Majlis Pertunang Maddie
Aku dan Encik Kim telah tiba di rumahnya dengan berpakaian kemas dan elegan. Maklumlah, majlis itu nanti dijemput dengan orang-orang berjawatan VIP dan kebanyakannya ialah artis yang dijemput oleh Maddie sendiri.
Keluarga kedua belah pihak juga sudah semestinya hadir.
Terdapat juga beberapa wartawan dan tukang mengambil yang hadir. Encik Kim berada sedikit risau dengan kehadiran wartawan-wartawan di sini.
Aku dan Encik Kim hanya berpura-pura tenang.
Malam ini, aku mengenakan dengan gaun bewarna merah yang dibeli oleh Encik Kim untukku.
Aku berasa kurang selesa dengan memakai pakaian yang menonjolkan bentuk badanku kerana tidak biasa.
"Aish.. tak boleh ke aku pakai baju biasa je?"
Encik Kim pula siap berpakaian kemas dan tuxedo. Rambutnya didandan kemas.
Malangnya, aku sedang mengalami masalah ketidakselesaan tentang pakaian ini pada tubuhku.
"E-Encik Kim.. saya rasa tak selesa lah pakai baju ni.. saya rasa tak biasa". Kataku dengan bisikan.
Encik Kim hanya membuat muka yang tenang, "Alah.. tak apa. Lagipun, kita tak lama kat sini". Katanya.
Aku hanya menuruti kata-katanya dan mengikuti jejak Encik Kim.
Aku dan Encik Kim berjalan menuju ke kawasan rumahnya dengan majlis ala-ala orang istana kerana hiasannya sangat cantik dan elegan.
Suasana agak meriah dengan kehadiran orang ramai.
Orang ramai memandang kami. Aku berasa sangat malu dan kekok. Aku tidak biasa melihat orang memandangku dengan semacam.
Encik Kim senyum manis dengan menunduk hormat pada senior, dan orang ramai. Aku juga mengikuti rentak gerak-geri Encik Kim dengan senyuman mani juga.
Mereka senyum dan menunduk hormat.
Ada yang pandang dengan jelingan kerana kemungkinan berpunca dari kontroversi yang sedang Encik Kim alami sekarang. Kami berdua hanya mampu berpura-pura tiada apa berlaku.
Orang ramai masih tidak tahu tentang 'wanita' dalam gambar kontroversi itu. Padahal, ia adalah aku.
Jungkook juga hadir, dia sedang berbual-bual dengan beberapa kenalannya. Dia juga kelihatan segak pada malam ini. Jungkook menoleh dan ternampak kami lalu memberi senyuman manis.
Jungkook meminta izin untuk berundur seketika dan berjalan menghampiri kami. Dia senyum.
"Taehyung-ah! Akhirnya kau datang juga~". Katanya sambil memegang bahu Taehyung dengan sedikit pukulan ringan pada bahunya seperti sedang bergurau.
Encik Kim hanya senyum.
Aku berasa kekok dan hanya diam.
"Oh.. hm.. macam mana?". Soal Jungkook pada Encik Kim dengan bisikkan. Aku berasa hiaran pada mereka berdua dan tidak mahu masuk campur.
"Macam mana apa?". Kata Encik Kim.
"Aish dia ni.. buat tak tahu pula! Pasal perkahwinan paksa tu lah!". Jungkook cuba perlahan suaranya agar tiada sesiapa terdengar.
"Nanti aku cakap". Kata Encik Kim.
Jungkook memberi senyuman sinis dan hanya menganggukkan kepalanya, "Ok". Katanya.
"Kenapa Encik Kim? Ada apa-apa masalah ke?". Soalku padanya.
"Em.. er.. tak ada apa-apa. Cuma boys talk. Kau tak faham". Katanya.
![](https://img.wattpad.com/cover/143599219-288-k330608.jpg)
YOU ARE READING
unwanted love • k.th [C]
Fanfiction• pertemuan yang tak disangka dan timbul perasaan yang tidak sepatutnya dirasai antara dua pihak • • taehyung × readers •