Dari tengah hari sehingga petang sekarang aku tidak bercakap dengan Taehyung. Aku hanya masak makanan untuknya kemudian makan bersama tetapi kami langsung tidak buka mulut untuk bercakap.
Aku sangat kecewa ke atas kelakuan Taehyung.
Aku baru selesai mandi dan telah selesai bersiap kemudian, aku keluar dari bilikku. Wajahku masih muram dan aku masih sakit hati.
Ketika Taehyung keluar dari biliknya dengan berbaju tebal, wajahnya kelihatan semakin pucat. Aku memandangnya. Dia memandang aku selama beberapa saat kemudian dia menundukkan kepalanya.
Dia kelihatan kecewa dan dia menoleh kembali untuk masuk ke dalam biliknya.
Aku merisaukan keadaannya.
Aku segera memegang tangannya dengan kuat dan menarik tangan Taehyung agar dia tidak masuk ke dalam biliknya.
Taehyung menoleh pada aku dan memandangku dengan hairan.
"Apa kau nak--"
Aku segera meletakkan tapak tanganku pada dahinya dan juga merasakan suhu tubuh pada lehernya. Dia diam seketika sambil memandangku. Dia memandangku tanpa mengerdip mata langsung.
Aku terdengar keluhan Taehyung.
"Mari ikut saya ke bawah.." Aku perlu memberi ubat demam pada Taehyung sebelum demamnya semakin teruk. Kalau esok belum sembuh lagi, aku akan bawanya ke klinik.
Taehyung menempis tanganku.
"Aku tak nak makan ubat.." Taehyung menjelingku.
Aku marah, "Yah! Awak jangan nak degil boleh tak? Sementara saya masih ambil perhatian awak, lebih baik awak dengar cakap saya. Kalau saya dah marah, saya nak tengok muka pun tak nak tau! Awak kena ikut saya, faham!". Kataku dengan meninggikan suara.
"Aku lagi tua dari kau, hormat aku boleh tak?". Kata Taehyung.
Aku menjelingnya, "Diam. Saya tak nak dengar awak cakap!". Kataku dan mengheretnya dengan memegang tangannya lagi.
"Yah.. yah!". Taehyung mengomel.
"Saya kata diam kan?". Kataku lagi dengan lebih tegas. Taehyung mendiamkan diri dan terpaksa mengikuti aku sahaja.
Kami tiba di dapur dan aku mengarahnya untuk duduk di kerusi dekat meja makan ini.
Aku segera mengambil secawan air dan mengambil ubat yang beli dari farmasi tadi. Aku memberi 2 biji ubat demam ini dan beri padanya.
Taehyung memandangku seketika.
"Apahal pandang saya? Makanlah". Kataku.
Taehyung mengeluh dan dia makan ubat itu lalu minum air yang aku beri padanya. Dia selesai minum satu cawan air dan meletakkannya di atas meja.
"Saya risau tengok awak sakit macam ni.. tolong dengar cakap saya. Kalau esok awak demam lagi, saya akan hantar awak ke klinik arasseo?". Kataku.
"Apahal kau nak risau sangat kat aku? Aku boleh pergi klinik sendiri esok. Aku dah makan ubat jadi, kejap lagi aku sihat". Taehyung mengalihkan pandangannya dari aku. Dia masih marahkan aku.
"Awak masih marahkan saya ke?". Soalku dengan kecewa.
Taehyung diamkan diri.
"Taehyung mengada betul lah!"
Aku mengeluh, "Baiklah. Awak boleh teruskan marah saya, awak benci jelah pada saya.. saya tak kisah. Saya penat nak bergaduh macam ni. Kalau awak nak saya keluar dari rumah awak pun boleh, saya akan keluar sekarang dan cari tempat tinggal lain. Saya akan pergi dari hidup awak dan awak boleh cari perempuan lain yang lebih bagus dari saya--"
![](https://img.wattpad.com/cover/143599219-288-k330608.jpg)
YOU ARE READING
unwanted love • k.th [C]
Fanfiction• pertemuan yang tak disangka dan timbul perasaan yang tidak sepatutnya dirasai antara dua pihak • • taehyung × readers •