"Oh? Seolmin? Ada apa call saya ni?". Soal Minyoung.
"Mianhae kalau aku kacau kau.. em.. aku dan Taehyung nak ke hospital untuk jenguk omma kau, boleh tak?". Kataku.
"Oh~ boleh em.. kau nak datang sekarang ke?". Soal Minyoung.
"Em.. mungkin lagi setengah jam sebab aku perlu bersiap dulu hehe". Kataku sambil gelak.
"Oh baiklah hehe~". Jawab Minyoung ringkas dengan bunyi gelaknya.
"Kau jaga omma kau sorang-sorang ke?". Soalku.
"Em.. malam semalam Jimin ada teman saya jaga omma kat sini.. tapi pagi tadi dia dah balik apartmen sebab katanya, dia ada kerja". Jawab Minyoung.
"Oh macam tu~ omma kau tengah buat apa sekarang?". Soalku lagi.
"Em.. macam biasalah dia baring je. Dia rasa penat dan lemah.. dan dia cuma bangun bila nak makan, nak ke tandas atau pergi ke bilik pemeriksaan je.. aku risaukan keadaan omma sekarang~". Kata Minyoung dengan nada suara yang agak kecewa.
"Kau kena banyak bersabar dan berdoa ya? Aku harap omma kau semakin sembuh~". Kataku.
"Terima kasih Seolmin.." Katanya.
"Sama-sama, Minyoung-ssi.. em.. aku pergi dulu ya? Nanti kau hantar mesej no bilik wad kau ok? Aku akan ke sana". Kataku.
"Baiklah.. annyeong"
"Annyeong~". Kataku dan menamatkan talian.
Aku mengeluh seketika, "Aku harap Aunty Jung tak marah atau mengamuk bila terjumpa aku.. hmm". Kataku dengan seorang diri. Hatiku berasa risau dan resah kerana bimbang akan reaksi Aunty Jung bila ternampak kehadiranku di situ nanti.
---
Hospital
Aku dan Taehyung berjalan menuju ke sebuah bilik wad iaitu bilik Aunty Jung. Sebelum kami masuk, aku mengetuk pintu sebanyak beberapa kali.
Taehyung memandangku, "Awak cuba bertenang ya?". Katanya.
"Ne~". Jawabku dengan senyuman.
Selama beberapa minit, pintu ini dibuka dan menunjukkan susuk tubuh Minyoung yang sedang berdiri di hadapan kami. Dia memberi senyuman kepada kami sebelum menjemput kami masuk ke dalam bilik wad ini.
Aku dan Taehyung masuk dan duduk di sebuah sofa.
"Korang dah lama sampai ke?". Soal Minyoung dengan suara yang perlahan kerana tidak mahu mengejutkan Aunty Jung dari tidurnya.
"Tak lah, kami baru sampai". Kataku.
"Ok, aku kejutkan omma dulu ya?--"
"Eh, tak payah! Biarkan dia berehat dulu.." Kataku.
"Minyoung? Siapa tu?.."
Aunty Jung terbangun dari tidurnya dan badannya mula bergerak untuk pusing.
"Alamak. Pabo Seolmin! Tak pasal-pasal orang dah terbangun sebab kau!"
Taehyung hanya mampu mendiamkan sambil melihat situasi yang sedang berlaku sekarang.
Minyoung segera mendekati ibunya dan mengusap rambutnya, "Em.. ada orang datang melawat omma~". Kata Minyoung dengan lembut.
"Siapa?". Soal Aunty Jung dengan mata yang belum dibuka penuh.

ANDA SEDANG MEMBACA
unwanted love • k.th [C]
Fanfiction• pertemuan yang tak disangka dan timbul perasaan yang tidak sepatutnya dirasai antara dua pihak • • taehyung × readers •