Jungkook
Si Taehyung tak guna tu mengarahkan aku untuk datang ke rumahnya untuk menemani kerana dia keseorangan. Katanya, Seolmin keluar sekejap kerana dia perlu beli pil ubat demam di farmasi.
Disebabkan aku kawan baik dia maka, aku sanggup datang rumah dia pada waktu ini. Sepatutnya waktu macam ni aku dah lama terlentang atas katil dan tidur. Ataupun, aku main permainan video.
Tetapi tak mengapa, aku sebenarnya tak kisah pun. Ketika ini, aku sedang parkirkan kereta di hadapan rumahnya kemudian aku keluar dari keretaku. Aku menekan butang kunci keretaku untuk menguncikan kereta itu.
Ketika aku hendak pergi ke pintu rumahnya, aku ternampak Seolmin dan sebuah kereta hitam berhenti di hadapannya. Jendela kereta itu diturunkan dan seorang lelaki sedang bercakap dengannya namun, aku gagal untuk melihat wajahnya kerana kurang jelas.
Dalam kereta itu gelap sangat.
"Bukan sepatutnya.. Seolmin dah pergi sekarang? Kenapa dia masih kat sini? Taehyung call aku 20 minit yang lalu.. katanya dia dah keluar dan pergi kedai?"
"Hm..."
Aku bersembunyi di sebuah halangan yang mampu menghalang tubuhku.
Mood Seolmin kelihatan agak baik dan dia naik kenderaan tersebut lalu perlahan-lahan kereta itu bergerak dan akhirnya telah pergi dari pandanganku.
"Bukan dia keluar seorang diri ke? Siapa lelaki tu?"
"Maybe kawan lama dia kot.. hmm.. perlu ke aku bagitau Taehyung?". Kataku sendirian.
Aku tidak mahu membuang banyak masa dan berjalan menuju ke pintu rumahnya. Taehyung mesti dah lama tunggu aku.
---
Seolmin
"Oh! Restoran ni.. dah lama aku tak pergi. Kali terakhir kita pergi sini masa kita umur 16 tahun kan?.. aku paling suka jjajjangmyeon kat sini! Gerai ni paling terbaik~". Kataku dengan gembira.
Gerai tepi jalan ini walaupun nampak biasa-biasa, namun bagiku ia adalah nostalgia dan kenangan paling indah bagiku ketika aku masih remaja. Waktu itu paling menyeronokkan.
Jimin hanya ketawa melihat gelagatku. "Aku tahu kau akan suka bila aku bawa kau kat sini. Balik dari sekolah je mesti kau akan minta aku temankan kau pergi sini". Kata Jimin dengan senyuman.
Aku senyum dan Jimin mempelawa aku duduk di sebelahnya. Seperti biasa, aku akan pesan jjanjjangmyeon kesukkanku di sini. Jimin juga pesan yang sama kerana dia juga jjajjangmyeon di sini.
Sementara menunggu makanan tiba, kami berbual kosong.
"Boyfriend kau masih sakit ke?". Soal Jimin.
"Ya, dia masih sakit.. em.. aku nak belikan ubat demam dia nanti kat farmasi selepas kita siap makan. Boleh kau hantarkan aku kat farmasi paling dekat kat sini?". Kataku.
"Boleh, aku akan hantarkan kau kat sana". Jimin senyum.
Aku juga senyum.
"Hm.. Taehyung tau tak kau keluar dengan aku?". Soal Jimin.
Aku senyum kekok dan menggelengkan kepala, "Tak.." Jawabku ringkas.
"Kenapa kau tak bagitau dia?". Kata Jimin dengan sedikit terperanjat.
"Aku takut dia marah dan tak izinkan aku keluar dengan kau. Dulu kan dia pernah marah kau kan?". Kataku.
Jimin menganggukkan kepala, "Ya.. masa kau larikan diri dari aku, Taehyung sempat ugut aku. Dia kata, "Kalau dia sakit hati sebab kau, siaplah kau" dan masa tu aku pun rasa benci dan geram pada dia sebab.. hm.. er.. uh.. tak ada apa-apa lah.." Jimin cuba tidak mengungkit hal yang lalu dan dia hanya senyum kekok.

ANDA SEDANG MEMBACA
unwanted love • k.th [C]
Фанфик• pertemuan yang tak disangka dan timbul perasaan yang tidak sepatutnya dirasai antara dua pihak • • taehyung × readers •