"Apa??". Jimin terkejut apabila mendengar kata-kata yang dikeluarkan oleh Minyoung iaitu teman wanitanya sendiri.
"Apahal korang halau Seolmin dari rumah ni? Korang tak sedar ke apa korang dah buat? Kau halau dia dari rumah omma dan appa dia!'. Jimin memarahi Minyoung di hadapan Aunty Jung.
"Sampai hati awak marah saya macam ni.. teruk sangat ke saya ni di depan mata awak? Kenapa awak tetap sebut nama perempuan tak guna tu!". Minyoung jerit.
"Kalau korang nak tahu eh.. aku dan Seolmin tak buat perkara yang kau fikirkan!.. kenapa kau fikir sampai macam tu sekali hah? Kau fikir aku ni tak ada maruah apa nak buat perkara jijik tu. Aku dan Seolmin dah kawan lama sejak kecil!". Jerit Jimin kembali pada Minyoung.
"Yah! Jangan berani kau marah anak aku ya? Kau fikir kau tu siapa!". Marah Aunty Jung kepada Jimin.
Jimin ketawa, "Hey.. makcik! Sepatutnya kau fikir pasal hidup kau sebab kita tak tahu bila kita akan mati! Kau fikir harta tu dapat bawa masuk kubur ke? Dan lagi satu, kau fikir aku nak sangat ke dengan anak kau ni? Kau ajar dulu anak kaulah! Dasar gatal! Mak dengan anak sama je! Sejak bila aku bercinta dengan kau Minyoung? Kau memang saja kan nak buat cerita pada Seolmin?". Tengking Jimin.
"J-Jimin.."
"Sudahlah Minyoung! Aku akan cari Seolmin dan dapatkan balik hak dia ke atas rumah ni!. Korang tak layak pun duduk rumah ni! Hey.. makcik dengar sini! Sudah-sudah lah tu dengki kat orang.. dan aku bukan nak bersikap biadab tapi disebabkan aku dah lama simpan perasaan marah ni demi menjaga hati Seolmin, aku sanggup buat apa saja. Seolmin tu ahli keluarga kau bukan anjing jalanan untuk kau halau dia! Dasar bodoh!". Kata Jimin.
Aunty Jung terkejut mendengar kata-kata Jimin yang kasar. Mereka berdua hanya diam menahan geram mereka.
Tanpa membuang masa, Jimin keluar dari rumah itu.
"Kurang ajar punya jantan!". Aunty Jung jerit dengan kemarahan.
"Tsk.. tak guna.. apa betina tu dah buat pada Jimin hah?". Kata Minyoung pula.
"Yah! Kenapa kau pilih lelaki macam tu? Macam tak ada jantan lain je kat dunia ni! Pilih lah anak CEO ke? Anak kerja yang bergaji besar? Kau pergi pilih Jimin buat apa? Dia bukan kerja gaji besar pun!". Bebel Aunty Jung pada anaknya.
"Ish.. orang taulah! Omma fikir Minyoung ni apa? Kenapa bukan omma je kahwin baru?". Kata Minyoung pada ibunya. Minyoung berasa tertekan dan berjalan masuk ke dalam kamarnya lalu menghentakkan pintu.
Aunty Jung memandang anaknya dengan jelingan, "Ada anak tapi tak berguna!". Katanya pula.
"Seolmin dah pergi mana eh?" Kata Aunty Jung di dalam hatinya.
---
Seolmin
Aku berjalan menuju ke kamar Encik Kim dengan kemeja dan seluar yang telah siap diseterika serta tali leher yang telah disediakan oleh aku.
Aku senyum, "Encik Kim~ saya ada bawa pakaian encik~". Kataku.
Aku memusingkan tombol pintunya dan membukanya tanpa diketuk terlebih dahulu.
Aku berasa terkejut kerana ternampak Encik Kim hanya sekadar bertuala dibahagian bawah tubuhnya sahaja dan tanpa sengaja mataku yang suci ini melihat pada otot abdomennya A.K.A 6 PACKS!.
Encik Kim terkejut, "WOI!". Jeritnya.
Aku segera menutup pintu ini semula dengan malu. Kedua pipiku mulai rasa hangat kerana malu akan kelakuan gilaku ini.
"Maaf, Encik! S-Saya tak sengaja nak buka pintu ni--"
"Lain kali ketuk pintu dululah bengap!". Jerit Encik Kim di sebalik pintu ini.
YOU ARE READING
unwanted love • k.th [C]
Fanfiction• pertemuan yang tak disangka dan timbul perasaan yang tidak sepatutnya dirasai antara dua pihak • • taehyung × readers •