoung tetapi Taehyung memegang tanganku. "Biar saya teman awak--"

"Biarkan dia luangkan masa bersendirian dengan sepupu dia dulu, Taehyung". Tegur omma.

Taehyung memberi senyuman kekok pada ibunya dan perlahan-lahan melepaskan tangannya dari tanganku. Aku senyum lemah dan mengalihkan pandangan dari Taehyung lalu berjalan menghampiri Minyoung.







Jimin ternampak aku dan dia melepaskan sentuhannya dari Minyoung.

"Jagiya.. saya tinggalkan awak dan Seolmin seketika ya? Awak berbual lah dengan dia". Kata Jimin pada Minyoung.

Minyoung hanya menganggukkan kepalanya dan kepalanya masih menunduk memandang kubur ibunya.





Jimin pergi dan berjalan mendekati aku, "Gomawo.." Kataku dengan perlahan padanya. Jimin senyum, "Sama-sama". Balasnya dengan ringkas. Dia berjalan melepasiku dan mereka meninggalkan kami seketika.





unwanted love • k.th [C]Where stories live. Discover now