Pada pagi itu, aku baru selesai mandi dan bersiap. Aku keluar dari kamarku dan ternampak Encik juga baru keluar dari biliknya juga tetapi dia kelihatan seperti baru bangun tidur.
Rambutnya kelihatan agak serabai. Encik Kim ternampak aku dan berhenti berjalan.
Dia segera mengalihkan pandangannya. Encik Kim abaikan aku dan dia sedang berdiri menghampiri pintu kamarnya. Dia langsung tidak memandangku.
Aku hanya berjalan melimpasi tubuhnya dan segera turun ke bawah untuk masakkan sarapan. Tak pasal-pasal aku kena marah lagi. Aku berasa semakin bersalah terhadapnya kerana hal semalam.
Selepas beberapa minit, aku telah siap masak sarapan dan meletakkannya di atas meja makan. Kebetulan pada masa itu, Encik Kim telah selesai bersiap berpakaian kemas.
Encik memakai cermin mata hitamnya dan topi untuk menutup sedikit wajahnya. Dia berjalan menuju ke pintu.
"Dia nak pergi mana awal pagi ni? Baru pukul 7:15 pagi kot?"
"Em.. Encik tak nak makan sarapan dulu ke?". Soalku.
"Aku tak lapar". Balasnya ringkas.
"Tapi.. nanti Encik--"
Dia keluar dan menutup pintu itu. Aku hanya mampu mengeluh, "Dia keluar macam tu je?". Kataku dengan perasaan geram.
"Dasar jantan biadab"
"Nasib baik aku masak satu sarapan je. Aku makanlah~"
---
Rumah Jungkook
"Aku rasa kan.. lebih baik kau kahwin dengan Seolmin". Katanya.
Taehyung hampir tersembur air oren yang sedang dia minum. Taehyung segera meneguk airnya. Jungkook memandangnya dengan hairan.
"KAU GILA KE!?". Kata Taehyung dengan meninggikan suaranya.
"Apahal pula gila? Daripada kes ni terus berlangsung sampai menjejaskan reputasi dan kerja kau, lebih baik kau kahwin dengan dia? Lepastu, hilang lah segala fitnah dan spekulasi merapu semua tu? Aku cakap benda logik". Kata Jungkook.
"HAHAHAHAHAHA~ NO. Kau tengok muka aku ni ada tertarik ke dengan orang gaji aku sendiri ke hah? Aku takkan buat benda bodoh macam tu lah". Kata Taehyung dengan jelingan.
"Apa lagi yang kau tak suka pasal Seolmin hah? Aku tengok dia tu 'full package' macam kau inginkan. Dia baik, peramah, sopan, comel, pandai masak, pandai kemas rumah, pandai ambil hati family kau dan yang paling penting! Dia natural lawa dan badan dia.. fuhhh!. Dia sebijik macam Maddie cuma dia rendah lah sikit sebab.. Maddie kan model? Seolmin orang biasa". Kata Jungkook dengan bangga.
"Kau jangan jadi bodoh boleh tak? Sampai bila kau nak merepek? Aku tak suka kat Seolmin lah! Dia dan Maddie tak sama dan jauh beza!". Bebel Taehyung.
"Taehyung, kau dengar sini. Maddie dah nak bertunang lusa ni.. so, kau dah tak boleh jadikan Maddie sebagai milik kau dah. Lagipun, Maddie cintakan teman lelaki dia tu. Perempuan yang istimewa dah ada depan mata buat apa nak cari lagi?". Kata Jungkook dengan senyuman sinis.
"Kau fikir soal kahwin ni main-main ke? Ni soal perasaan. Aku langsung dan tak ada sedetik pun rasa cinta pada Seolmin. Aku cuma anggap dia orang gaji aku je ok?". Katanya.
"Terpulang pada kau. Kalau kau nak selamatkan maruah kau, kahwinlah dia dengan bermaruah. Kalau tak nak, kau kena buang dari syarikat macam kau tak ada maruah". Kata Jungkook dengan senyuman lebar.
Taehyung menjelingnya, "Kau ni memang lelaki tak guna kan?". Taehyung menahan geramnya.
"I'm talking about the truth?". Kata Jungkook lagi.
YOU ARE READING
unwanted love • k.th [C]
Fanfic• pertemuan yang tak disangka dan timbul perasaan yang tidak sepatutnya dirasai antara dua pihak • • taehyung × readers •