Kami telah selesai membeli-belah bersama Taeyoon unnie. Boleh tahan juga Taeyoon unnie punya rambang mata. Dia beli baju dan sepasang seluar yang agak banyak manakala aku hanya beli sehelai blaus sahaja.
Bukan itu sahaja, Taeyoon unnie sempat membeli mekap dia kedai lain. Aku hanya mengikutinya dan mempelajari sedikit tentang mekap darinya.
Eunwoo pula asyik meroyan kerana ingin membeli mainan dan sudah mulai penat kerana asyik berjalan. Akhirnya, kami mengambil keputusan untuk pergi ke kedai makan.
Selepas selesai makan tengah hari, kami terus pergi ke sebuah taman permainan berhampiran dengan kondominium di sana.
Ketika kami keluar dari kereta, Eunwoo sudah melarikan diri dan meninggalkan kami.
"Yah! Eunwoo!". Omma dia mengomel.
Eunwoo sudah berada di buaian dan dia hanya ketawa memandang kami.
Aku senyum gembira dan segera berjalan menghampirinya.
"Omma! Omma! Marilah main dengan saya!". Kata Eunwoo dengan gembira.
"Omma dah penatlah Eunwoo. Awak main jelah ok? Seolmin nuna teman kamu tu. Omma nak duduk kat sini dulu ya?". Kata Taeyoon unnie dengan penat akibat berjalan lama tadi.
Aku masih bertenaga untuk layan si Eunwoo. Dia bangun dari buaian ini dan berlari menuju ke tempat permaianan yang menyeronokkan iaitu ada sebuah gelongsor yang panjang dan tinggi.
Eunwoo segera naik untuk mencubanya.
"Hati-hati Eunwoo~". Kataku.
"Ne!". Jawabnya.
Aku berada di hujung gelongsor untuk mencapai tubuhnya agar tidak terjatuh ke atas lantai.
Eunwoo mula duduk di atas gelongsor itu dan dia perlahan-lahan dia mula turun ke bawah. Eunwoo ketawa gembira dan akhirnya dia sudah tiba ke bawah. Aku segera memeluknya agar tidak jatuh.
Taeyoon unnie hanya senyum memandang kami.
Eunwoo memeluk aku dan ketawa.
Aku juga ketawa.
"Seronok ke Eunwoo?". Soalku.
"Seronok! Nak lagi!". Katanya dan berlari menaiki gelongsor itu lagi.
Selepas beberapa minit, aku sudah mula penat dan ingin berehat.
"Eunwoo-yah~ nuna dah penat ni. Kita berhenti main gelongsor ok? Eunwoo main permainan lain pula". Kataku.
"Alah.." Katanya dan memuncungkan bibirnya.
Taeyoon unnie sudah rehat dengan secukupnya dan dia bangun dari kerusi itu lalu berjalan mendekati aku.
"Kwaenchana, biar saya pula teman dia main. Awak pergilah rehat dulu". Katanya dengan senyuman.
"Ne". Jawabku dan aku berjalan menuju ke kerusi yang sama tadi dan duduk di atas kerusi itu. Akhirnya, aku dapat rehat seketika.
"Ahh~ bestnya dapat rehat kejap.."
Aku mengeluarkan telefonku untuk periksa jika Taehyung ada menghantar sebarang mesej kepada aku.
Taehyung ❤
(Message from 45 minutes ago)
Seolmin-ah!
Tengok lah hasil gambar photoshoot boyfriend awk yg handsome ni ;)
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.